UMNO Menentang Pelajar, Profesor, Ilmuan, Sasterawan, Budayawan, Cendekiawan & Cerdik Pandai

Dalam isu PPSMI, kepimpinan UMNO ditentang dari dalam dan luar UMNO.
Sebagai contoh, Ketua Pemuda UMNO bermati-matian mempertahankan PPSMI, tetapi Timbalannya sendiri, Khairy Jamaluddin, dengan lantang menolak PPSMI.
Mohamad Taib (Mike Tyson), calon Timbalan Presiden UMNO, menolak PPSMI.
Khir Toyo, calon Ketua Pemuda UMNO, juga menolak PPSMI.
Pak Lah, Presiden UMNO, berdolak-dalik. Di depan pejuang bahasa dia kata dia setuju PPSMI dimansuhkan. Semasa di Kuala Terengganu, juak-juaknya tidak membenarkan wakil-wakil Gerakan Menentang PPSMI (GMP) berjumpa dengannya bagi menyerahkan memorandum menolak PPSMI oleh GMP. Kemudian dia bercakap kepada wartawan dan memberi amaran kepada para pejuang bahasa supaya PPSMI jangan dipolitikkan.
Najib, Timbalan Presiden UMNO, tidak mahu membuat sebarang kenyataan. Juga, semasa di Kuala Terengganu juak-juak Najib tidak membenarkan wakil-wakil GMP berjumpa dengannya bagi menyerahkan memorandum menolak PPSMI oleh GMP.
Pemimpin Melayu dalam UMNO sekarang ditentang oleh golongan cerdik pandai Melayu sendiri.
Belum ada dalam sejarah dunia seseorang pemimpin yang ditentang oleh golongan cerdik pandai bangsanya sendiri yang dapat bertahan lama.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Selama 30 tahun Bahasa pengantara untuk mengajar Subjek Matematik dan Sains ialah BM. Soalan saya ialah apakah yang telah di capai oleh orang Melayu dalam sains dan teknologi selama 30 tahun ini. ZERO and ZERO.
Diantara semua pemimpin Melayu, hanya DrMahathir dan segelintir kecil yang ada
‘telur’ dengan menerima kesilapan dia dalam dasar pendidikan negara. Pemimpin-pemimpin Melayu yang lain tiada beza dengan pemimpin-pemimpin pendidikan Cina seperti Dong Jong. Malaysia dibawa pentadbiran Mahathir telah mencapai pembangunan yang paling cemerlang dan pesat dalam sejarah Malaysia. Namum demikian Dr Mahathir masih rela mengaku bahawa dasar pendidikan Malaysia telah gagal.
Adad satu rahsia yang orang Melayu mesti fahami. Selolah-sekolah Menengah Cina Swasta yang ‘elite’ telah dengan menyeluruh mengajar Science dan Matematik dalam BI. Rupanya orang Melayu akan ketinggalan lebih jauh lagi diperingkat antarabangsa.
Vinnan,
Ini hasilnya selama 30 tahun BM digunakan dalam Sains/Maths.
Kejayaan pendidikan aliran Melayu juga dapat dilihat daripada segi kejayaan kita mengimbangi komposisi kaum dalam pelbagai sektor selain daripada sektor akademik. Dalam tahun 1999, arkitek Melayu 29% (tahun 1970 hanya 4%), doktor gigi Melayu 35% (tahun 1970 hanya 3%), doktor haiwan 43% (tahun 1970 hanya 4%), doktor perubatan lain 37% (tahun 1970 hanya 4%), juru ukur 45% (tahun 1970 tiada datanya tetapi dipercayai tidak banyak jauhnya dearipa 4% itu) dan jurutera 27% (tahun 1970 hanya 7%). Pemimpin-pemimpin persatuan berasaskan SAKTI kini kira-kira 50% orang Melayu (tahun 1970 dahulu datanya tiada, tetapi tentunya tidak lebih daripada angka 4%-7% itu). Dalam dunia akademik dan penyelidikan SAKTI, peratusan Melayu dikira sudah tidak seimbang lagi, iaitu melebihi 80% kecuali kesihatan sekitar 50%, geologi sekitar 60% dan farmasi 70%.
Pendapat anda mengatakan apa yang di capai oleh orang Melayu dalam sains dan teknologi selama 30 tahun ini. ZERO and ZERO melambangkan KEDUNGUAN DAN KEBEBALAN anda sendiri.
Jadi mana kegagalan dasar BM? Dengan BM barulah ramai anak-anak Melayu menjadi Dr/Saintis/Jurutera. Jika tidak kerana BM silap-silap jika isteri anda bersalin doktor bukan Melayu mungkin lelaki yang akan menyelak kain isteri tuan!
Zero? Saya tidak faham atas skala apa yang encik/puan gunakan sehingga meletakkan Zero (Kosong) itu.
Sudah pastinya encik/puan tidak pernah membaca Jurnal Ingeniur ataupun mana-mana jurnal sains dan teknologi terbitan tempatan.
Ya, orang Melayu tidak dapat cipta PS3 dan chip Intel lagi. Sebabnya, ciptaan orang tempatan yang lain tidak pernah digembar-gemburkan.
Cuma yang diketengahkan… artis Melayu sahaja.
Selamat bercuti. Sekian.
Vinnan yang ZERO
Post a comment