Friday, December 14, 2007

Penerbit Majalah Paksa Pengarang Serahkan Hakcipta

Bolehkah sesebuah penerbit majalah memaksa pengarang artikel yang dihantar kepadanya supaya menyerahkan hakcipta artikel itu kepada si penerbit? Sifu banyak kali menerima pertanyaan seperti ini.

Pertanyaan ini ditimbulkan oleh sebab ada sebuah penerbit majalah di negara ini yang menulis pada halaman imprint majalah-majalahnya ayat yang lebih kurang begini bunyinya: "Semua hakcipta artikel yang terbit dalam majalah ini dimiliki oleh TST Sdn. Bhd." iaitu nama syarikat penerbitan itu.

Ayat itu menyebabkan mereka yang bertanya itu takut-takut hendak menghantarkan karya mereka kepada majalah-majalah terbitan syarikat itu. Ini adalah salah satu akibat yang merugikan penerbit majalah itu sendiri.

Seorang penulis artikel yang produktif memberitahu bahawa dia hanya berani menghantarkan artikel-artikel yang kurang bermutu tinggi kepada penerbit majalah itu.

Seorang penulis lain memberitahu bahawa dia hanya menghantar kepada penerbit itu artikel-artikel  yang tidak sesuai dibukukan.

Sifu sudah bertanyakan isu ini kepada seorang peguam kontrak yang berpengalaman.

Menurut peguam itu, perjanjian hakcipta adalah tertakluk di bawah undang-undang kontrak.

Perkataan-perkataan yang berbunyi "Semua hakcipta artikel yang terbit dalam majalah ini dimiliki oleh TST Sdn. Bhd." tidak memenuhi ciri-ciri suatu perjanjian kontrak kerana ia disetujui oleh satu pihak sahaja, yakni penerbit. Kontrak mesti disetujui oleh kedua-dua belah pihak.

Menurut beliau lagi, selagi penulis tidak pernah menandatangani sebarang dokumen di mana dia bersetuju menyerahkan hakcipta karyanya kepada mana-mana pihak, maka bermakna hakcipta karyanya masih menjadi miliknya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Undang-undang & Harta Intelek
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Buku Mobile Meletup di Jepun Previous entry: Hakcipta Karya yang Terbit dalam Media
Panaharjuna  on  12/15  at  03:43 PM

He he he… Amin.

Tengku Asmadi  on  12/16  at  12:28 AM

Assalamualaikum Sifu,

Baru-baru ini sebuah syarikat penerbitan, Syarikat KK,  yang mana saya telah menjadi penulis panel untuk salah sebuah majalahnya memaklumkan hasrat mereka untuk membukukan koleksi-koleksi artikel saya itu.  Katanya, buku itu akan diterbitkan oleh sebuah anak syarikatnya iaitu BP.  Dia meminta persetujuan dari saya.  Tetapi katanya, saya tidak akan menerima sebarang royalti daripada jualan buku ini kerana setiap artikel telah dibayar oleh itu hakcipta kini adalah milik mereka.

Soalan saya:

Adakah betul apa yang mereka katakan tentang isu hakcipta itu?  Sebab saya tidak pernah menandatangani sebarang kontrak.

Apakah betul cara mereka menerbitkan buku itu dan saya tidak menerima sebarang royalti?  Sebenarnya saya tidak pernah memikirkan soal royalti ini, cuma rasa macam pelik pula apabila hasil perahan otak kita diniagakan dengan begitu mudah.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/16  at  08:45 PM

Tuan Dr. Tengku Asmadi,

Apa yang dilakukan oleh penerbit itu adalah tidak beretika. Mereka melakukan jenayah mencuri harta intelek Tuan dan memperdagangkan harta curian.

Tuan boleh buat laporan polis. Fotokopi laporan itu dan kirimkan kepada pengarah urusan syarikat tersebut, dengan amaran, jika mereka masih mahu menerbitkannya tanpa izin Tuan, maka Tuan akan meminta pihak polis mengambil tindakan atas laporan yang sudah dibuat.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: