Peluang Ikut En. Martias Menjalankan Kajian Sejarah di Kuala Tembeling
En. Martias mencari 2 orang yang berminat ikut beliau membuat kajian lapangan di Kuala Tembeling selama 4 - 7 hari pada bulan Ogos 2007.
Kajian itu adalah bagi mendapatkan maklumat daripada masyarakat Kuala Tembeling tentang Pahlawan Tok Gajah dan Mat Kilau bagi digunakan dalam pembikinan filem tentang pahlawan itu. Tok Gajah adalah bapa Mat Kilau.
Kos selama menjalankan kajian itu akan dibayar oleh En. Martias. Selama menjalankan kajian, tempat menginap adalah di Rumah Rehat bandar Kuala Lipis.
Tugas-tugas yang dijalankan adalah menjejaki keturunan Mat Kilau, tempat-tempat bersejarah, menemubual, mencatat dan merakam data yang diperoleh daripada responden. Bawa pakaian, buku nota, pen dan laptop sahaja.
Saudara yang berminat, tinggalkan nama, nombor hp dan emel di sini.
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Saya berminat tetapi saya tidak menulis drama, boleh ke?
Kholid
012-2712906
.
Boleh!
boleh ke (BMR - SALAH) = bolehkah (BMT)
——-
Assalamualaikum,
Saya mendapat tahu, cucu kepada kepada Mat Kilau adalah seorang editor di sebuah majalah ‘Mastika’.
Saya telah cuba mencari dan ingin mengenali beliau andai berita itu benar kerana saya sedang mengumpul cerita berkenaan pahlawan sebagai rujukan.
Beberapa orang sahabat saya yang juga ‘pesilat’ telah menziarahi air terjun tempat Mat Kilau berlatih silat beberapa bulan yang lalu.
Andai cuti saya diluluskan saya akan menghubungi Tuan Martias pada hari Rabu untuk menyertai.
Assalamualaikum,
Adakah peluang masih dibuka?
Tiada pengalaman dalam research sebegini, namun saya berminat untuk ikut serta dan menimba pengalaman.
Kos penginapan bolehlah diabaikan. Saya tinggal di Kuala Lipis.
019-968 5276 - Amin
Assalamualakum…
Disini saya menceritakan serba sedikit tentang ibu sya yang telah terbaca artikel tentang Mat Kilau yang ditulis oleh cucunya sendiri dalam majalah Mastika..untuk pengetahuan Puan,ibu saya mempunyai pertalian darah dengan Mat Kilau.Mak saya amat berharap dapat menceritakan perihal Mat Kilau kepada editor Mastika.Tetapi tidak dilayan kerana mungkin beliau ingat ibu sya hanya bermain-main atau sengaja mereka cerita.Untuk pengetahuan puan, ibu saya berasal daripada Pekan,pahang…
Disini saya serta kan no tel saya. 013-9900268
Post a comment