Penerbitan Buku Inggeris Tempatan: Mampus Dibelasah Buku Impot
Jumlah judul buku Inggeris terbitan Malaysia yang dipamerkan di kedai buku dapat dibilang dengan sebelah jari. Kebanyakan buku-buku itu adalah autobiografi dan biografi tokoh-tokoh tempatan, seperti autobiogafi Lim Goh Tong, yang diupah penulisannya dan disponsor penerbitannya oleh yang empunya biografi.
Begitu banyak rakyat negara ini yang fasih menulis dalam bahasa Inggeris, tetapi industri penerbitan buku Inggeris macet - bak kata orang Jakarta.
Berjuta-juta novel cinta Inggeris dijual di negara ini, tetapi mengapa industri novel cinta tempatan yang ditulis dalam bahasa Inggeris langsung tidak pernah ada?
Manakala penulis novel cinta Melayu kayaraya, mana dia penulis tempatan yang menulis dalam Bahasa Inggeris?
Jawapannya: Seperti nasibnya industri penerbitan bahasa Cina, penerbit buku-buku bahasa Inggeris tempatan juga mengalami nasib yang serupa - mereka mampus dibelasah oleh buku-buku Inggeris impot!
Kalau ada penulis buku Inggeris tempatan, mereka terpaksa menerbitkan sendiri buku tulisan mereka. Manakala buku Inggeris yang laku hanyalah buku panduan jual beli haratanah lokal dan buku fengshui.
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Puan Sifu yang prihatin,
Fenomena buku impot sebenarnya bukan sahaja memberi kesan kepada ekonomi negara melalui industri import dan aliran tunai. Jauh lebih merbahaya buku yang diimpotnya sebenarnya boleh menjadi senjata ‘penjajahan bentuk baru’. Cuba bayangkan sungguhpun buku adalah budaya ilmu tetapi ilmu yang tiada roh akan hanya menjadikan tubuh yang tidak bernyawa. Kaku! Lesu! Bisu!
Ianya akan menjadi satu kejutan budaya yang menghakis nilai-nilai jatidiri, identiti kendiri, munduk pemikiran, norma sosiobudaya dan sebarang rupa wajah asli kita.
Dalam keterbukaan ini sebenarnya kita tertutup seperti ‘katak di bawah tempurung’, penerimaan ilmu ‘tanpa syarat’, membiarkan kita menelan bulat-bulat tanpa memahami tamadun ilmu yang selektif, kritis, konstruktif tetapi jua kreatif.
Benar kata pepatah ‘don’t just book by cover’ tetapi yang jauh lebih afdal ‘don’t just read by word’!
——-
Sdr Faizal,
Isu buku impot ini memang pelbagai. Saya setuju dengan pandangan saudara bahawa kesan yang didatangkan melalui buku-buku impot itu mungkin positif dan mungkin negatif.
Makanya kita memerlukan suatu AKTA BUKU bagi me-regulasi industri ini.
Puan Sifu,
Berikan cadangan tajuk artikel supaya nampak lebih komersil dan kritis. Hanya cadangan;
1) Akta Buku: Perlindungan Industri Buku Tempatan.
2) Buku Impot dan Kesan Kepada Sosioekonomi Negara.
3) Buku Impot dan Jati Diri Bangsa
Beri cadangan lebih baik Puan Sifu.
Sdr Faizal,
Akta Buku: Strategi Membangunkan Industri Buku Dalam Negara.
Terima kasih idea Puan Sifu.
Post a comment