Sunday, February 18, 2007

Penerbit Buku Baru

Jika saudara hendak masuk dunia penerbitan buku, buku apakah yang sebaiknya saudara terbitkan pada peringkat awal bisnes saudara?


Pada fasa awal, masuklah ke dalam sektor yang sedang berkembang. Masuklah sektor buku yang mempunyai tanda-tanda ia sudah mula berkembang baik dan sudah banyak buku jenis itu diterbitkan oleh penerbit lain.


Contoh yang baik adalah sektor buku sastera remaja. Sektor ini sedang berkembang dengan baiknya. Masuklah sektor ini. Di kedai-kedai buku sudah ada rak-rak khusus yang mempamerkan buku sastera remaja, namun jumlahnya belum cukup banyak. Masih ada ruang bagi judul-judul baru.


Jangan terbitkan buku yang sektornya belum ada, ataupun sudah ada tetapi masih amat kecil. Maksudnya, buku jenis itu belum ada ataupun baru ada 1 ataupun 2 judul sahaja.


Contoh sektor yang belum wujud adalah sektor novel grafik Melayu. Belum ada rak yang dibuka khusus bagi mempamerkan novel-novel grafik sahaja dalam mana-mana kedai buku.


Kalau saudara masuk sektor novel grafik, buku saudara tidak ada tempat khusus bagi mempamerkannya, akibatnya buku saudara itu 'tidak berkawan'. Ia akan diletakkan entah di mana-mana, ikut suka hati pembantu kedai yang menyusunnya.


.


.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Penerbitan Buku
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Perdagangan Buku Malaysia-Indonesia Berat Sebelah Previous entry: Fenomena Digital-Devide dan Kesannya ke atas Nasib Penulis
Amiene Rev  on  02/19  at  02:04 AM

Kisah hidup J.K. Rowling sungguh mengesankan. Saya tertarik dengan cara dia berjuang untuk menjadi seorang penulis yang hebat.

Apakah modal pusingan merupakan perkara pertama perlu difikirkan untuk menjadi seorang penerbit?
——-

Puan Ainon Mohd.  on  02/19  at  02:38 AM

Sdr REV,

Membuka penerbitan serupa dengan membuka bisnes lain. Pertama-tama seseorang itu perlu memiliki business acumen (bakat berniaga). Ini amat penting. Banyak orang yang tidak memiliki akumen bisnes mereka main berani-berani masuk bisnes, akhirnya duitnya terbakar begitu sahaja. Orang yang lulus kursus bisnes belum tentu memiliki akumen bisnes!

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.