Pembaca Remaja Tidak Sabar — Pengurus AinMaisarah
Tuan Syaizul Amal adalah Pengurus AinMaisarah, penulis novel pop remaja No. 1. Beliau menulis dalam Facebook beliau nota penting seperti di bawah ini....
"Ini pengalaman saya setelah 12 tahun bergelumang dengan pasaran remaja. Remaja kurang sabar. Kadar perasaan ingin tahu mereka tinggi. Mereka cepat bertindak, kurang berfikir.
Dalam dunia perniagaan, ini adalah elemen bagus untuk buat keuntungan. Kami menjual ringtone kepada remaja. Kami pastikan ringtone ini boleh dibeli dengan mudah dalam masa kurang 1 minit. Mereka tidak sempat berfikir. Mereka lihat iklan, menaip kod dan sms dihantar. Transaksi selesai.
Dalam dunia buku, mereka juga tiada kesabaran. Cerita meleret, satu plot kecil diceritakan sehingga 10 muka surat. Mereka akan selak muka surat dengan cepat.
Sebagai seorang penulis novel remaja, jika mahu cerita kita disukai pembaca remaja, timbulkan perasaan ingin tahu itu sebanyaknya dalam novel dan percepatkan plot penceritaan.
Jika buat novel bersambung atau bersiri, pastikan judul seterusnya keluar dalam masa 3 bulan hingga 6 bulan (paling lama). Ingat remaja tidak punya tahap kesabaran yang tinggi."
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment