Peminat Abdul Hadi Awang Tidak Puas Hati
Sifu menerima emel daripada seorang peminat buku-buku karangan Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Beliau memberitahu perasaan tidak puas hatinya apabila buku seperti Islam dan Demokrasi tidak mengandung ayat-ayat petikan dari Quran di dalamnya.
Menurut beliau, mahu tidak mahu PTS mesti akui bahawa buku-buku agama dibeli oleh orang-orang agama. Oleh sebab itu amat penting buku-buku agama mengandungi teks Arab di dalamnya, baik teks itu ayat Quran mahupun ayat hadis.
Jika faktor ayat teks Arab tidak diambil kira, hal itu boleh menurunkan jualan buku-buku Tuan Guru itu kerana orang agama mahu supaya buku agama mengandungi teks Arab, begitulah pendapat beliau.
Di sini, Sifu terangkan sekali lagi bahawa buku-buku agama terbitan PTS tidak ditargetkan kepada pembaca yang sudah fasih dalam hal-ehwal agama. PTS menerbitkan buku-buku agama yang ditujukan kepada pembaca yang tidak mempunyai pengetahuan agama Islam.
Dalam satu peristiwa, seorang pegawai PTS yang kebetulan sedang bertugas memeriksa buku-buku PTS di dalam salah sebuah outlet MPH ternampak seorang gadis cantik, memakai jeans dan T-shirt moden sahaja, membeli buku Biografi Muhammad bin Abdullah.
Beberapa waktu kemudian, apabila pegawai PTS pergi ke tandas, beliau terserempak gadis yang sama keluar dari pintu tandas perempuan.
Jika dalam buku Biografi Muhammad bin Abdullah itu terdapat teks ayat-ayat Quran di dalamnya, tentulah keadaan itu tidak menyedapkan hati kita yang tahu hukum membawa masuk ayat-ayat Quran ke dalam tandas.
Disebabkan buku-buku agama PTS ditargetkan kepada golongan pembeli seperti gadis cantik itu, maka itulah sebabnya dalam dasar editorial PTS, ayat-ayat suci tidak dicetak di dalam buku-buku itu kerana golongan itu tidak tahu bahawa ayat-ayat Quran tidak boleh dibawa masuk ke dalam tandas.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam,
Puan, MHP kedai barukah?
................
Sudah dibetulkan. Terima kasih!
Assalamualaikum wbt,
Nak cadang PTS jika boleh buat pakej istimewa mungkin dalam kotak khas supaya buku Biografi Muhammad bin Abdullah dapat dijadikan hadiah harijadi umpamanya…
Mungkin boleh dipromosi di Pesta Buku 2008.
Wassalam.
Puan Sifu,
Komen saya pula agak berlainan dari pembaca yang Sifu sebutkan. Sila rujuk blok saya.
Saya petik: “Menurut beliau, mahu tidak mahu PTS mesti akui bahawa buku-buku agama dibeli oleh orang-orang agama.”
Komen saya: Kenyataan ini saya kurang setuju kerana jika hanya “orang-orang agama” sahaja yang membelinya, justeru “orang-orang tidak agama” akan terus tenggelam dalam dunia fana ini. Sentiasa kena tipu dengan tipu daya dunia.
Pendekatan TG Hadi Hadi & PTS tepat dan elok diteruskan.
Mungkin perlu diwujudkan dua kategori buku agama. Satu untuk pembaca yang ‘nak’ sangat’ ada teks arab maksudnya untuk orang agama. Kategori kedua untuk pembaca biasa-biasa. Secara tidak langsung mungkin boleh jaga nama baik tuan guru juga.
Sekadar pendapat.
walaupun hanya teks melayu, ia bukankah tetap terjemahan dari ayat al-quran,dan adakah ia dibolehkan masuk kedalam tandas walaupun tidak ada ayat arab.. apa pun bahasa, ia tetap ayat allah, tetap tidak boleh.. sekadar pandangan ikhlas dari saya..jangan terlalu ambil mudah bab ini..ia tetap sama statusnya… ok, sekadar pandangan ikhlas saya, kerana setiap orang ada pandangan masing-masing
................
NOTA SIFU:
Tuan Zaidi,
Kita berpendapat ayat Allah adalah yang dalam bahasa Arab, manakala apa-apa yang ditulis dalam bahasa bukan Arab itu bukan ayat Allah. Surah Yusuf, ayat 2: “Sesungguhnya telah Kami turunkan Quran dalam bahasa Arab, mudah-mudahan kamu memikirkannya.”
Allah jua yang maha mengetahui segala sesuatu.
Salam
Pernah tak penulis yang dah serahkan skrip kepada PTS dan dah siap layout, tiba2 tarik balik skkrip sebab tidak masukkan ayat-ayat al-Quran dalamnya?
Perlu dijelaskan terjemahan tidak sama dengan al-Quran dan tidak ada bahasa yang dapat menterjemahkan ayat2 al-qURAN INI dengan tepat. Kerana antara kekuatan al-Quran adalah bahasanya, Bahasa Arab. Saya khuatir Sifu jika amalan sekadar memasukkan terjemahan tanpa ayat ini menjadi kebiasaan sehinggakan al-Quran yang sebenar dilupakan. Selain itu, kebarangkalian untuk salah terjemahan juga sangat tinggi. Begitu juga akan timbul masalah memahami al-Quran secara Zahir.
Masalah bawa masuk ke tandas. Ok ini penjelasannya:
Haram @ Makruh Tahrim membawa masuk apa-apa barang yang bertulisan atau bercetak ayat-ayat al-Quran atau tulisan Jalalah (Allah). Ini adalah adab untuk memuliakan al-Quran. Tetapi, sekiranya tidak dapat meninggalkan barang-barang seperti buku atau beg di luar tandas kerana bimbang dicuri, wajib membawa masuk. Kerana membiarkan barang-barang anda dicuri lebih besar mudaratnya daripada membawa masuk buku bertulisan al-Quran ke dalam tandas. Sila rujuk mana-mana kitab yang lebih detail dalam adab qadha hajat dan sebagainya.
Jadi Sifu, tidak timbul isu “berdosa bawa buku bertulisan al-Quran ke tandas”
Pada pandangan saya, satu cara untuk memuliakan al-Quran ialah gunakannya dalam buku-buku puan.
Jangan jadi budaya orang melayu, hormat al-Quran, simpan dalam almari buat hiasan… tapi tak baca pun.
Ok Sifu tahniah atas kejayaan di Book Fair.
wasalam
Post a comment