Pembaca Sai-fai
Menurut Orson Scott Card, dari sudut pandang penulis buku-buku cerita, khalayak sastera yang paling bagus adalah para penggemar sastera sai-fai.Banyak faktor yang menjadikan mereka audiens yang bagus.
(1) Pertama-tama penggemar sai-fai adalah individu-individu yang pintar otaknya.
(2) Kedua mereka bersikap amat terbuka, open-minded.
(3) Ketiga, mereka bukan hanya mahu merasai apa yang mereka baca, mereka juga mahu memikirkan apa yang mereka baca.
(5) Keempat, mereka bukan hanya mahu memahami cerita yang dibaca, mereka juga mahu berangan-angan.
(5) Dan yang paling istimewa tentang penggemar sastera sai-fai, mereka itu mahu dan suka dibawa ke tempat-tempat di mana tidak ada sesiapa pernah pergi ke situ.
Apabila saudara berpeluang menulis cerita-cerita bagi bacaan golongan ini, ia adalah suatu kedudukan yang istimewa dalam dunia penulisan, dan apabila mereka menggemari karya yang saudara hasilkan, ia adalah penghormatan yang amat istimewa bagi penulis.
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment