Saturday, May 14, 2011

Penerbit Drama Televisyen Berminat Melesen Komik-M Siri Ultra Qalif

Baru-baru ini wakil sebuah syarikat produksi drama televisyen telah mengadakan sesi perbincangan awal dengan Tn. Fauzul Naim Ishak, Pengurus Besar Jabatan Editorial PTS.

Tujuan perbincangan itu adalah bagi membuka jalan kerjasama bisnes untuk projek menjadikan Komik-M siri Ultra Qalif sebagai siri drama televisyen, bukan siri animasi.

Pihak PTS memang berminat bekerjasama dengan rumah-rumah produksi drama televisyen kerana manfaat berikut:

(i) Ia bagus untuk branding PTS

(ii) Ia bagus untuk branding judul buku-buku PTS

(iii) Menaikkan jualan Komik-M

(iv) Menaikkan pendapatan karyawan

Menurut Tuan Fauzul, syarikat tersebut memerlukan izin dari PTS bagi menghantarkan proposal kepada RTM. Jika RTM meluluskan proposal itu, kerja-kerja produksi akan bermula selepas musim Ramadhan-Aidilfitri.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Novel Melayu, Nasi Lemak, Sate dan Karipap Previous entry: Penulis PTS Membantu Penulis PTS Menjadi Trainer

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.