Penahanan Blogger YM Raja Petra di bawah ISA: UNIKAPTS Kutuk Kementerian Dalam Negeri dan Menterinya
Sebagai wargaInternet, Universiti Terbuka PTS (UNIKAPTS), mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Kementerian Dalam Negeri mengenakan tahanan di bawah ISA blogger Yang Mulia Raja Petra Kamaruddin. Jika sekiranya memang terdapat bukti-bukti kukuh beliau bersalah maka beliau hendaklah dihadapkan ke mahkamah supaya beliau mempunyai hak membela dirinya.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Sifu,
PM kata, ISA tidak dikenakan jika tiada alasan yang konkrit.
Soalnya ialah jika sudah ada alasan yang konkrit kenapa tidak bawa dia ke mahkamah?
Maka bertambah buruklah persepsi rakyat kepada kerajaan yang memang telah buruk sejak kebelakangan ini. Kita patut malu kepada dunia malah patut malu kepada Indonesia pun.
Duduklah semalam di hotel di Jakarta dan tontonlah berita dari peti TV mereka. Hampir melangit jauhnya tahap kebebasan bersuara di media mereka. Mereka masih menuju kearah kemajuan juga. malah ada yg mengatakan pembangunan Indonesia lebih rancak sekarang ini.
Kita rupanya mengundur beberapa langkah ke belakang.
Wassalam.
Assalamualaikum.
Kerajaan yang dipimpin ‘Dolah Dawi’ sudah amat terdesak untuk memikat kembali hati rakyat. Apa sahaja yang dilihat boleh mendedahkan keadaan sebenar yang berlaku, itulah yang akan disekatnya.
Cuba menyekat ‘blog’ tidak berjaya, dihalakannya kepada penulis yang mempunyai pengaruh dengan bahan yang benar dan sensasi dalam menyampaikan isi sebenar kepada rakyat.
I= Ikut
S= Suka
A= Abdullah
Nota: Selepas ini bangunan putrajaya dan bangunan parlimen pula dibawa terbang ke luar negara demi menyelamatkan kepentingan diri dalam pemerintahan.
Tunggulah durian menjadi tempoyak. Apabila durian sudah menjadi tempoyak…ketika itulah timun akan ‘menenyeh-nenyehnya.’
RPK telah diadukan oleh pihak berkuasa agama.
Pihak berkuasa agama memandang beliau seorang yang merbahaya. Fikirannya akan menyebar, membenih dan tumbuh dalam banyak fikiran manusia lain. Beliaulah punca penyakit fikiran. Saya fikir ini fikiran yang tidak tepat.
Yang benar, fikiran seperti RPK ada dalam ramai manusia-manusia. RPK hanyalah seorang daripada mereka. Tanpa RPK, fikiran begitu tetap hidup subur dalam ramai orang. RPK hanya berani menyerlahkan sipmtom penyakit yang ada dalam ramai orang. Orang lain pula menyembunyikannya. Kepercayaan (iman) itu adalah apa yang tersembunyi dalam diri. Petanda iman lahir dari perkataan dan perbuatan.
Bila RPK ditangkap, hanyalah seorang yang ditangkap. Pemikiran itu masih bebas. Yang ‘bahaya’ bukanlah RPK tetapi FIKIRAN itu yang ada dalam ramai manusia lain, ribuan? Hilangnya RPK tidak menghilangkan pemikiran itu. Maka strategi yang betul adalah ‘menyerang’ pemikiran yang ada dalam ribuan manusia lain.
Majoriti kereta punya tayar yang botak. Sekali turun hujan, ribuan kemalangan berlaku. Strategi yang betul ialah pergi kepada pemandu untuk ambil tindakan ke atas tayar. Tidak perlu menyalahkan hujan. Hujan tetap akan turun.
Tuan Arrantuai,
Saya setuju benar dengan pendapat tuan bahawa yang berbahaya adalah PEMIKIRAN sebagaimana yang dikongsi oleh YM Raja Petra Kamaruddin dan jutaan orang lain.
Beberapa tahun lamanya dahulu saya berada sekandang dengan orang-orang macam YM RPK, justeru saya faham jalan-pikir dan worldview golongan itu.
Di kalangan sahabat-sahabat intelektual yang rapat dengan saya mereka tahu bahawa saya adalah kambing yang pernah keluar meninggalkan kumpulan dan merayau-rayau jauh ke daerah-daerah yang menyesatkan.
Hanya sahaja, seperti kata tuan, saya menyembunyikan perayauan intelektual-spiritual saya dengan tidak pernah menuliskannya di mana-mana dalam karya-karya saya.
Saya menyembunyikannya meskipun saya pada waktu itu yakin benar bahawa pemikiran saya itu betul, ya, semata-mata kerana saya tidak berani mendedahkannya dalam penulisan saya.
