Peluang Memiliki Harta Intelek dengan Menterjemah
Bakat menterjemah adalah salah satu bakat yang tinggi nilai ekonominya. PTS mencari lebih banyak individu yang memiliki bakat menterjemah karya kreatif.Pada masa ini banyak karya sastera dunia sudah menjadi harta milik awam atau public domain. PTS mempunyai program menterjemahkan karya sastera dunia ke dalam Bahasa Melayu.
Bagi program ini PTS menawarkan sistem royalti. Sistem ini adalah menguntungkan penerbit dan penterjemah.
Terjemahan bermutu tinggi adalah hasil gabungan bakat dan teknik terjemahan. Bakat adalah anugerah Tuhan, manakala teknik perlu dipelajari dan dilatih-tubi.
Kita mencari BAKAT dahulu, kemudian kita akan terangkan teknik-teknik menterjemah yang betul.
Bagi saudara yang berminat hendak tahu apakah saudara mempunyai bakat, saudara perlu ambil ujian menterjemah dahulu. Tulis emel kepada .(JavaScript must be enabled to view this email address)
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Puan Sifu.
Assalamu’alaikum.
Harap diterima untuk sessi UJI BAKAT dahulu… hmmmm
——-
Assalamu’alaikum Puan Sifu,
Bagi mereka yang sedang menterjemah Sherlock Holmes, perlukah diuji lagi?
Terima kasih.
Assalamualaikum kak non,
Boleh saya mencuba?
Assalamualaikum puan,
Boleh saya cuba nasib? saja nak isi masa lapang.
Post a comment