Wednesday, May 26, 2010

Penerbit Buku dan Restoran Piza

Mengapakah majoriti penerbit kecil memberhentikan bisnesnya dalam tempoh 3 tahun selepas mula beroperasi?

Ada banyak faktor yang mendorong seseorang itu menceburkan diri dalam dunia penerbitan buku.

1. Penulis terkenal yang tidak puas hati menerbitkan buku-bukunya dengan penerbit lain lalu mengambil keputusan menerbitkan sendiri buku-bukunya.

Kes seperti ini banyak berlaku. Sasterawan Negara A. Samad Said adalah kes paling klasik. Beliau tidak puas hati dengan prestasi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai penerbit buku-bukunya, lalu mengambil keputusan menubuhkan Wira Bukit yang menerbitkan karya-karya beliau.

Lain-lain contoh adalah Puan Norhayati Berahim,  Puan Fauziah Ashaari dan Puan Aina Emir, penulis-penulis novel cinta paling laris. Mereka yang sebelumnya menerbitkan karya dengan penerbit Creative Enterprise dan Alaf21, kini menerbitkan sendiri karya-karya mereka.

2. Penulis yang gagal mendapatkan penerbit yang mahu menerbitkan bukunya lalu demi kepuasan, menerbitkan bukunya sendiri.

Termasuk dalam golongan ini adalah penulis-penulis yang tidak berapa besar namanya, ataupun belum mempunyai nama, oleh itu karya mereka belum tentu diterima oleh penerbit. Karya yang ditolak penerbit itulah yang diterbirtkannya sendiri.

3. Orang bisnes yang mempunyai kaitan dengan buku.

Termasuk dalam kumpulan ini adalah pencetak, dan pengedar buku, pemilik kedai buku, dan penerbit majalah yang hendak meluaskan perniagaannya.

4. Bekas pekerja dalam syarikat penerbitan buku ataupun majalah yang hendak memulakan penerbitannya sendiri.

Mereka mungkin bekas editor, artis grafik ataupun bahagian lain dalam syarikat itu.

5. Orang dalam bisnes lain sama sekali yang hendak meluaskan bisnesnya.

Salah satu faktor yang mendorong individu-individu yang tidak tahu menahu tentang bisnes penerbitan buku menceburi bidang ini adalah faktor “atas dorongan orang lain”.

Ambil kes ini sebagai contoh. Seorang penulis dan penceramah mendorong rakannya supaya menerbitkan buku yang ditulisnya. Penceramah itu mengemukakan berbagai-bagai alasan yang menarik di mata si rakannya.

“Saya boleh bawa buku itu ke mana-mana sahaja saya pergi berceramah,” kata si penceramah. “Dalam satu ceramah kita boleh jual dua tiga ratus naskhah,” sambungnya. “Tidak sampai 5 kali ceramah, sudah dapat menjual 2 ribu naskhah.”

Si rakan pun mula mencongak dalam kepalanya. “Kalau satu buku boleh dapat untung RM2, dua ribu naskhah sudah untung RM4 ribu!”

Si rakan pun mengeluarkan modal RM6 ribu bagi  mencetak 3 ribu naskhah buku si penceramah itu. Kemudian dia serahkan buku-buku itu kepada si penceramah supaya dapat dijual setiap kali dia berceramah.

Selepas 6 bulan, buku entah ke mana, untung jualan buku itu entah ke mana.

Ini pesanan daripada tokoh-tokoh perniagaan: Orang yang pandai membuat pizza belum tentu pandai membuka dan menguruskan restoran pizza!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Unit Komik-M akan Dinaikkan Statusnya Menjadi Syarikat Sendirian Berhad pada 2011 Previous entry: Nama Tradisional Laku Keras
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/26  at  08:27 AM

Realiti di kalangan ustaz ataupun penceramah.

Saya ada kenalan yang berbuat begitu. Akibatnya, bukunya berlonggok di dalam rumah kerana tidak laku.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.