Thursday, August 19, 2010

Tip Survival Penerbit: Penerbit Malaysia Mesti Fikir Eksport

Dalam interviu dengan stesen Awani Astro tentang dunia buku, kepada wartawan itu saya katakan bahawa penerbit-penerbit buku Malaysia mesti berfikir bagaimana kita dapat mengeksport karya penulis-penulis tempatan.

Pada saat ini sudah ada penerbit buku Malaysia yang hidup dengan mengeksport lesen-lesen hakciptanya. Yang paling aktif adalah syarikat penerbitan buku kanak-kanak Kohwai & Young. Buku-buku terbitannya sudah diterjemahkan ke dalam 20 bahasa. Banyak yang dapat kita tiru daripada kejayaan Kohwai & Young.

PTS sendiri sudah mengeksport hampir 100 judul terbitannya ke Indonesia melalui sistem pelesenan hak penerbitan semula dalam Bahasa Indonesia. Target seterusnya adalah mengeksport judul-judul PTS ke Thailand dan kemudian ke Vietnam, dua buah ekonomi dalam ASEAN yang berkembang dengan amat pesat.

Pasaran Malaysia adalah kecil, jadi kalau penerbit Malaysia mahu menjadi penerbit besar kita tidak dapat mengharapkan pasaran dalam negara sahaja. Kita mesti mengeksport.

Dengan mempelbagaikan dan melebarkan asas bisnes kita, maka kita dapat mengurus risiko bisnes kita dengan lebih berkesan. Tidak ada mana-mana pihak dapat menekan dan mengugut kita.

Bagi tujuan mengeksport judul, ini bermakna kita memerlukan penulis-penulis dan ilustrator yang dapat menghasilkan buku-buku yang memenuhi citarasa antarabangsa. Dengan lebih spesifik, penulis-penulis Melayu jangan hanya menulis isu-isu dan cerita-cerita tentang orang Melayu untuk bacaan orang Melayu sahaja. Isu-isu dan cerita yang terlalu lokal takkan dapat dieksport.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(5) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Budaya Kerja PTS Previous entry: Rangkaian Kedai Buku POPULAR Sokong Baca@Ramadan
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/19  at  08:41 AM

Assalamulalaikum Puan Ainon yang dihormati dan para pengunjung UNIKA. Izinkan saya berkongsi di sini. Petikan dari novel yang sedang dalam proses.

Mendengarkan kata-kata dari Zakri itu, Ah Kaw mengelit, “Ramai lagi orang yang lebih kaya dari saya.”

Zakri tersenyum sahaja mendengar jawapan dari Ah Kaw. Kemudian Ah Meng pula mencelah, “Di Malaysia ini, bukan susah mahu jadi kaya. Kita perlu pandai lihat ruang dan intai peluang.”

Kata-kata itu juga telah memberi ruang kepada Zakri untuk menyindir Ah Meng, “Kamu bolehlah berkata begitu. Tidak kira apa sahaja peluang yang ada. Jual dadah pun kamu sanggup sehingga dimasukkan ke Pusat Pemulihan Akhlak.”

Tersipu-sipu Ah Meng mendengarkan sindirin Zakri. Ah Kaw pula tidak mahu mengalah. Dia terus mencelah, “Kami ini memang tidak boleh dijadikan perbandingan. Mungkin tuan boleh lihat contoh dari orang lain yang berjaya dengan cara yang betul.”

“Negara Malaysia ini kecil sahaja. Kita tidak ada banyak ruang untuk membolehkan semua orang menjadi kaya,” cetus Zakri.

Mendengarkan sanggahan dari Zakri itu, Ah Kaw tidak terus menambah. Dia mula memberikan contoh, “Cuba tuan lihat Negara Hong Kong. Negaranya jauh lebih kecil berbanding dengan negara kita tetapi berapa ramai rakyatnya yang menjadi jutawan? Begitu juga dengan Singapura.”

Zakri mengangguk-anggukkan kepalanya sambil mencebikkan bibirnya.

Ah Kaw terus menambah, “Rakyat mereka tidak hanya melihat ruang dan peluang yang ada dalam negara mereka sahaja. Mereka berani untuk merebut peluang berniaga yang ada di negara lain. Mereka tidak menjadi jutawan dengan berniaga dalam negara sendiri.”

Ah Meng mengiakan pandangan Ah Kaw, “Memang benar apa yang dikatakan oleh Ah Kaw. Seperkara lagi, kita harus percaya bahawa selagi kita masih hidup, selagi itulah peluang untuk kita capai cita-cita kita masih terbuka.”

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/19  at  10:47 AM

Salam Tuan Zakir.
Saya amat tertarik dengan petikan novel yang Tuan paparkan.
Kalau Tuan tidak keberatan. Harap Tuan boleh emelkan kepada saya perkembangan terkini novel itu nanti.
Terutamanya bila ia akan diterbitkan.

Saya yakin, ia akan jadi novel keusahawanan paling laris sewaannya di kafe buku yang saya akan buka hujung tahun ini.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/19  at  04:43 PM

Alaikum salam Tuan Nazri Kadir.

Ada satu lagi plot dalam novel itu yang menceritakan perbualan antara saya dengan Arwah Efendi Abdul Rahman iaitu suami kepada Arwah Mona Fendi. Pandangan yang diberikan berkenaan dengan keusahawanan di peringkat global benar-benar membuatkan saya rasa dunia menjadi gelap seketika. Saya menjadi terkedu dan tersentak. Saya benar-benar menghormati Allahyarham dengan pandnagan beserta fakta yang diberikannya.

Makluman terbaru daripada pihak PTS sangat positif. Saya akan email kepada Tuan tentang perkembangan novel itu.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/19  at  04:53 PM

Tuan Zakir
Syukur Alhamdulilah..
Menerima maklum balas yang positif daripada Tuan.
Emel saya .(JavaScript must be enabled to view this email address) dan facebook saya Nazri Kadir.

Bagus benar olahan dan garapan Tuan ke atas novel ini nanti.
Ilmu yang baik.Memang elok dikongsi dan dikembangkan Tuan.
Entah kenapa saya teruja sangat dengan novel Tuan ini.Padahal saya tidak pernah novel seumur hidup saya ini.
Mungkin kerana plot minda keusahawanan yang Tuan paparkan di atas telah menarik minda saya sedemikian rupa.
Novel Tuan adalah yang pertama dan saya harap. Saya juga antara pembeli pertama novel ini.
Lebih istimewa dapat beli terus daripada Tuan.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/19  at  04:54 PM

Maaf* TIDAK PERNAH MEMBELI NOVEL SEUMUR HIDUP.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: