Pelik! Siapa Pembeli Buku-buku Ini

Siapakah yang mahu membeli dan membaca buku-buku cerita bertemakan hal-hal kampung?Ceritanya, cerita orang-orang kampung.
Cerita bisnesnya, cerita bisnes ala-ala kampung.
Desain kulitnya pula menggunakan ikon-ikon kampung.
Apatah lagi judul buku-buku itu pun bunyinya amat kampungan.
Sewaktu ternampak kulit buku ini pertama kali tersiar dalam web PTS, saya geleng-geleng kepala. Jantung Chairman PTS dag-dig-dug.
Dalam hati, saya tidak yakin 2 buah buku ini dapat dijual dalam kedai buku-buku elit berhawa dingin, duduk sederet dengan judul-judul bisnes lain terbitan PTS yang temanya ala-ala korporat.
Tetapi saya ambil sikap diam. Sepatah saya tidak berkata kepada sesiapa bahawa saya khuatir pelaburan PTS ke atas 2 buah judul ini pelaburan yang selamat, jangan cakap soal pelaburan yang menguntungkan. Saya mahu tengok dahulu prestasi judul-judul itu dalam pasaran.
Pelik! Siapa yang membeli dan membaca buku-buku ini....
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Kedua-dua buku ini pernah diterbit sebelum PTS.
Di satu kedai buku, buku cetakan bukan PTS berada di rak sebelah dan buku PTS di rak sebelah.
——-
Buku ini pernah saya pinjam semasa tingkatan 4. Bila keluar edisi baru, saya beli. Saya habis membaca dalam masa kurang dari 1 jam. Buku ini membawa kesan, tetapi saya tidak suka dengan akhir cerita Kampung Kaya. Harap pengarangnya dapat mengubah akhir cerita itu.
Sy mmg tidak akan beli buku ini selepas sy tahu peribadi sebenar penulis bukunya. Teruk, busuk hati, dan memualkan. Mengutuk orang lain di blognya seolah-olah dialah yg betul, dia sahajalah yg hebat.
Pergi mampus!
Bahasa saudara apa kurang biadabnya?
Buku ini menarik tajuknya.. tetapi saya tidak terasa ingin membelinya apabila melihat nama penulisnya. Razzi Armansur.. satu nama yang banyak menulis karya-karya dongeng dan rekaan semata-mata. Ditambah pula dengan sikapnya yang buruk yang suka mencerca & menghina penulis-penulis lain (melalui websitenya) menyebabkan saya tidak berminat langsung untuk memberi sokongan (membeli) karya-karya beliau.
Maaf.. jika ia menyinggung perasaan sesetengah pihak.. tapi itu hakikatnya.
Jika buku ini tidak laku.. saya rasa bukanlah disebabkan tajuk atau isi kandungannya.. tetapi disebabkan penulisnya yang diketahui umum berperangai buruk.
Yang peliknya dua buah buku ini laku!
Salam Puan,
Saya pernah membeleknya di kedai MPH. Saya dapati buku ini dipersembahkan dengan gaya santai dan menarik. Kalau hendak membaca buku bisnes tidak semestinya perlu berat dan serius.
Saya rasa ia memang laku kerana buku-buku begini memang ada peminatnya tersendiri.
Tentang personaliti penulisnya, entahlah saya tidak kenal beliau dan tidak peduli. Saya pasti beliau juga seorang yang kreatif kerana berjaya menghasilkan banyak karya dan yang paling penting karyanya masih terjual.
Sekian,
Azila
Sdr Alexious, kalau boleh, tolong beritahu di mana sdr melihatnya. Saya pun memang sedang mencari-cari sebab kontrak dengan penerbit lama (SN Future dan Readers World) sudah lama tamat dan stok pun sudah lama habis, bertahun-tahun dulu. Mungkinkan rompak cetak? Rasanya, ya.
Kebanyakan buku MLM saya telah dicetak rompak. Berkongsi Untuk Berkembang telah diubah menjadi Berkongsi Untuk Berkembangan; Membina Masa Depan Melalui MLM pun dicetak rompak menjadi Mencapai Taraf Jutawan Melalui MLM.
Saya tak pasti tentang Kampung Kaya, khabarnya pun telah dicetak rompak. Judul lama “Tukang Gunting Jutawan” pula ialah “Misi: Orang Kaya Baru.”
Nota: Kontroversi menghasilkan publisiti; publisiti pula 1000 kali lebih baik dari iklan. Itu yang saya pelajari dari sekolah bisnes.
Nota lagi: Hukum Seimbang menyebut, “Tidak semua orang suka dan tidak semua orang tidak suka.”
Saya mendapati ada fakta yang diberikan pada blognya hanyalah berdasarkan logik akal semata-mata walaupun peniaga peniaga tepi jalan yang diperlekehkannya itu sudah berjaya membuktikan kebenaran kejayaan business mereka berdasarkan pengalaman dan apa yang telah mereka lalui.
Saya malah mengenal salah seorang dari golongan mereka ini yang bermula dengan perniagaan menjual cendol dan akhirnya memiliki sebuah syarikat di Plaza Pheonix.
Saya tahu berkenaan hambaallah itu kerana sayalah yang membuat pendawaian elektrik untuk syarikatnya itu!.
“Sy mmg tidak akan beli buku ini selepas sy tahu peribadi sebenar penulis bukunya. Teruk, busuk hati, dan memualkan. Mengutuk orang lain di blognya seolah-olah dialah yg betul, dia sahajalah yg hebat.” Kong.
Saya berharap ramai yang membeli buku ini, walau pun sesetengah orang merasakan pengarangnya seperti di atas tetapi setahu saya pengarang ini banyak menyumbang kepada masyarakat, cintakan ilmu dan minat hal ehwal agama. Prinsip saya “beri perhatian lebih besar terhadap apa yang seseorang buat, bukan apa yang dia cakap”.
Assalamualaikum,
Berikut adalah maklumat yang diperoleh daripada bahagian Sales PTS.
Tukang Gunting Jutawan sudah terjual lebih 2200 naskhah walaupun baru 3 bulan berada di pasaran.
Kampung Kaya sudah terjual hampir 2000 naskhah dan baru sahaja 2 bulan berada di pasaran.
Data jualan yang memberangsangkan ini menunjukkan buku ini ada peminat tersendiri. Buku fiksyen bisnes ini adalah kategori baru PTS dan masih lagi dalam proses percubaan bagi mengenal pasti pasarannya.
Data yang lengkap berkenaan segmen pasaran bagi buku ini akan diketahui tidak lama lagi selepas kajian yang mendalam dilakukan berdasarkan maklum balas daripada kedai buku dan pembaca.
Pada pandangan saya, nama Razzi Armansur dan buku MLM sudah menjadi sinonim. Bos saya sebelum ini yang mempunyai sebuah stokis MLM sering menjadikan buku Kang yang di belinya bertahun-tahun dahulu sebagai rujukan. Malah, saya sering terserempak dengan usahawan MLM yang merujuk buku tulisan Kang, mungkin kerana dahulu kurang sumber berkenaan bidang ini.
Jadi, bila buku seperti Tukang Gunting Jutawan atau Kampung Kaya di terbitkan semula oleh PTS, nama Razzi Armansur itulah yang menjadi daya penarik. Pastinya ramai orang yang di luar tercari-cari buku ini dan langkah PTS menerbitkannya menyebabkan ia menjadi laris.
Mungkin saya sekadar berteori, tetapi itulah hakikatnya.
Saudara Azmi,
Sila jadi “jantan” yang gentelmen. Letak laman web saudara supaya kami semua kenal siapa saudara.
Kalau benarlah seperti dakwaan saudari Rozita dan saudara Azmi itu, maka inilah kombinasi songsang yang pertama dihasilkan oleh PTS.
Mengapa saya katakan songsang?, kerana saudara Azmi terang-terangan mengatakan “beri perhatian lebih besar terhadap apa yang seseorang buat,bukan apa yang dia cakap”.Ini samalah ertinya dengan “cakap tak serupa bikin”. Di PTS, ia tidak berlaku yang seperti itu.
Saudara Azmi, sila fahami bahawa di PTS, kami berusaha melahirkan karya-karya yang hendak memandaikan bangsa dan pada masa yang sama turut mematuhi integriti penulisan islami. Ia bagaikan satu ikrar dari golongan penulis angkatan baru dan lama yang sama-sama cuba bernaung di bawah payung perjuangan ini.
Malah kalau kita halus-halusi, tidak salah kalau saya katakan bahawa Nabi s.a.w menawan kota Mekah dengan akhlaknya. Menawan hati manusia juga dengan akhlaknya.
Dan alhamdulillah hari ini berkat akhlak nabi s.a.w, jajaan nabi (agama islam) sampai ke seluruh pelusuk dunia.
Semuanya kerana akhlak. Maka jadilah, penulis yang berakhlak.
Allah lebih tahu.
Maaf jika kata-kata saya menyinggung yang lain-lain.
Terima kasih Rozita yang baik hati memberikan maklumat terkini jualan buku yang kontroversi tersebut. Kalau begitu, ia dikategorikan sebagai laris.
Nota: Untuk pengetahuan, Rozita ialah editor kanan PTS PRO. Untuk pengetahuan juga, selalunya saya meminta supaya Rozita saja yang mengedit buku-buku saya dengan PTS PRO walaupun beliau sangat sibuk.
Saudara panah arjuna nampaknya amat bersungguh-sungguh menghentam saudara Kang. Mengapa ya? Adakah dengan lakunya buku ini menyebabkan anda tidak senang duduk?
Tentang keperibadian beliau, apa sangat yang mahu dipertikai? Cuba letakkan ayat beliau di ruangan ini bagi menyatakan bahawa Kang Razzi Armansur sememangnya penjahat yang patut diboikot. Adakah ayatnya yang memfitnah?
Saya harap saudara PanahArjuna lebih banyak belajar tentang dunia ini dan terutamanya dalam bidang penulisan. Pandanglah dengan mata hati dan bukan dengan pandangan mata biasa. Sejak kebelakangan ini, pandangan mata kita sering saja tertipu. Ingat ayat keramat dari Rasulullah: Takutilah firasat orang yang beriman kerana mereka melihat dengan Nur Allah.
firasat (SALAH) = fihrasat (BETUL)
Saya agak pelik, apabila PTS, melaungkan prinsip memandaikan bangsa. Tetapi apabila buku mengenai perniagaan internet yang ditulis oleh penulis PTS iaitu Rahsia buat duit dengan internet, Juga di kutuk dan dikeji oleh penulis buku kampung kaya ini. Adakah selari prinsip PTS, dengan penulis ini.
Saya amat terkilan, adakah buku dan cara perniagaan Razzi ni sahaja yang betul. Sehingga semua pakar motivasi dikutuk, tidakkah pakar motivasi juga seorang manusia. Adakah sikap menjatuhkan orang dengan mengutuk dan mengeji adalah satu kontroversi yang perlu dicipta, kenapa tidak dicipta kontroversi yang lebih positif.
Setahu saya bukan buku yang kontroversi, tetapi penulis ini yang mencipta kontroversi untuk diri sendiri, sehingga mengundang perasaan benci orang lain.
Betul juga apabila difikirkan, apabila kita asyik bercakap sesuatu yang negatif, mengenai orang lain. Sebenarnya menarik tenaga negatif kepada dirinya sendiri. Sekarang terbukti apabila melihat komen yang dihantar oleh Kong dan Azmi.
di kutuk (SALAH) = dikutuk (BETUL)
Assalamualaikum,
Mengikuti perbincangan ini dari atas sekali lantas bertanya, apa atau siapa yang dibincangkan di sini? Buku atau penulis yang menjadi topik perbincangan?
Saya ada koleksi buku Razzi Armansur dari yang pertama berjudul ‘Rahsia dari Damansara’ hinggalah berpuluh2 buku-buku beliau yang lain.
Saya susun rapi khazanah tulisan beliau dan menggalakkan anak-anak saya membacanya. Saya juga setuju dengan komen2 di atas bagaimana sebenarnya buku Razzi Armansur memandaikan bangsa dan saya mendapat impak yang besar daripada buku beliau.
Mengenai peribadi beliau saya tidak perlu tahu. Buku-buku tulisan beliau lebih penting daripada peribadi beliau. Kita berbincang tentang penulisan bukan penulis. Harap mengerti.
Panah arjuna,
Komen anda dibauri oleh rasa iri hati dan emosi. Azmi mungkin tidak mempunyai laman web.
Sebelum anda bercakap tentang akhlak, sudah menilai sendiri bagaimana akhlak sendiri? Siapa anda, adakah anda pemilik saham di PTS atau kakitangan PTS sehingga membolehkan anda menyebut “kami di PTS.”
Adakah anda penulis? Berapa banyak buku anda di PTS. Sepanjang ingatan saya mereka yang banyak bukunya dengan PTS tidak pernah menyebut begitu.
Benarkah buku anda memandaikan bangsa?
Saya rasa tidak perlu anda mencipta istilah kombinasi songsang dan sebagainya kerana istilah tersebut tidak memandaikan bangsa.
Assalamualaikum,
Penulis dan apa yang ditulisnya adalah selari, bergerak seiring. Meneliti sejarah tulisan Razzi Armansur dalam bidang MLM memang membanggakan kerana ia menjadi rujukan para usahawan MLM.
Namun, kritikan (atau kutukan) yang terlontar olehnya kepada hasil tulisan orang lain adalah suatu perbuatan bagi merendah-rendahkan ilmu orang lain. Ini mungkin yang dikatakan oleh Kong dan Azmi sebagaimana ulasan di atas.
Dalam UNIKA PTS ini pun, atas nama Kang, dia telah mengutuk beberapa penulis lain. Yang masih segar dalam ingatan saya adalah kutukannya kepada jutawan pasar malam. Tulisannya itu memang busuk lagi membusukkan.
Allah Yang Maha Mengetahui.
Maaf ya, Azmi itu sebenarnya Azman dan mereka yang sependapat dengannya, silap taip.
Salam semua,
Penulis buku ini mempunyai jaringan promosi yang luas.
Melalui laman-laman web yang beliau asaskan.
Beliau juga merupakan seorang penulis lama yang mempunyai golongan pengikut sendiri sejak dari tahun 90-an.
Itu antara faktor-faktor yang saya dapat fikirkan berkenaan prestasi jualan buku beliau.
Cuma, saya kurang bersetuju dengan beliau berkenaan kenyataan ini:
“Kontroversi menghasilkan publisiti; publisiti pula 1000 kali lebih baik dari iklan. Itu yang saya pelajari dari sekolah bisnes.”
Maksud saya, kontroversi bukan perkataan bagi menghalalkan cara bagi mencapai matlamat. (mungkin dapat dikeluarkan buku “tip-tip mencipta kontroversi :-d)
Walau bagiamanapun. Tahniah dan selamat berjaya untuk beliau dan keluarga.
saya tidak mempunyai buku-buku tersebut dan tidak mengenali sesiapa di atas. tetapi ‘perbalahan’ di atas mencermin sebahagian dari sikap bangsa saya.
tetapi saya bersetuju kontraversi mencipta publisiti.
Mulakan ayat dengan huruf besar.
HAHAHAHAHA!!!! Pelik tapi benar. Kalau dalam Islam terutamanya mengenai hadis. Orang yang diragui kredibilitinya tidak diterima hadisnya.
Dalam mahkamah pun tidak boleh dijadikan saksi. Tetapi PTS tetap menerima karya orang yang sebegini kan? Walaupun mungkin benar ataupun salah. Tapi tetap diragui.
Pada pandangan aku sama sahaja taraf orang yang fasik. HAHAHAHAH!!!!
Bagaimanalah PTS boleh ambil orang ini sebagai karyawan. HAHAHAHA!!!
Pelik tapi benar!!
Nabi Muhammad menyuruh pengikutnya menggunakan nama yang baik-baik, supaya layak menerima syufaatnya. Tukar nama saudara. Saudara mempersenda ajaran Nabi Muhammad.
Kebolehan penulis ini sukar ditandingi. Saya mempunyai koleksi buku-buku Razzi Armansur. Saya dan keluarga saya menjadi pengikut setia beliau sejak dari tahun 1990. Buku-buku beliau menjadi sebahagian dari hidup kami.
Pada mulanya saya terkejut melihat gaya tulisan beliau di dalam blog kerana berbeza dengan tulisan di dalam buku. Tetapi itu cara beliau. Saya tidak menganggap sebagai kutukan tetapi saya menganggap sebagai peringatan supaya saya tidak terpedaya.
Akhirnya saya mengakui ia adalah tugas mulia Razzi Armansur. Hanya gaya penulisannya agak kasar. Tetapi ramai lagi bloggers lain yang lebih kasar penulisannya.
Saya doakan semoga Razzi Armansur dan keluarga terus produktif menghasilkan lebih banyak buku lagi.
Selamat pagi,
Saya tertanya-tanya apakah nama Kang dan Razzi Armansur adalah orang yang sama? Maaf belum melayari blog ataupun website penulis itu walaupun sudah membeli tiga judul buku beliau.
Untuk Kang, dua buah buku itu di Sabah, Tawau. Saya tidak menjumpai nama penerbit pada kulit buku kedua-dua buku tersebut.
Harap Sdr. Kang selesaikan dengan baik. Banyak buku PTS dijual di sana.
Barangkali pembekal buku-buku PTS ke kedai di Tawau itu dapat membantu. Dia boleh beri kata dua kepada kedai itu, kalau kedai itu mahu terus menjual buku-buku PTS, dia jangan jual lagi buku-buku cetak rompak penulis PTS. Kalau dia jual juga, jangan bekalkan lagi buku-buku PTS kepada kedai itu.
Adakah bagus nama suci tetapi perangai buruk dan berbuat maksiat. Mengeji sana, menghina sini. Buat jahat sana buat jahat sini.
Berbanding dengan nama buruk tetapi niat suci? Mahu menolong orang, membetulkan orang. Mencari redha Allah.
Selalu nama menjadi persoalan. Namun begitu apa yang dibuat tidak dilihat.
Pelik tapi benar. HAHAHAHAHAHA!!!!
Kita menilai orang. Orang juga menilai kita.
Assalamualaikum,
“Sila jadi “jantan” yang gentelmen. Letak laman web saudara supaya kami semua kenal siapa saudara.
Kalau benarlah seperti dakwaan saudari Rozita dan saudara Azmi itu, maka inilah kombinasi songsang yang pertama dihasilkan oleh PTS.
Mengapa saya katakan songsang?, kerana saudara Azmi terang-terangan mengatakan “beri perhatian lebih besar terhadap apa yang seseorang buat, bukan apa yang dia cakap”. Ini samalah ertinya dengan “cakap tak serupa bikin”. Di PTS, ia tidak berlaku yang seperti itu” panaharjuna.
Sabar, saudara/i panaharjuna,marah saja nampaknya…
Saya rasa dalam kebanyakkan hal kita perlu pegang juga kalam Saidina Ali “Lihatlah kepada apa yang dicakap seseorang bukan kepada siapa yang bercakap”.
Setakat yang saya faham, kita boleh mengambil pengajaran berguna dari sesiapa walau pun mereka tu kurang akhlaknya,orang kafir dan sebagainya. Tindakan mengambil pengajaran dari mereka ini, tidak bermaksud kita membelakangkan soal akhlak, tidak…. juga tidak ada kaitan dengan soal mengsahihkan hadis atau menjadi saksi dalam mahkamah.
Maaf, saya tidak ada laman web…
Post a comment