Dalam kes blog Malaysia Today dan penahanan blogger Yang Mulia Raja Petra Kamaruddin, mengapakan JAKIM, YADIM, MAIWP dan JAWI sahaja - (keempat-empatnya terletak di bawah pentadbiran kerajaan persekutuan, yakni di bawah Jabatan Perdana Menteri) - yang membuat laporan polis?
Saya pernah berkomunikasi dengan seorang orang kuat YADIM tentang perlunya projek menterjemahkan Quran ke dalam bahasa Iban dan Kadazan. Apa respon orang besar YADIM? - “Projek seperti itu tidak ada kepentingan politiknya.”
YM RPK adalah contoh “dummy-Islam” yang gagal didekati oleh agensi-agensi dakwah-Islam kita. Golongan ini amat banyak jumlahnya.
Pandangan dan pendapat golongan “dummy” amat penting dianalisis dan difahami, sebab dari situ barulah kita tahu bagaimana cara mahu menerangkan mesej-mesej “Islam yang betul” kepada mereka.
Apabila “dummy-dummy” bercakap, dan apa yang dipercakapkan itu “salah”, itu adalah normal. Masakan percakapan “dummy-dummy” serupa isi kandungan ilmunya dengan percakapan ustaz-ustaz.
Sebagaimana ustaz-ustaz yakin apa yang dipercakapkannya “betul” demikian juga halnya dengan “dummy-dummy” itu, mereka juga amat yakin bahawa apa yang dipercakapkannya adalah “betul”.
Kita perlu membezakan 2 perkara:
(i) Bahawa “dummy-dummy” seperti YM RPK itu tidak berniat menghina Islam.
(ii) Kitalah yang berpandangan dan berasa bahawa Islam telah terhina oleh tulisan-tulisan “dummy-dummy” itu.
Justeru, marilah kita membela Islam dengan menghasilkan tulisan-tulisan yang memberikan pencerahan kepada “dummy-dummy” itu, bukan menangkap dan mengurung mereka di bawah ISA. Langkah membuat laporan polis dan menghukum “dummy-dummy” itu tidak dapat mencerahkan “ke-dummy-an” mereka.
Apakah ada dalam mana-mana matlamat penubuhan agensi-agensi (JAKIM, YADIM, MAIWP dan JAIP) itu dinyatakan bahawa salah satu fungsi penubuhannya adalah membuat laporan polis terhadap “dummy-dummy” Islam?
Apakah JAKIM, YADIM, MAIWP dan JAIP diarahkan supaya membuat laporan polis demi “agenda-setting” bagi menjustifikasi penangkapan YM RPK kerana beliau sebenarnya amat berbahaya kepada UMNO-BN, bukan kerana beliau berbahaya kepada Islam.
Kerja membuat laporan polis adalah kerja enteng. Kerja menyampaikan mesej-mesej Islam kepada “dummy-dummy” adalah kerja yang berat dan susah.
Saya berpandangan bahawa Islam di negara kita ini masih selamat dan berkembang semata-mata disebabkan Allah yang menjaga Islam, bukan disebabkan keberkesanan cara kerja JAKIM, YADIM, MAIWP dan JAIP.
YTM Puanku Sri Ampuan Ainon el Muhammadiy,
Sedikit tambahan agar lebih cerah dan ceria. JAKIM, YADIM, MAIWP dan JAIP dan yang seangkatannya semua kerja makan gaji. Semuanya laksana sebuah institusi yang sering dikisahkan di dalam kitab lama sejarah kisah konflik Sultan yang diwakili mufti (kerajaan) lawan ulama (orang berfikir). Inilah antara salah satu sebab kenapa beberapa ulama fiqh menolak pemberian jawatan seperti mufti dan sebagainya.
Saya sebagai warga internet juga bersama memprotes. Sudah terlalu lama undang-undang ini dipermainkan, walaupun semua tahu ia bercanggah bukan sahaja dengan perlembagaan negara malah haram di sisi agama Islam. (Hukum haram saya tidak berpandukan mana mana kitab melainkan kepada makna harfiah Arabnya, yakni “tidak boleh”). Wassalam selamat berbuka puasa dengan kurma Tunisia, sedap banget!
.................
Nota SifuPTS:
YTM Tuanku Sri El-Rastomi,
Apalah perlunya ‘institusi dan organisasi’ besar-besar membuat laporan polis. Itu kerja individu sahaja. Banyak kerja-kerja lain yang tidak dibuat, ataupun masih belum siap dibuat…. ke balai polis pula mereka!
Makan gaji pun makan gajilah…. Apakah ada dalam senarai jadual tugas rasmi mereka itu termasuk kerja membuat laporan polis!
Siasah yang tidak meminggirkan kehidupan bagaimanakah upaya termasuk di dalam pakej memandaikan bangsa menerusi penulisan?
mereka yang menghina nabi memang patut dihukum. kalaulah alasannya mereka kurang faham bagaimana pula kalau mereka yang bukan islam menghina nabi bolehkah kita kata tak apa mereka bukan islam?.
lagi satu orang yang memperlekehkan tulisan jawi dan mempertikaikan azan adakah kita nak sokong juga?.
betul kita ada mahkamah tapi adakah mahkamah yang ada sekarang ini ada peruntukan menghukum mereka yang mempersendakan nabi?
kerana itu elok sangat ISA dikenakan kepada mereka.
ISA itu sistem tidak adil. Islam pula sistem yang sangat adil. Adakah kita redha ISA digunakan untuk ‘pertahan’ Islam?
Ternyata kerajaan berjaya meniupkan was-was dalam benak kita tentang buruknya ISA.
Banyak lagi wadah lain. Kenapa tidak berdialog dll?
Kita lebih dulu memperlekehkan tulisan jawi bila kita biarkan jawi dianaktirikan. Kita lebih dulu memperlekehkan azan bila kita ‘abaikan’ azan. Malah kita benarkan media tidak ‘pause’ untuk beri laluan azan. Layakkah kita untuk marah bila ada yang mensuarakan apa yang selama ini kita ‘lakukan’?
tak lama dulu majlis peguam adakan perbincangan tentang isu keluar Islam atau murtad. apa jadi?. mereka yang anti islam tetap degil kalau diajak berbincang. itulah bahayanya fahaman islam liberal.
dalam islam mereka yang murtad dihukum bunuh. mereka yang hina nabi dihukum bunuh. ISA tak bunuh mereka cuma ditahan untuk diberi kesedaran. mana lebih baik dibunuh atau ditahan ISA?
janganlah kerana taksub dengan anwar maka segala tindak tanduk pengikutnya disokong walau tertanya merugikan bangsa dan agama.
Tuan Pultraman,
Ada golongan yang menyokong penggunaan ISA dengan mengatakan kononnya ISA dapat mempertahankan Islam. Mazhab manakah yang dijadikan rujukan mereka itu?
Sebagai senjata, ISA itu sendiri hukumnya ‘haram’ digunakan.
Ada orang UMNO-BN mengaku dia mahu mempertahankan Islam, tetapi nampaknya ilmunya belum cukup mendalam tentang jenis-jenis sejata yang diharamkan oleh Islam.
Cuba nyatakan Negara Islam mana yang tak ada akta seperti ISA?. Di Arab Saudi?. Di Iran?. Di Pakistan?. Lebih teruk dari ISA. Mereka yang ditangkap terus hilang. Di Malaysia mereka yang kena tangkap ISA bila keluar nampak segar bugar. Boleh tersenyum pulak. Kerana itu mereka tak takut di tahan ISA walau sebelum itu telah diberi amaran.
ISA boleh diguna untuk mempertahankan agama?. Memang betul. Tengok kes Arqam. Dengan ISA pergerakan mereka dapat dibenteras. Mereka yang mengaku jadi nabi juga pernah digunakan ISA terhadap mereka.
Cuba bayangkan macam mana kerajaan nak atasi masalah Arqam, al Maunah dan ajaran sesat tanpa ISA?
.............
Nota Sifu: Gunakan lagi ISA. Makin banyak rakyat marah! Makin popular PR!
Baca di sini apa kata ulamak tentang ISA:
http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_64137214-c0a85062-158d9550-7b1c6ecd
Kasihan sungguh saya dengan orang Islam yang merujuk kepada negara-negara Arab untuk memutuskan sesuatu hal sedangkan firman Allah diketepikan. Amalan politik tidak demokratik negara-negara Arab selepas runtuh Empayar Osmaniah.
Sedarlah bahawa Islam itu lebih tinggi dan Allah yang memeliharanya, bukan ISA yang pelihara Islam. Orang Melayu yang beriktikad (percaya) bahawa ISA itulah yang mempertahankan/melindungi agama Islam selama ini saya golongkan ke dalam kelompok jahil dan mereka tidak yakin dengan kekuatan Islam itu sendiri. Mereka tidak yakin akan kuasa Allah. Mereka tidak yakin akan wujudnya kebenaran.
..................
Nota Sifu:
Tuanku Lebai Mat Isa bin Mat Desa,
Begitulah keadaan negeri kita ini di bawah bendera Islam Hadhari. Jangankan hendak memberikan kefahaman Islam yang betul kepada seluruh hamba rakyat negeri ini, di kalangan penganut akidah Islam Hadhari itu sendiri pun pemikiran Islamik mereka masih tidak cerah.
Ulamak-ulamak Islam Hadhari itu sibuk buat kerja-kerja tidak Islamik, seperti pergi ke balai polis dan membuat laporan polis, supaya ISA dapat dijustifikasikan penggunaannya bagi menangkap amoi cun atas alasan demi menjaga keselamatan nyawanya. Amoi itu tidak pula pernah membuat aduan kepada polis bahawa nyawanya sedang terancam.
Dalam Harakahdaily melaporkan:
“Mufti Perlis, Dr. Asri Zainal Abidin telah menegur tindakan kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam isu agama dan mengheret pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin dan Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok ke bawah peruntukan akta itu.”
Post a comment