Penerbit Buku Perlu Menggunakan Model Bisnes yang Betul

Tuan Muhammad Firdaus Ariff dan Tuan Mohd. Yusry Yusopp adalah 2 orang coach profesional dalam bidang bisnes model.
Saya sangat mengesyorkan penerbit buku supaya menggunakan model bisnes yang betul bagi menjalankan bisnesnya. Dengan menggunakan model bisnes yang betul syarikat dapat dikembangkan dengan lebih sistematik pada kadar yang sepatutnya.
Sejak akhir-akhir ini semakin banyak muncul penerbit-penerbit baru dalam pasaran. Mereka terjun ke dalam sektor buku kerana mereka mempunyai wang modal bagi menerbitkan buku. Cara begini adalah cara yang berisiko dalam bisnes.
Bisnes penerbitan buku adalah bisnes yang sangat kompleks. Kita perlu masuk dalam sektor ini dengan mempunyai model bisnes yang jelas.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment