Wednesday, May 16, 2007

Penama Dalam Dokumen Perjanjian Penerbitan PTS

Dalam bengkel undang-undang hakcipta kelmarin, salah satu isu yang ditimbulkan oleh anggota Tim PTS adalah isu royalti pengarang PTS yang meninggal dunia. Kepada siapa cek royalti sepatutnya dihantar?

Menurut Puan Nisah Harun, jika mengikut keadaan sekarang, PTS patut menyimpan royalti si mati sehingga jelas kedudukan pewaris-pewarisnya, sebagai pemegang amanah.

"Tapi, puan," kata saya. "PTS adalah sebuah penerbit buku, bukan pentadbir harta pusaka penulis-penulis PTS. Kalau boleh kami hendak kerja senang, royalti itu kami hendak serahkan kepada satu orang pemegang amanah daripada kalangan pewaris si mati."

Kemudian beliau mencadangkan supaya dalam dokumen perjanjian penerbitan PTS itu penulis meletakkan 2 penama sekiranya beliau meninggal dunia.

"Penulis boleh pilih sesiapa sahaja sebagai penamanya, tidak semestinya warisnya," kata Puan Nisah.

"Kalau penulis ada empat isteri, macam mana?" gurau En. Fauzul, pengurus PTS Millenia.

Chairman PTS pula berkata kepada semua yang ada dalam bengkel, "Bagi penulis perempuan, jangan letakkan nama suami sebagai penama... nanti dia gunakan duit royalti itu buat kahwin isteri baru!"

En. Rashid Azad Khan, CEO PTS, geleng-geleng kepala, tanda tidak setuju dengan kata-kata si Chairman.

Nota: Selaras dengan cadangan Puan Nisah itu, maka PTS bercadang menambah peruntukan penama dalam dokumen perjanjian penerbitan PTS yang akan disemak itu.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Royalti
(5) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Maksud 'Pengarang Bersama' atau Co-Author Previous entry: Bengkel Merekodkan Cerita Jibunsyi Orang Lain SABTU 16 Jun - Gratis
Adiwijaya  on  05/16  at  03:19 PM

Assalamualaikum puan Ainon yang sangat saya kasihi.

Baru-baru ini, saya ada pergi sebuah bengkel penulisan di mana penceramah ada mengatakan si penulis boleh meletakkan syarat tambahan memandangkan dia menjual produk penulisannya. Benarkah boleh?

Perjanjian dapat ditandatangani apabila kedua-dua belah pihak bersetuju dengan isi kandungan dokumen itu. Jika hanya satu pihak yang mahu, perjanjian itu tidak akan ditandatangani oleh pihak yang satu lagi.
——-

alang kelana  on  05/16  at  03:53 PM

Assalamu’alaikum Puan Sifu,

Kalau yang beristeri empat patut letakkan kesemua nama isteri-isteri. Pembahagiannya ikut nisbah berapa lama berkahwin dan berapa orang anak. Yang lama jadi isteri dapat lebih banyak dan yang ada ramai anak dapat lebih.

smile

Sheikh al-Sudani,

Pilih penama yang jujur, supaya apabila dia terima cek royalti itu, dia akan serahkan kepada yang berhak, ikut dormula syariah.

zalisa  on  05/16  at  04:26 PM

Assalamu’alaikum puan,

Letak nama anak2 barangkali lebih bagus? Tetapi bagaimana jika anak lebih daripada dua orang?

Puan,

Penama adalah orang yang akan menjaga cek itu sebagai amanah bagi difaraidkan kepada yang berhak. Jika anak-anak masih belum layak menjadi penjaga amanah, jangan letakkan nama anak itu. Lantik adik beradik yang dipercayai, itu lebih baik.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/16  at  04:58 PM

Tuan Alang al-pakar fuligami

Sekiranya macam itu, macam mana hendak mebahahagikan buku-buku yang tebal siapa jadi penama, buku yang nipis siapa pula jadi penama?.. royaltinya nanti pasti berbeza. Terutama buku yang jadi bestseller…

Jangan tengok tebal ataupun nipis buku. Ikut giliran… buku pertama, letakkan nama isteri pertama sebagai penama… dan seterusnya. Nasiblah, kalau dapat yang nipis. Sudahlah nipis, harga murah, bukunya pun tidak berapa laku, maklumlah buku pertama, teknik belum berapa betul!

dingin  on  05/18  at  01:00 AM

Dalam hal ini,

saya rasa Tan Sri Kang lebih terkedepan

kerana beliau sering mengungkapkan ayat

“pewaris al mansur” di dalam blognya.

grin

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: