Wednesday, January 16, 2008

Pembelian PNM 2007: Siapa Lebih Untung - Penulis ataupun Penerbit

Komuniti penulis sepatutnya berasa gembira apabila Menteri KEKKWa, YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim menyokong rancangan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) mahu membolehkan para penulis menikmati sedikit wang rakyat pembayar cukai yang dibelanjakan bagi pembelian buku-buku untuk perbekalan perpustakaan awam seluruh negara.

YB Menteri itu sendiri adalah seorang penulis. Malah isterinya juga, Datin Seri Utama Masnah Rais adalah seorang sasterawan, jadi tidak hairanlah apabila beliau faham benar nasib para penulis tanah air kita yang penuh dengan kisah-kisah penindasan dan penipuan yang dilakukan oleh banyak penerbit.

Justeru mulai 2007, PNM memulakan sedikit perubahan pada prosedur pembeliannya, di mana bagi sebahagian judul, PNM terus membuat pesanan kepada penulis, bukan lagi kepada penerbit.

Dengan prosedur baru itu PNM memberi peluang penulis menikmati sedikit keuntungan kerana pembelian itu mengetepikan penerbit ataupun kontraktor sebagai pembekal. Pada sangkaan PNM, margin penerbit dan kontraktor dapat diberikan kepada penulis. 

Namun apa yang diharapkan oleh PNM dan YB Menteri itu tidak berlaku sepenuhnya. Walaupun ada prosedur baru itu, penerbit masih terus dapat menindas penulis kerana hak menerbitkan buku-buku itu sudah diberikan kepada penerbit. Ertinya penulis terpaksa membeli bukunya sendiri daripada penerbit dan kemudian barulah buku itu dapat dibekalkan kepada PNM.

Di situlah lemahnya kedudukan penulis.

Apakah yang dapat dilakukan oleh penulis apabila penerbit sudah memiliki hak penerbitan bukunya? Tidak ada apa-apa yang dapat dilakukan oleh penulis. Di sisi undang-undang dia tidak boleh mencetak bukunya sendiri dan membekalkannya kepada PNM.

Jadi, banyak penerbit hanya memberi 10% potongan kepada penulis bagi membeli bukunya sendiri! (Kadar 10% adalah kadar yang diberikan oleh kedai buku kepada pembeli buku.)

Sebenarnya, prosedur baru PNM itu semakin menguntungkan penerbit. Dulu, penerbit terpaksa memberi potongan minimum 35% kepada kontraktor. Sekarang dia hanya perlu beri 10% kepada penulis. Memang prosedur PNM itu adalah rezeki durian runtuh buat si penerbit itu!

Kita mengajak para penerbit supaya bersikap menyokong dasar KEKKWA yang mahu membantu para penulis, dan marilah kita laksanakan amanah PNM sebagai agensi pelaksana dasar murni itu.

Mana-mana penerbit yang menindas penulisnya sendiri adalah amat tidak bijaksana kerana:

(1) Komuniti penulis kita amat kecil, mereka sentiasa bercakap sesama sendiri tentang perkara ini dan semua penulis akan tahu siapa buat apa dalam dunia penerbitan buku.

(2) Penulis-penulis itu juga akan bertukar-tukar maklumat berkenaan nama-nama penerbit yang tidak bekerjasama dengan PNM dan KEKKWA. Perbuatan tamak mereka itu pasti akan dilporkan kepada pegawai-pegawai PNM yang mentadbirkan projek pembelian itu. Nama mereka pasti akan disenarai-hitamkan oleh PNM. 

(3) Bukan itu sahaja, malah pada masa depan penulis-penulis yang ditindas itu akan bertukar kepada penerbit lain yang lebih baik hati dalam urusniaganya. Apabila itu berlaku ia tentulah amat merugikan penerbit itu sendiri.

Kata pepatah orang bisnes yang sudah lama dalam dunia perniagaan: Kalau hendak makan lama, jangan makan dengan tamak.... 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Hubungan penulis-penerbit
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Siapa Tiup Wisel di Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) Previous entry: Tawaran untuk Agen Buku
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/17  at  07:35 PM

Perlukah Penulis Menanggung Kos Penerbitan?

Assalamualaikum, Puan Sifu.

Saya ingin berkongsi pengalaman yang boleh dijadikan iktibar. Saya menulis sebuah buku dengan penerbit A. Penerbit tersebut menawarkan bayaran lump-sum pada hasil karya. Kerana tidak tahu mengenai sistem royalti pada masa itu, saya menerima terma tersebut tanpa banyak soal (sebenarnya saya pun belum menerima bayaran itu lagi). Ditakdirkan, buku itu terpilih dalam pembelian PNM lalu saya dihubungi oleh PNM dan penerbit. Jumlahnya agak besar dalam RM30 ribu.

Apa yang mengejutkan saya adalah penerbit itu menjalankan perjanjian PNM itu bagi pihak saya termasuk mengisi borang dan meniru tandatangan saya. Kemudian, saya dihubungi oleh penerbit itu dan memberitahu perjanjian pembahagian keuntungan penerbit-penulis. Penerbit menawarkan diskaun kepada penulis. Penulis hanya membayar jumlah harga beli selepas diskaun dan bakinya adalah milik penulis.

Ironisnya, penerbit meletakkan satu lagi syarat tambahan tanpa memasukkan dalam perjanjian bertulis.Iaitu, penulis atas budi bicara memberikan sebahagian baki itu kepada penerbit bagi menampung kos editorial, grafik, ilustrasi, pengurusan dan sebagainya.

Ketika itu saya masih belum faham. Adakah penulis perlu menanggung kos penerbitan buku saya? Jika ya, bayaran buku itu adalah untuk apa?

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: