Tuesday, February 23, 2010

Penerima Hadiah Utama Tempat Pertama dan Kedua, Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS: Baca & Menang 2009




foto pemenang pertama.Pada 8 Februari 2010, Tuan Nazrul Samsudin, Timbalan Pengurus Pemasaran, Tuan Azmi Mamat dan Tuan Wahyudi Mohd Yatim berkunjung ke Sekolah Menengah Datuk Haji Abdul Samad, Port Dickson, Negeri Sembilan. Tujuan kunjungan adalah untuk meraikan dan menyampai hadiah kepada dua orang pemenang di sekolah ini.

Pemenang utama tempat pertama, CIk Farah Irdina binti Fuadi, pelajar tingkatan dua sekolah ini berjaya mendapat hadiah TV LG Plasma 42" dan set perpustakaan mini bernilai RM10,000.00. Tuan Nazrul Samsudin, Timbalan Pengurus Pemasaran mengiringi Puan Rahana binti Tawan, Pengetua SMK Datuk Haji Abdul Samad menyampaikan hadiah kepada Cik Farah Irdina. Acara penyampaian hadiah berlangsung ketika perhimpunan pagi disaksikan seramai 1300 orang pelajar dan para guru sekolah ini. 

Beliau bukan sahaja menerima hadiah utama, Cik Farah Irdina juga menerima hadiah minggu ke-6, berupa Kamera Digital Panasonic LUMIX dan buku PTS bernilai RM100.00. Kejayaan beliau menjadi perangsang kepada rakan-rakan sekolah untuk bersama-sama menyertai peraduan lain yang bakal dianjurkan PTS.

Puan Rahana binti Tawan juga sudi menyampaikan hadiah pemenang utama tempat kedua kepada Encik Shahrul Nazrin bin Wahid. Beliau merupakan pelajar Kolej Negeri, Kampus Bukit Chedang, Seremban.

Encik Shahrul Nazrin Wahid berjaya memenangi hadiah Kamera Video Canon LEGRIA FS200 dan set perpustakaan mini bernilai RM8,000.00. Beliau hadir ke sekolah ini, ditemani ayah dan kakak sulungnya, "Terima kasih PTS kerana bersusah payah dari Batu Caves datang ke Port Dickson semata-mata mahu menyampaikan hadiah kepada kami di sini," ujarnya. 

foto pemenang kedua.Acara penyampaian hadiah ini, mendapat perhatian daripada wakil akhbar Sinar Harian. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan peraduan Saya Mahu Hadiah PTS: Baca & Menang 2009. Ucapan tahniah kami kepada mereka yang berjaya menjadi pemenang. Kepada mereka yang tidak berjaya, cuba lagi peraduan lain yang bakal kami anjurkan. Jumpa lagi.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: PTS Menerbitkan Ciklit Islami Previous entry: Penerima Hadiah Utama Tempat ke-3, Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS: Baca & Menang 2009

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.