Penerbitan Buku-Buku Pendidikan dan Kaunseling PTS Kembali Rancak
![]()
![]()
Penerbitan buku-buku pendidikan adalah sektor yang mempunyai ciri-cirinya tersendiri.
Buku-buku dalam kategori ini tidak dapat dijual dalam kedai-kedai buku biasa kerana pihak kedai tidak berminat mempamerkan buku-buku yang jualannya perlahan, yakni tidak laris.
Hanya kedai-kedai buku universiti sahaja yang berminat menjual buku-buku pendidikan dan kaunseling.
Walaupun pasaran buku-buku pendidikan tidak besar, namun PTS tetap menerbitkan buku-buku itu demi perjuangan memandaikan bangsa. PTS percaya bahawa dengan memandaikan guru-gurunya, kita memandaikan pelajar-pelajarnya.
Mulai tahun 2010 ini PTS Professional Sdn. Bhd. melipatgandakan penerbitan buku-buku pendidikan dan kaunseling dengan melantik editor Tn. Mohd. Yusry Mohamad Yusopp sebagai ketua unit pendidikan.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

menurut pandangan saya la, masyarakat kita perlu disedarkan lagi tentang KEWUJUDAN & KEPENTINGAN buku-buku motivasi dan kaunseling ni. Sbbnya, kita sebagai manusia sentiasa akan diduga dengan pelbagai masalah dalam kehidupan seharian.
kalo tidak menjadi keberatan, saya ingin mencadangkan sesuatu kat sini :
PTS Professional Sdn. Bhd sepatutnya membuat lebih banyak promosi @ kempen kesedaran. Selagi masyarakat kita tidak sedar, selagi itulah benda ni akan kekal (masyarakat tak berminat beli buku motivasi @ kaunseling). Sekurang-kurangnya dengan usaha yg dilakukan, ianya akan menampakkan impak walaupun sedikit dalam masyarakat. Kalau ianya berterusan, saya yakin masyarakat kita akn jadi peka & cakna dengan perkara-perkara ni.
Post a comment