Friday, May 29, 2009

Pelukis Animasi Sangat Bertuah, Tidak Seperti Nasib Penerbit Buku

Kerajaan, melalui kementerian MOSTI dan perbadanan MDEC,  memperuntukkan jutaan ringgit untuk pelukis-pelukis animasi sebagai penggalak kepada mereka supaya berkarya.

Berbagai geran disediakan, baik oleh MOSTI mahupun oleh MDEC. Berbagai program dan projek dilancarkan, semuanya menjanjikan peruntukan wang yang banyak kepada pelukis-pelukis animasi.

Boleh dikatakan wang yang banyak itu semacam diberikan percuma kepada mereka. Malah, sampai terasa seolah-olah duit ditabur-tabur sahaja kepada mereka.

Sungguh bertuah nasib para pelukis animasi di negara ini.

Tidak seperti nasib para penerbit buku yang tidak mempunyai dana yang dapat mereka pinjam, sedangkan penerbitan buku menunjang perkembangan intelek rakyat. 

Dikatakan bahawa filem animasi box-office Upin & Ipin menelan modal RM4 juta. Jika penerbitan filem animasi diberikan dukungan yang begitu baik, di manakah logiknya apabila penerbitan buku tidak diberikan dukungan yang serupa.

Modal berbayar PTS hanya setengah juta ringgit. Dengan modal sekecil itu pun, dalam tempoh 9 tahun, jumlah judul yang dapat diterbitkannya sudah lebih seribu judul. Manakala, jumlah peluang pekerjaan tetap yang diciptanya lebih 75 orang.

Seandainya, sebagaimana produksi Upin & Ipin, PTS mendapat dukungan RM4 juta, kita yakin dalam tempoh 9 tahun, kita dapat menerbitkan sekurang-kurangnya 10 ribu judul, dan mencipta 600 peluang pekerjaan tetap. 

Tetapi RM1 ringgit pun kerajaan tidak menyediakan dana yang dapat dipinjam oleh penerbit buku seperti PTS.

Sebaliknya, untuk penerbit filem konvensional, kerajaan menyediakan tabung RM50 juta (yang akan dinaikkan kepada RM100 juta), manakala untuk filem animasi pula, duit rakyat macam ditabur-tabur sahaja.

Sungguh bertuah menjadi penerbit filem di Malaysia.... 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Buku PTS di Perpustakaan Sekolah: Indah Khabar daripada Rupa Previous entry: Filem Cinta Islami Mengutip RM1.3 Juta dalam 1 Minggu
Tengku Husni bt Tengku Ab Razak  on  06/06  at  02:14 PM

Assalamualaikum

Puan Ainon yang dimuliakan,
Saya amat bersetuju dengan pendapat Puan dalam entri ini.Baru-baru ini saya juga mengalami nasib yang sama. Sebagai penganjur program pembangunan komuniti dan pengamal latihan pendidikan saya cuba memohon dana-dana kewangan menerusi satu program pembentukan dan pembangunan komuniti bersama pakej pemantauan selama 1 tahun. Tujuan program tersebut akan membentuk secara intensif peserta-peserta dari kalangan masyrakat kos rendah untuk membangunkan personaliti, keluarga , kerjaya dan ekonomi.
Namun begitu, permohonan saya bersama 30 peserta yang bersiap-sedia untuk dilatih selama 1 tahun telah di tolak dengan alasan tiada dana yang bersesuai dengan permohonan saya. Dengan memberi jawapan bahawa ‘kami mahu peserta membayar sendiri ilmu yang mereka kehendaki’.(flashback ) Peserta tersebut terdiri dari suri rumah dan ibu tunggal dan bapa yang mempunyai gaji bawah RM 500 sebulan dan mempunyai sekurang-kurangnya 5 orang anak.

Cuma, saya suka membandingkan dengan dana yang diterima oleh sesetengah penganjur Konsert Hiburan, Penganjur teater dan lain-lain. Mereka mendapat dana seperti wang ditabur-tabur atas mereka dan peserta/penonton yang datang menonton hanya dapat memenuhi halwa telinga mereka sahaja dan selepas itu pulang.

Kesimpulan: Siapa yang kaya dan mendapat manfaat? Jawapannya adalah Penganjur program-program tersebut.

Sebenarnya pihak Pusat Latihan Komuniti hanya memohon RM 18,000 untuk melatih 30 peserta selama 1 tahun

Tengku Husni
0132527421
Pengerusi Pengelola
Pusat Latihan Komuniti Kota Damansara

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.