Thursday, April 30, 2009

Peminat Komik Islami PTS - Komik-M

Komik-M (singkatan Komik-Malaysia) terbitan PTS adalah komik Islami, yakni dalam komik-komik itu tidak ada unsur-unsur yang tidak syariah-complaint (mematuhi hukum-hakam Islam).

Justeru Komik-M adalah selamat dibaca oleh remaja awal dan remaja, malah oleh semua ahli keluarga. 

Jika PTS mahu membuat banyak duit dengan cepat, jalan pintas yang paling mudah adalah melesen komik-komik popular dari Jepun, Hong Kong dan Korea, lalu menterjemahkan komik-komik itu ke dalam bahasa Melayu.

Kos menjadi penerbit komik terjemahan adalah sangat murah sebab ia tidak perlu membayar royalti kepada pengarang, manakala ceritanya sedap dan lukisannya cantik. Peminat komik import itu pula sudah sedia sangat banyak jumlahnya.

Itulah sebabnya penerbit yang melesen komik-komok Jepun, Korea dan Hong Kong sudah lama menjadi jutawan besar. 

Namun sebaliknya, PTS memilih jalan jauh, yakni memilih membangunkan bakat-bakat pelukis komik tempatan yang sealiran dengan falsafah perjuangan PTS, iaitu menerbitkan komik Islami dengan menggunakan Bahasa Melayu Tinggi.

Dalam perniagaannya, PTS tidak akan mendahulukan duit daripada keselamatan minda dan kalbu para pembacanya, kerana semboyan PTS adalah "Memandaikan Bangsa" bukan "Merosakkan Bangsa". 

Bagi mencapai matlamat itu, PTS memilih Tn. Wan Zuhairi (lebih dikenali di kalangan pekomik dengan nama WanZu) sebagai editornya. Beliau adalah seorang graduan Universiti Al-Azhar, Mesir.

Sewaktu PTS mula memperkenalkan idea 'komik Islami', konsep itu tidak disambut baik oleh semua pekomik tempatan. Ada yang menyokong, ada yang tidak. Banyak pula yang tidak yakin konsep komik Islami dapat bersaing dengan komik-komik import yang sekarang berlambak di pasaran dan sangat laku. 

Mereka yang menyokong konsep komik Islami pula segera mula berbincang sesama mereka bagi melahirkan karya-karya sebagaimana yang dirancang oleh PTS. Selepas mereka mendapat ilham berkenaan apa yang Islami dan apa yang tidak Islami, mereka pun mula menghasilkan karya-karya mereka.

Dengan izin Tuhan, sekarang Tn. WanZu sudah mempunyai banyak judul Komik-M yang kini sedang menunggu giliran masuk kilang cetak sahaja. 

Tidak lama lagi ada kedai-kedai buku elit yang sudah bersetuju kepada permohonan PTS supaya memberikan rak khusus untuk Komik-M PTS. 

Dalam jangka waktu panjang, penerbitan komik-komik Islami PTS akan diberi 'rumah' sendiri, yakni sebuah anak syarikat sendirian berhad, supaya ia menjadi lebih tangkas bersilat di gelanggang Laut Biru yang penuh cabaran.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Siapakah Mereka Previous entry: Berhari Raya dengan Kawan Lama
omecool20  on  04/30  at  10:40 PM

Memang komik Islami ada peminatnya tersendiri, Sifu. Kalau Sifu tanya pada saudara Ujang, mesti dia boleh cerita bagaimana majalah2 komiknya (Ujang (zaman dia), Varia Lawak, Lanun) laris pada zaman mereka diterbitkan. Saya ingat lagi sebab saya masih menyimpan naskhah-naskhah lama majalah-majalah tersebut, kerana kandungan.

Drimba  on  05/01  at  12:03 AM

Hebat tahap paling berkesan, inilah anak bangsa harapkan semua ada nilai Islam barulah terjamin menuju kesempurnaan. Tengoklah komik pun boleh diIslamikkan. Alangkah bagusnya kalau semua mengikut Islam sejati kuranglah liberalisasi, demokrasi macam-macam lagilah berbasi-basi makin menjamah Muslim sendiri tanpa kita sedari.

amnikhassim  on  05/02  at  03:26 PM

Tahniah kerana memilih WanZu sebagai ahli pasukan. Saya memang mengikuti hasil lukisan dan tulisan beliau sejak sekolah kerana beliau senior di Klang dahulu. Selepas itu beliau terbitkan komik dalam bentuk online seperti Alwan Comics.

Beliau sememangnya sudah ada pengikut tersendiri, ditambah dengan ilmu agama dan kelucuan beliau, insya ALLAH industri M-Komik akan berkembang. Ameen…

Ice  on  05/05  at  08:26 AM

teruskan usaha, wanzu! smile

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: