PPSMI: Pejuang Pendidikan Cina Ancam akan Menunjuk Perasaan
Para pejuang pendidikan aliran Cina mengugut akan mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran minggu hadapan jika Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berdegil tidak mahu membatalkan dasar PPSMI yang sudah masuk tahun ke-5.
Pengerusi Persatuan Guru-guru Sekolah Cina (Jiao Zong), En. Ong Chiaw Chuan mengemukakan ugutan itu sebelum KPM mengadakan satu lagi siri rundingan meja bulat pada hari Selasa depan.
Satu lagi persatuan, iaitu Persatuan Barisan Guru-guru Sekolah Cina (Dong Zong) berganding bahu dengan Jiau Zong bagi membentuk gabungan yang dipanggil Dong Jiau Zong (DZJ).
DJZ adalah gabungan yang amat berpengaruh di kalangan masyarakat Cina Malaysia. Ia mewakili puluhan ribu guru-guru, pentadbir dan pejuang sekolah-sekolah aliran Cina yang berjumlah 1,200 buah.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Sifu,
Saya respek dan mengagumi Datuk Baha serta PENA tapi, GAPENA buat apa Sifu ?
Salam Puan.
Apa khabar guru-guru Melayu, pensyarah-pensyarah Melayu, Pendidik-pendidik Melayu, para pentadbir pendidikan Melayu, para pejuang bahasa Melayu - Prof. Diraja Ungku Aziz, Prof. Shahrir, Prof. Abdullah Hassan, Datuk Hassan Ahmad, Datuk Baha Zain. Datuk A. Samad Said, politikus UMNO (Melayu?), PAS, PKR, dll, dll, dll… . Mengusung keranda bahasa agaknya kita dan bergabung dengan DZJ? Atau cukup dengan bermemo-memo saja sambil memperhatikan demo DZJ? Atau bangsa Melayu sebenarnya sudah terperangkap oleh kehalusan hati budinya dan terbelenggu oleh kemulusan sopan santunnya, maka hilang keberaniannya untuk berdemo?
Post a comment