Mengapa Ibu Bapa Cina Membeli Sastera Remaja PTS

Ibu bapa Cina membeli buku-buku sastera remaja PTS disebabkan mutu Bahasa Melayu Tinggi yang digunakan dalam buku-buku PTS adalah memenuhi keperluan anak-anak mereka yang sedang bersekolah.
Buku-buku PTS tidak menggunakan Bahasa Melayu harian. Manakala sistem ejaan dan tatabahasanya mematuhi ejaan dan tatabahasa DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka). Justeru buku-buku PTS berfungsi sebagai alat bantu belajar Bahasa Melayu.
Subjek Bahasa Melayu adalah subjek wajib-lulus. Ibu bapa Cina tahu bahawa dengan membaca banyak buku-buku PTS anak-anak mereka dapat meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu mereka.
Foto di atas diambil semasa Pesta Buku ReadMalaysia di The Mines Covention Centre baru lalu.
Sembilan puluh sembilan peratus (99%) mereka yang datang ke pesta ReadMalaysia adalah kaum Cina, manakala 80% buku yang dipamerkan adalah buku-buku Cina.
Syarikat kedai buku MPH yang mempamerkan buku-buku Inggeris mula ikut serta tahun lalu (2008) dan ia rugi teruk, di mana jumlah jualan tidak dapat membayar kadar sewa booth. Pada tahun ini jualan MPH naik mendadak dan ia untung besar.
Bagi buku-buku Melayu, mengikut wakil penganjur, jumlah jualan di booth PTS adalah yang 'terbaik' (hanya RM62 ribu berbanding lebih setengah juta ringgit pada PABKL) dibandingkan dengan booth-booth penerbit buku Melayu lain.
Kita percaya jualan akan naik mendadak pada tahun hadapan, sebagaimana yang dialami oleh MPH.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam.
Keluarga yang puan siarkan ini berbelanja lebih RM300 (perbelanjaan selepas diskaun). Mereka memborong pelbagai tajuk kanak-kanak.
Saya sempat bergambar dengan Tuan Yee (kanak-kanak lelaki bercermin mata) yang turut membeli nuku “Geng Genius: Misteri Luqman”. Orangnya sangat bersopan-santun dan berbudi bahasa.
Paling membanggakan saya adalah seorang wanita berbangsa Cina yang datang singgah di Gerai PTS tidak tahu mahu membeli tajuk buku kanak-kanak yang mana. Dia sudah ada hampir semua tajuk!
Ayat beliau yang paling saya ingat: “Dahulu susah mahu beli buku Melayu. Sekarang ada PTS senang. Apa tiada penerbit buku Bahasa Melayukah sebelum PTS?”
“Jika ada kualiti, pasti boleh jual.” - Abang Kimi Sales (saya panggil ‘abang’ kerana baik budi beliau seperti keluarga sendiri).
Post a comment