Friday, May 28, 2010

Pembekal Buku ke Pusat Sumber Sekolah Sangat Terkesan oleh Bajet Sekolah yang Dipotong

Apabila bajet pembelian buku untuk pusat sumber sekolah dipotong, antara orang bisnes buku yang sangat terkesan adalah para 'runners', iaitu mereka yang menjual buku dari pintu sekolah ke pintu sekolah. Mereka dipanggil runner disebabkan mereka bekerja dengan cara 'berlari' dari-sekolah-ke-sekolah.

Tanpa duit dari kementerian, sekolah tidak membeli buku. Habis cerita.

Sebuah syarikat yang mempunyai 4 orang runner, kini sudah membuang 2 orang.

Sebuah syarikat lain kini menjalankan aktiviti MLM.

NOTA: Bagaimanakah sistem pendidikan kebangsaan dapat ditinggikan mutunya, apabila bajet buku adalah bajet yang mula-mula dipotong setiap kali berlaku gawat?

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Young Aisyah: Edisi Indonesia & Edisi Malaysia Previous entry: Penerbit Buku Agama Sibuk Menyusun Judul Ulangcetak
muhammad fakhruddin  on  05/28  at  11:49 PM

Mungkin berpunca daripada dasar pendidikan yang terlalu menjurus kepada peperiksaan.Sering berlaku,perlumbaan mengejar A+(baca:menghafal)lebih diutamakan daripada penghayatan budaya membaca dan berfikir.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/30  at  09:59 AM

Puan,

Pada zaman mewah, lihatlah bagaimana Kementerian Pelajaran ( sekejap pendidikan ) berbelanja,  shingga pintu pagar sekolah termasuk di luar bandar tersergam indah mengalahkan pintu gerbang Selangor. Belum kira lagi pagar konkrit yang tebal tembuknya mengalahkan Tembok Besar Negara China.

Tatkala itupun KP berkira-kira ketika mahu berbelanja untuk komputer lebih-lebih lagi dalam peruntukan buku. Usahlah berasa pelik jika dalam situasi sekarang bajet untuk buku dahulu akan dipotong.

Kena pula jikalau guru besar/pengetua kategori yang kurang minat membaca maka bajet perpustakaan akan lebih banyak pergi kepada `mencantikkan perpustakaan` itu.

Wassalam.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/02  at  09:39 AM

Assalamualaikum

Memang sedih apabila mendapat tahu bajet buku perpustakaan sekolah dihiris seikit…
Walau bagaimanapun jika ditambah, apakah kesannya kepada budaya membaca warga sekolah?

Saya kerap mendapati hal berikut:
1. Perpustakaan dibuka waktu rehat… ini masa sebahagian besar anak ke kantin.
2. Pengetua / Guru Besar sendiri jarang baca dan pinjam buku perpustakaan…. guru lain apatah lagi.
3. Buku baru tiba lambat diproses…. maka jadilah ia buku lama.
4. Lebih malang lagi apabila buku dibekalkan oleh Pejabat Daerah…. guru dapat buku yang kadang-kadang tidak sesuai dengan usia pelajar.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.