Penerbit Buku Agama Sibuk Menyusun Judul Ulangcetak
Apabila tiba musim bulan puasa, jualan buku-buku puasa kurang laku. Sebaliknya buku-buku hari raya yang laku keras!
Justeru buku-buku puasa wajib sampai ke kedai buku paling lewat sebulan sebelum bulan puasa bermula. Inilah faktor yang menyebabkan pada saat ini penerbit buku-buku agama sibuk mengulang cetak judul-judul buku yang laku keras sebelum bulan puasa.
Data jualan buku-buku bulan puasa PTS pada tahun 2008 dan 2009 menunjukkan sesuatu yang menarik:
(i) Jualan judul-judul ulang cetak laku tetapi tidak laku keras. Yang lebih laku adalah judul-judul baru.
(ii) Jualan judul haji dan umrah mula laju pada musim bulan puasa.
Bagi musim bulan puasa tahun ini, diramalkan lebih banyak judul baru akan muncul dalam pasaran kerana (i) jumlah penerbit buku agama sudah bertambah banyak dengan kemunculan penerbit-penerbit baru, dan (ii) banyak judul Indonesia dibawa masuk dan diterbitkan semula sebagai judul Malaysia.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006



Post a comment