Tuesday, February 20, 2007

Penerbit ‘Kuih Tempah’

Nota: Entri ini ditulis bagi menjelaskan kekeliruan yang masih banyak berlaku di kalangan penulis baru berkenaan cara kerja PTS.

Di kalangan penerbit konvensional, penulis menulis buku yang mereka mahu tulis. Selepas siap menulis buku itu barulah penulis mengirimkan manuskripnya kepada penerbit. Terpulanglah kepada penerbit mahu menerbitkan manuskrip itu ataupun menolaknya.

PTS bukan penerbit konvensional. Di PTS, jabatan editorial merancang buku-buku apa yang akan diterbitkan sekurang-kurangnya 1 tahun lebih awal. Selepas itu PTS mengenalpasti penulis-penulis yang akan menuliskan buku-buku itu lalu mengadakan bengkel-bengkel latihan bagi mereka. Selepas itu baru buku-buku itu ditulis oleh mereka.

Bagi siri buku-buku yang sudah dimulakan penerbitannya sejak beberapa tahun yang lalu, saudara yang mahu menulis buku dalam siri itu perlu menulis tajuk-tajuk bab buku yang saudara akan tulis.

Sebagai contoh, PTS sudah mempunyai siri MOTIVASI, siri PARENTING, siri KESIHATAN KELUARGA, siri BISNES dan siri PENDIDIKAN. Hantar judul-judul bab buku yang saudara mahu tulis itu supaya PTS dapat menyemak apakah judul-judul bab itu relevan dengan siri yang sudah ada. Selepas dihantar, tunggu respon daripada editor perolehan PTS.

Cara kerja PTS ini menyebabkan PTS dikenali sebagai 'penerbit kuih tempah'!

Alamat emel pegawai penting PTS:

.(JavaScript must be enabled to view this email address) (buku akademik, bisnes dan profesional)
.(JavaScript must be enabled to view this email address) (buku motivasi dan popular)
.(JavaScript must be enabled to view this email address) (buku agama)
.(JavaScript must be enabled to view this email address) (buku kanak-kanak dan remaja awal)
.(JavaScript must be enabled to view this email address) (buku sastera)

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Sains Penulisan
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Khidmat Masyarakat Previous entry: 'atau' dan 'ataupun'
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/20  at  02:07 PM

Terima kasih kepada sifu dan kakitangan PTS yang memberi ruang dan peluang kepada saya bagi menghasilkan karya-karya yang dinukilkan dalam bentuk buku. Itulah impian saya selama ini. Saya sudah melibatkan diri dalam dunia penulisan dalam pelbagai genre dan inilah kemuncaknya. Tidak rugi saya berkenalan dan terus jatuh cinta dengan PTS.
——-

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/21  at  10:51 AM

Assalamualaikum Puan Sifu,

Saya berminat untuk menulis, tetapi tidak tahu nak buat macam mana, BM saya biasanya tidak berapa bagus. Saya berkelulusan dalam bidang agama (BA) dan (MA) bimbingan dan kaunseling.

Siti Hajar  on  02/22  at  01:38 AM

Assalamualaikum,

Saudara Azmi, hadirilah kelas PTS. Kelas PTS dan blog Puan Ainon telah menambahbaikkan penggunaan Bahasa Melayu saya.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.