Tuesday, July 31, 2007

Penerbit dan Penulis Novel Melayu Mesti Menolong Guru-guru Bahasa Melayu

Penulis buku-buku cerita dan novel Bahasa Melayu mesti menolong guru-guru Bahasa Melayu, bukan sebaliknya.

Pada masa ini banyak novel-novel Melayu dalam pasaran yang menggunakan gaya bahasa yang tidak menolong guru-guru Bahasa Melayu mengajarkan subjek itu dengan lebih berkesan, malah menyusahkan kerja mereka.

Dalam bilik darjah guru-guru mengajarkan sistem ejaan dan tatabahasa Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), tetapi apabila pelajar membaca novel-novel itu, mereka disogokkan dengan ayat-ayat yang salah tatabahasanya.

Sebagai contoh, guru-guru mengajarkan bahawa ayat mesti ada SUBJEKnya dan PRADIKETnya, tetapi dalam novel-novel itu banyak ayat tidak mempunyai SUBJEK. Dalam kertas peperiksaan, ayat-ayat seperti itu dipotong markahnya.

Demikian juga halnya dengan kata dan ejaan bahasa slanga, yang banyak terdapat dalam novel-novel itu.

Penulis-penulis novel Melayu mesti berkarya dengan sikap bertanggungjawab terhadap para pembaca remaja yang masih di bangku sekolah.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Bahasa
(27) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Nota untuk Penulis-Trainer PTS: Memilih Isi Ceramah Previous entry: Nota untuk Penulis-Trainer PTS: Buku Buat Duit
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/31  at  07:45 AM

“Kejadian rompakan itu berlaku dekat Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur,” lapor pemberita di tv nasional Malaysia. Cikgu Jamilah terkedu dari tempat duduk ruang tamunya.

.

Sdr Alex,

Itu contoh yang bagus! RTM perlu mengadakan kursus Bahasa Melayu Tinggi untuk wartawan dan editornya.
——-

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/31  at  09:21 AM

Sifu,

Guru Bahasa Melayu ( baca: Bahasa Malaysia ) bukan sahaja menggunakan novel malah lebih kerap menggunakan akhbar dan majalah sebagai bahan bantuan mengajar dalam kelas.

Novel pula setahu saya adalah novel yang telah disenaraikan oleh Kementerian Pendidikan sahaja yang boleh digunakan.

Saya tidak tahu jika ada perubahan mengenai penggunaan novel kerana dunia yang berbelas tahun saya ceburi itu itu sudah hampir sepuluh tahun pula saya tinggalkan.

Namun, ketika menggunakan akhbar, teringat satu kisah seorang pelajar bukan Melayu menghulurkan keratan akhbar sambil bertanya mana satu laporan yang lebih tepat.

Kedua-dua keratan itu adalah potongan dua judul berita yang sama daripada dua akhbar perdana yang berlainan :

Utusan Malaysia:

Kesemua lima penumpang kereta proton wira termasuk seorang bayi berusia tiga bulan mati serta merta dalam kemalangan dengan lori ikan di kilometer 333, di Lebuhraya Utara Selatan awal pagi tadi.

Berita Harian:

Kesemua lima penumpang kereta Proton Wira termasuk seorang bayi berusia tiga bulan mati di tempat kejadian dalam kemalangan dengan lori ikan di kilometer 333, Lebuhraya Utara Selatan awal pagi tadi.

Guru mestilah menunjukkan mana satu yang lebih baik penggunaan tatabahasa termasuk penggunaan nama am dan nama khas serta tepat pula penggunaan perkataannya.

Mya Marja  on  07/31  at  09:25 AM

Assalamualaikum,

Karya sastera yang tinggi mutunya itu pun belum tentu menggunakan Bahasa Melayu Tinggi, apatah lagi novel tanpa menang apa-apa sayembara.

Jika mengikut hukum subjek dan prediket, maka memang terlalu banyak silapnya pembinaan ayat di dalam karya mereka. Saya pernah terbaca pengakuan seorang saterawan bahawa pembinaan ayat di dalam karyanya memang banyak yang tidak selari dengan hukum tatabahasa. Yang penting baginya adalah perkara yang hendak disampaikan oleh pengarang.

.

Yang kita ambil sebagai ikutan bukan ayat-ayat dalam karya yang ditulis oleh manusia-manusia biasa yang tidak maksum sifatnya.

mohamadkholid  on  07/31  at  09:48 AM

Jika terikat dengan subjek dan prediket, bagaimana hendak menulis karya sastera yang bermutu?  Setahu saya sastera itu bebas sifatnya dan mengutamakan keindahan…

.

Ayat-ayat al-Quran itu sempurna tatabahasanya dan lengkap subjek-predikatnya, kecuali dalam ayat-ayat seperti “alif-lam-mim”. Seindah-indah ayat adalah ayat-ayat Quran.

Bahasa Nabi Muhammad juga sempurna tatabahasanya dan lengkap subjek-predikatnya.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/31  at  01:16 PM

Al-Quran itu terlalu sempurna, manakan sama dengan karangan manusia.

Seandainya karya sastera yang tidak ikut tatabahasa itu dibetul-betulkan oleh si tukang betul, maka itulah punca karya pengarang rosak binasa dan hilang seninya. ‘Bau’ pengarang itupun sudah tidak ada.

Sebagai pengarang, menjadi tanggungjawab mereka menulis dalam struktur ayat yang betul.

Tapi adakah mereka perlu mengorbankan gaya penulisan mereka selama ini, gaya yang sudah dikenal oleh pembaca mereka?

Wallahu a’alam.

.

itupun (SALAH) = itu pun (BETUL)

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/01  at  10:55 AM

Salam, Puan.

Izinkan saya mencelah.

Saya kagum akan ketegasan dan ketekalan Puan dalam hal memelihara kemurnian bahasa Melayu.

Saya berdoa semoga Puan terus diberi kekuatan agar tetap berpendirian demikian. Saya memang 100% setuju dengan pendirian Puan. Dan saya berharap semoga kita ikuti pendirian Puan dalam hal bahasa ini.

Perlukah kita mengorbankan kemurnian bahasa Melayu demi mempertahankan gaya penulisan? Dalam erti kata lain, bolehkah kita membenarkan penggunaan bahasa yang jelas salah semata-mata kerana gaya penulisan?

Benarkah sastera itu bersifat bebas sebebas-bebasnya? Di manakah keindahan pada sesuatu kesalahan bahasa? Adakah yang salah itu indah?

Tak bolehkah kita menulis dengan bahasa yang betul beserta dengan gaya penulisan yang indah sekali gus?

Jawabnya, boleh. Syaratnya pelajari dan kuasailah bahasa sepenuhnya serta patuhilah disiplinnya sehingga kita berupaya memanipulasi bahasa dan tidak membenarkan bahasa memanipulasi kita. Seterusnya, jadikanlah kamus berwibawa teman rujukan sejati kita apabila menulis atau mengedit.

Saya turunkan di sini satu perenggan ringkas yang saya petik daripada sebuah novel yang diperakukan oleh pihak berwajib dan sekarang masih digunakan di sekolah menengah.

    Ibu terdiam. Tunduk. Begitu mudah hati terluka. Dan ada
    genang di kolam mata tuanya, air bening memecah menuruni
    pipinya.

Perhatikan struktur bahasanya. Lihatlah gaya penulisannya (kalau itulah gaya).Yang jelas ialah ada dua ayat (ayat kedua dan ketiga) tanpa subjek atau yang diajarkan di sekolah sebagai contoh ayat tergantung. Ternyata bahawa ayat-ayat tersebut menyalahi hukum tatabahasa Melayu.

Seterusnya, kata genang sebagai kata kerja terikat harus diberi imbuhan ber- sebelum dapat berfungsi dalam ayat. Lihat Kamus Dewan Edisi Keempat. Ini satu lagi kesalahan.

Perenggan di atas cuba saya baiki seperti yang berikut dengan sedapat-dapatnya mengekalkan gaya penulisan yang asal.

    Ibu terdiam. Wajahnya menunduk. Begitu mudah hatinya
    terluka. Di kolam mata tuanya, bergenang
    air bening, kemudian memecah menuruni pipi.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

.

Wahai Tuhan yang maha menolong. Kuseru namamu, hantarkanlah lebih banyak pejuang bahasa seperti hambamu yang bernama Suhaimi Hj. Khalid ini supaya lebih teguh hati-hati kami dalam melaksanakan suruhanmu. Wahai Tuhan yang maha mengkabulkan permohonan hamba-hambamu, makbulkanlah permintaan ini. Amin.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/01  at  11:25 AM

Sdr Suhaimi Hj Khalid,

1. Adakah novel yang ditulis lengkap dengan subjek dan pradiket?

2. Siapakah guru Bahasa Malaysia (maaf! Bahasa Melayu sudah lupus) yang menulis buku karya sastera yang lengkap dan boleh dijadikan rujukan.

3. Teringin melihat orang macam sdr menulis novel sastera yang sebenar-benar mengikut hukum.

embun  on  08/01  at  01:15 PM

Assalamualaikum wbt.,

Membaca catatan En. Suhaimi Hj. Khalid mengingatkan saya kepada sebuah sajak bertemakan bahasa yang pernah dikarang oleh Prof. Dr. Hj. Awang Sariyan.

Sajak berkenaan disiarkan di majalah Pelita Bahasa sekitar tahun 2001/2002. Malangnya saya tidak menyimpan keratan sajak tersebut.

Membaca sajak berkenaan membuat saya rasa insaf. Keelokan susun atur perkataan dalam sajak berkenaan bukan sahaja menghasilkan bunyi yang indah tetapi ia turut menyerlahkan ketinggian pemikiran sang penulis.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/01  at  02:31 PM

Tentang bau pengarang yang Sdr Oren sebutkan tadi, ada penerbit novel cinta gergasi yang menyunting karya sehinggakan bau setiap novel keluarannya hampir sama!

Saya setuju dgn persoalan Sdr Hamid itu…

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/01  at  03:03 PM

Justeru, bagi bakal-bakal penulis, dalami tatabahasa dahulu sebelum menghasilkan karya pertama. Datang kursus tatabahasa PTS, percuma. :D

Jangan lupa dapatkan Tatabahasa Dewan sebagai rujukan.

Orang baru belum tahu apa itu ‘gaya’ dan masih ‘suci’, maka mudah diasuh.

Orang lama bagaimana pula? Tentu sulit dan liat hendak mengubah. raspberry

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/01  at  03:09 PM

Wahai guru-guru bahasa!

Tulislah novel yang lengkap subjek dan prediketnya untuk rujukan kami yang dahaga!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/02  at  12:33 PM

Salam, Puan. Maaf kerana mencelah sekali lagi di sini.

Doa Puan insyaallah akan dimakbulkan Tuhan jika kesedaran tentang pentingnya berbahasa dengan baik itu ada dalam kalangan insan.

Doa saya pun begitulah, mohon dilahirkan lebih banyak pejuang bahasa dan juga ditingkatkan kesedaran lebih banyak orang tentang perlunya berbahasa dengan baik dan sesempurna mungkin.

Sesuatu yang baik yang dipohon demi kebaikan, insyaallah akan dimakbulkan Tuhan yang maha adil lagi maha mengetahui. Keyakinan ini perlu dan hendaklah disertai dengan kesabaran dan kebijaksanaan.

Puan,

Izinkan saya menjawab persoalan Saudara Hamid, suatu persoalan besar sebenarnya yang sukar dijawab dengan tepat dan tuntas.

Saudara Hamid, 

Secara jujurnya saya tidak pernah membuat kajian menyeluruh untuk menjawab persoalan pertama dan kedua Saudara. Tetapi saya berpandangan bahawa hal ini tidak perlulah digembar-gemburkan sehingga tampak negatif pula dan malah menjejaskan minat dan tabiat membaca yang giat kita usahakan.

Yang positifnya ialah secara menyeluruhnya (bukan hal subjek dan predikat saja) saya dapat melihat bahawa bahasa dalam penulisan novel, cerpen, dan sebagainya semakin baik dan segar.

Contohnya terbitan PTS, tulisan Saudara Faisal Tehrani, Rahman Shaari, Zaen Kasturi (sekadar beberapa contoh) kerana adanya kesedaran dan usaha untuk memartabatkan bahasa.

Dan saya yakin bahawa dengan adanya usaha yang berterusan untuk mempelajari dan menguasai bahasa, lambat-laun bahasa dalam penulisan novel, cerpen, esei, dan sebagainya akan terus membaik, apatah lagi dengan dorongan dan ruang yang diberikan oleh PTS, misalnya.

Soalan ketiga Saudara sungguh berat untuk saya jawab. Saya pun tertanya-tanya: siapakah dalam kalangan pakar bahasa yang ada menulis novel? Sehingga kini saya hanya pernah menulis rencana dan mencuba-cuba berpuisi (puisi untuk simpanan sendiri).

Kalau Puan Sifu izinkan, saya turunkan satu puisi saya di sini.

Hilang Entahkan Berganti

11.6 tarikh kelahiran
6.11 tarikh kematian
tatkala Israk-Mikraj disambut
seruan Ilahi disahut…
dalam tidur sesudah zuhur.

Mungkin suatu kebetulan,
namun itulah kebesaran Tuhan
dalam mengatur kehidupan
pejuang bahasa sepanjang zaman.

Selama 72 tahun hayatnya
hampir separuh usia minda
diperhamba kepada dunia bahasa
mengatur kalimat, menyusun ayat
ketokohannya terserlah melimpah-ruah,
ditandingi payah disaingi susah.

Dalam takafur di sisi kubur
pertanyaan bersimpang-siur
  ...yang patah entahkan tumbuh
  ...yang hilang entahkan berganti

Pak Asraf…
  sumbangannya tak terulas
  jasanya tak terbalas.

11.11.99.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/02  at  12:52 PM

Salam Sdr. Suhaimi,

Di dalam buku-buku hasil daripada pihak-pihak yang saudara sebutkan itu pun tidak mengikut hukum 100%. Betul kata Sdr. Hamid, belum ada satu buku pun yang betul-betul lengkap hukum tatabahasanya.

Tulisan saudara pun banyak juga kesilapannya.

Yang, dan, tidak boleh digunakan pada permulaan ayat, saudaraku.

Cepat-cepatlah saudara mendaftar bengkel tatabahasa dengan PTS. Percuma.

Puan Ainon, mengapa tidak dibetulkan kesalahan Saudara Suhaimi? Ini tidak adil. he he he…

.

Buat pusingan pertama, kita belajar ejaan yang lazim salah dan BMR dahulu, Puan Oren.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/02  at  03:11 PM

Kecil sgt soal subjek dan peredikat ini, apa yang lebih penting kita menulis dan menghasilkan karya. Kalau sesiapa yang mahu mengikut cara subjek dan predikat - sila buat, kalau sesiapa pula yang tidak bersetuju - buat juga. Kalau semua orang mahu menegakkan pendapat masing-masing, apa pun tidak menjadi. Jadi sesiapa yang berpegang kepada prinsip masing-masing, kia lihat hasil mereka. Cakap banyak pun tidak guna. Baik sekarang kita tunggu dan lihat hasil karya sdr Alex, Mya Marja, Jun, Oren, Suhaimi dan Embun serta Puan Ainon yang mahu menulis karya dengan menggunakan subjek dan predikat. Kalau yang mahu bebas berkarya pun sila tulis novelnya sendiri. Habis cerita, yang penting kita mahu lihat hasilnya. Teori mesti diikuti dengan praktikal.

.

sgt (SALAH) - 3 huruf ini tidak dapat dibaca oleh sofwer pengunjung UNIKA yang buta. Gunakan ejaan sempurna.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/02  at  03:13 PM

Saya menunggu karya kreatif (novel) mereka yang bersahut-sahutan di sini.

zalisa  on  08/02  at  03:47 PM

Puan Oren, karyanya sudah melambak-lambak. He he he

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/02  at  04:35 PM

Puan Zalisa, apa satu tajuk karya Puan Oren yang Puan mahu cadangkan untuk bacaan kami?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/02  at  05:32 PM

Ejaan Puan juga salah pada komen Alex, sepatutnya ‘saudara’ bukan sdr. Komen Puan kepada Mya juga salah dari segi tatabahasanya tidak tepat, menurut ilmu tatabahasa, tidak boleh memulakan ayat dengan perkataan ‘yang’ atau mana-mana sendi kata seperti juga yang dianjurkan oleh Puan dalam teori Surah Yusuf.

Aduh, kalau mahu memperincikan satu per satu… saya kira bisa galau kita semua. Kita ini manusia biasa yang tidak maksum seperti kata Puan. Tiada yang sempurna. Cuba perhati, lihat, tengok, intai, tilik, amati struktur ayat yang ditulis oleh para komentar termasuklah saya, tidak sesempurna mana bukan? Saya bukanlah anti kepada ilmu tatabahasa yang ada, tapi kita kena pandai membezakan apabila menulis sesuatu yang berbeza, yakni Bahasa Tinggi dan Sastera. Apa perbezaannya? Saya cuba kupaskan secara ringkas.

Kalau menurut Profesor Lim Swee Tin, perkataan sastera itu berasal dari perkataan saksrit Hindu - merujuk kepada sesuatu yang seni, halus dan suci. Barangkali jika boleh dikaitkan dengan konteks sastera pada hari ini, bolehlah kita katakan suatu karangan yang mempunyai susunan ayat-ayat yang indah (teringat saya novel Ayat-Ayat Cinta) plot, sub-plot serta jalinan ilmu bantu yang diadun secara rapi dan indah berserta dengan gaya atau stail penulisan yang mampu menarik minat pembaca serta mendatangkan kesan yang ‘halus’ di dalam diri si pembaca.

Maksudnya, sesuatu garapan karya kreatif harus (saya tidak kata wajib -kerana ini masih subjektif dan bergantung pada pegangan masing-masing)punya intonasi, saspens, pelbagai teknik imbasan atau imbau hadapan serta lain-lain teknik yang dapat menghidupkan roh karya tersebut. Biar saya bertanya secara ikhlas kepada saudara-saudari di sini, apakah perasaan ketika membaca Tegar (yang sudah dicincang lumat) dengan Ayat-Ayat Cinta? Silalah masing-masing jawab dalam hati sendiri.

Bahasa Tinggi yang diperjuangkan oleh rakan-rakan, saya amat menghormati mereka, terutama mereka yang bersusah-payah menghasilkan puluhan buku yang berkaitan dengannya yang kita tidak mampu menulisnya. Baik, dari sudut teori bahasa yang mudah dan difahami ramai adalah Bahasa Tinggi adalah bahasa yang kita gunakan dalam penulisan dan urusan yang bersifat rasmi. Contohnya dalam surat-surat rasmi, kertas kerja, resensi buku dan lain-lain lagi. Baik, kalau dilihat buku anak-anak kita yang masih dalam darjah dan sekolah menengah - Bahasa Tinggi memang digunapakai untuk tujuan peperiksaan dan tatabahasanya amat-amat dijaga oleh para guru kita yang mendidik anak-anak kita. Kita sangat hormat dan tabik kepada mereka. Karya-karya ilmiah juga menggunakan Bahasa Tinggi kerana sifat karya dan penggunaanya sangat sesuai kerana ia bersifat rasmi. Itu yang dilakukan oleh PTS dan saya amat bersetuju 100% dan langsung saya tidak membantah, malah jika ada mereka yang cuba menggunakan stail penulisan sastera dalam karya ilmiah, saya akan menegurnya dahulu kerana beliau itu tidak pandai membezakan antara Bahasa Tinggi dan Bahasa Saetera. Isu lain - kenapakah karya KOMSAS tidak menuruti tatabahasa yang diajarkan?

Di situlah kita perlu lihat arah dan hala tuju Kementerian Pendidikan untuk mendidik dan memberikan pendedahan awal kepada para pelajar dengan permainan bahasa yang lebih cantik dan tinggi serta sedikit berbeza dari ilmu Tatabahasa yang diajarkan. Ia tidak sesekali bermaksud untuk mengelirukan pelajar dengan apa yang dipelajarinya. Kalau boleh saya sebutkan di sini (seperti Lateral Thinking - Puan juga ada menulis buku ini bukan?) Lateral Writing (ini cuma teori saya sahaja) - maknanya apa? Maknanya kita boleh menulis dengan cara yang sedikit berbeza tapi masih mempunyai maksud yang sama. Dua-dua boleh tapi yang satu lagi diberikan sedikit suntikan keindahan dari segi intonasi, apresiasi dan gaya bahasa yang dituliskan. Mari kita cuba begini (kiranya digarap dalam novel kita nanti), andaikan dalam satu situasi perang, seorang panglima perang sedang memberikan kata-kata semangat :

“Askar-askarku, hendaklah kalian ke medan perang dan berjuang dengan bersungguh-sungguh!” Ujar Panglima itu. (Lengkap dengan subjek dan predikat serta menggunakan bahasa tinggi).

“Wahai askarku! Hari ini adalah hari kalian mengucapkan selamat tinggal pada dunia. Syahid menunggu di hadapan, syurga menanti kalian. Hunuskan pedang, biarkan ia berbicara dengan kebatilan yang mereka hadapkan. Dan ... berjuanglah hingga titisan darah yang terakhir!” Kata-kata Panglima itu disahut dengan sorak-sorai askanya. (Frasa ini pula menggunakan gaya Bahasa Sastera)

Agak-agaknya askar mana yang akan berdiri bulu roma dan semangat juangnya membuak-buak? Saya mohon agar Allah mengampunkan saya sekiranya saya ini tersalah bicara tentang ini, kerana saya bukannya pakar atau pengkaji Al-Qur’an tapi saya sudah menyemak beberapa surah. Saya yakin Puan juga akan bersetuju dengan saya andai saya mengatakan bahawa bukan semua ayat dalam Qur’an itu menggunakan subjek dan predikat, seperti Puan katakan Alif Lam Mim,selain dari itu Alif Lam Ro, To Ha dan sebegainya tapi ada juga ayat lain yang tidak dimulakan dengan subjek walaupun saya mengakui banyak ayat dalam Qur’an MEMANG menggunakan subjek dan predikat. Saya faham begini, itulah dia kekayaan Allah yang menjadikan pelbagai bentuk dan sturktur ayat dalam Qur’an. Maknanya bukan satu cara, sesuai dengan agama kita yang syumul - yakni lengkap dari segala sedutu dan tiada satu pun yang tertinggal.

Isu lambakan buku sastera yang tidak dapat terjual itu bukannya salah bahasa yang digunakan. Masalah pemasaran, itu sahaja. Buku-buku ilmiah DBP juga menggunakan Bahasa Tinggi yang Puan perjuangkan tapi kenapa tidak terjual dan kenapa buku-buku Ilmiah mampu dijual dengan ‘keras’ (meminjam istilah Puan) di pasaran? Saya rasa Puan lebih tentang perkara itu bukan?

Hakikatnya kita tahu kuasa ‘pemasaran’ menjadi tunggak utama dalam memastikan sesebuah karya itu laku atau tidak dalam pasaran. Semua orang tahu tentang itu, tak perlu kita menuding kepada mana-mana karya yang menggunakan sama ada Bahasa Tinggi atau Bahasa Sastera. Paling penting adalah kita memahami perbezaan antara Bahasa Tinggi dan Bahasa Sastera.Paling kritikal adalah untuk memastikan karya kita ‘masuk’ ke dalam sanubari para pembaca yang membeli buku saudara-saudari juga berbaloi dengan wang ringgit yang dibelanjakan.

Wuallahua’lam - saya berbicara ini atas dasar tidak mahu melihat diskusi ini dicemari oleh komen-komen dangkal yang tidak punya hujah. Meskipun begitu, saya juga bukanlah orang pandai cuma sekadar memberi pendapat, kalau ada yang tersinggung saya mohom maaf. Saya cuma manusia biasa dan tidak meminta sesiapa pun di sini bersetuju dengan pendapat saya.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/02  at  05:56 PM

Tuan Engku menulis begitu panjang sangat. Ada sesiapa lagi mahu menulis sepanjang ini? Walau bagaimana sekalipun, saya berharap ‘KOMPAS’ kita semua masih sama:
Memberi dan bermanfaat kepada orang lain dan diri sendiri.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/02  at  06:27 PM

Alex,
Adakah saudara tidak bersetuju dengan YM Tengku Ahmad itu?

Terserah…

Tapi apa yang dikatakan itu benar belaka.

Tabik YM Tengku Ahmad!

Dahulu memang saya ‘skema’ tapi sejak kebelakangan ini, ‘bau’ saya lebih penting.

“Pengarang yang baik akan dikenal tulisannya tanpa si pembaca melihat namanya pada kulit buku.”

Wallahu a’alam.

rastom  on  08/02  at  09:37 PM

Saya budak baru belajar dan sering memberi komen komen yang pada sesetengah orang mencemari diskusi ini. Tiada juga hujah hujah saya yang bernas. Saya mulai musykil samada ruang diskusi ini eksklusif untuk yang punyai hujah dan yang tidak dangkal sahaja?

.

Tuan Rastom, diam adalah salah satu ciri kebijaksanaan.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/03  at  05:30 AM

Assalamualaikum,

Diskusi di bawah entri ini dilihat amat terbuka dan bagi saya sungguh menarik.

Saya membaca komen di sini dengan penuh minat malah sebahagiannya saya baca berulangkali terutama komen saudara Suhaimi, Oren dan Tengku Ahmad.

Mereka yang pastinya penggiat bahasa dan sastera itu, sudi berkongsi pendapat dan saya menghormati, menghargai serta berterima kasih.

Sungguh, bagi saya ada pelajaran yang boleh dikongsi dan dimanfaati melalui komen dalam satu-satunya entri yang diliht amat diminati kali ini.

Wassalam.

Mya Marja  on  08/03  at  05:49 AM

Assalamualaikum,

Yang kurik itu kendi,
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.

3. Kata yang digunakan sebagai kata penyerta, kata yang menentukan kata benda, kata sandang: Yang penting bagi kita ialah mengenai dasar; Yang kaya sama kaya. 
-Kamus Dewan Edisi Ketiga

mohamadkholid  on  08/03  at  10:06 AM

Sekadar memberi ingatan - ayat-ayat standard yang lengkap subjek dan prediketnya adalah ayat-ayat yang digunakan semua orang.  Pada penulis - gaya dan ‘stail’ (dengan izin) yang harus diutamakan untuk membentuk identiti dan jati diri penulis.  Ini yang mungkin tidak boleh ditiru orang lain.

Kepada orang belum memulakan - mulakan menulis dan anda akan lihat perubahan cara penulisan anda sedikit demi sedikit sebelum kekal dengan satu ‘bau’.

zalisa  on  08/03  at  10:46 AM

Saya sependapat dengan saudara Adnan. Perbincangan yang terbuka boleh memandaikan bangsa. Selagi tidak ada dalam hati kita, “pendapat akulah yang paling betul.” Saya suka membaca setiap pandangan yang tertulis di UNIKA. Sama ada saya bersetuju ataupun tidak.

Setiap pendapat saling membaiki dan menambah apa-apa yang kurang. Itulah yang saya nampak selama ini. Tahniah untuk semua.

Page 1 of 2 pages  1 2 >

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: