Monday, August 25, 2008

Pengakuan Sifu: ‘Personal Power’ dan ‘Social Power’

Ahli psikologi kejayaan yang terkenal, Prof. McLelland, mengenal pasti 2 jenis manusia yang mempunyai dorongan tinggi mahu menjadi orang yang berkuasa.

(i) Individu yang mahukan 'personal power' atau 'kuasa peribadi'.

(ii) Individu yang mahukan 'social power' atau 'kuasa sosial'.

Saya tidak malu mengaku bahawa saya seorang yang, meskipun perempuan, saya mahu menjadi orang yang berkuasa. Itulah sebabnya dalam sejarah kehidupan saya, banyak kali saya bekerja keras dan berjuang supaya saya dapat naik pangkat di tempat kerja (suatu masa dahulu saya bekerja di DBP).

Saya juga mencipta jawatan-jawatan, kemudian saya lantik diri saya mengisi jawatan-jawatan itu.

Saya mencipta jawatan 'Presiden' Universiti Terbuka PTS, dan saya lantik diri saya sendiri mengisi jawatan itu.

Semasa berkhidmat sebagai exco dalam Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) saya anjurkan Program Diploma Penterjemahan. Kemudian saya cipta jawatan 'Pengarah Kursus'. Kemudian saya melantik diri saya sendiri sebagai 'Pegarah' itu. Program diploma itu masih berjalan, dan sehingga sekarang sudah 24 tahun, sudah mendatang hasil yuran kursus berjuta ringgit buat PPM, dan sudah melahirkan ribuan graduan.

Saya juga mencipta gelaran-gelaran, kemudian saya berikan gelaran-gelaran itu kepada diri saya. Saya mencipta gelaran 'SifuPTS' dan saya anugerahkan gelaran itu kepada diri saya sendiri.

Saya keluarkan modal RM500 ribu, tubuhkan kumpulan syarikat PTS, lalu saya lantik diri saya menjadi Chairman PTS. 

Kalau boleh, saya mahu menjadi perdana menteri, sebab dengan kuasa yang ada pada jawatan itu saya berkuasa membuat keputusan-keputusan yang baik buat rakyat Malaysia.

Dalam teori kuasa oleh McLelland, saya adalah jenis manusia yang mahukan 'social power'. Saya mahu naik pangkat sebab dengan memiliki pangkat itu saya mempunyai kuasa membuat keputusan-keputusan, dan melaksanakan projek-pojek yang baik bagi menjaga kepentingan orang-orang lain. 

Individu-individu yang mahukan 'social power' mempunyai ciri-ciri psikologi yang amat berbeza daripada mereka yang mahukan 'personal power'. Ciri yang amat ketara adalah ciri 'ultruistik'. Individu-individu yang ultruistik sanggup merugikan kepentingan diri sendiri demi membela kepentingan orang-orang lain.

Antara tokoh-tokoh terkenal dalam arena politik tanah air yang termasuk dalam kumpulan manusia yang mahukan 'social power' adalah Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Abd. Hadi Awang, Khalid Ibrahim, Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim.

Kajian McLelland mendapati, syarikat-syarikat yang dipimpin oleh pengurus-pengurus yang mahukan 'social power' jauh lebih berjaya daripada syarikat-syarikat yang dipimpin oleh pengurus-pengurus yang mahukan 'personal power'. Kajian beliau mendapati korporat-korporat besar yang kemudian jatuh, telah jatuh semasa di bawah pimpinan pengurus-pengurus yang mahukan 'personal power'.

Inilah faktor utama mengapa pegawai-pegawai PTS dipilih daripada kalangan bekas-bekas pemimpin pelajar sewaktu di universiti, mereka yang terlibat dengan projek-projek sosial dengan kelompok kurang bernasib baik, kerana aktiviti-aktiviti sosial yang mereka jalankan semasa di universiti adalah bukti bahawa mereka mempunyai ciri psikologi 'ultruistik'.

Pada suatu hari nanti PTS akan menjadi konglomerat. Setiap satu anak syarikat PTS akan menjadi korporat besar. Sebagai Chairman dan pemegang saham terbesar PTS, saya pastikan bakal-bakal Pengurus Besar dalam kumpulan PTS adalah mereka yang terdiri daripada individu-individu yang ultruistik, yang mempunyai komitmen sosial yang tinggi, yang sedia berjuang bagi kebaikan orang-orang lain, supaya semboyan "Memandaikan Bangsa" akan terlaksana, supaya sesiapa sahaja yang membaca buku-buku PTS menjadi orang-orang pandai. Amin.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(10) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Diulangcetak dengan Cover Baru Previous entry: Ada-ada sahaja: Populariti Penulis Buku lawan Bukan Penulis Buku
 on  08/25  at  07:37 AM

Assalamualaikum puan,

Saya tidak sabar hendak mengetahui ciri-ciri psikologi individu2 yang berkenaan.

.............

Nota Sifu: Puan Embun, ciri-ciri itu ada saya terangkan dalam buku saya “Kejayaan dari Dalam”.

 on  08/25  at  11:39 AM

Salam,

Rasa terharu pula membaca posting kali ini. Sekiranya ramai ahli politik, NC universiti dan bos-bos besar mempunyai ciri-ciri unggul sebegini, tidak payah tunggu 2020 hendak menjadi negara maju.

Lutfi Ishak  on  08/25  at  12:36 PM

Assalamualaikum, Pn. Ainon.
Saya rasa, apa yang diutarakan oleh P. Mclelland itu mempunyai kemiripan dengan apa yang diutarakan oleh Allahyarham Syed Husin Al-Attas. Dalam syarahan perdananya di UKM, beliau menyatakan bahawa sejarah dicipta oleh dua cita, iaitu cita sempurna dan cita bencana.
Memang, selalunya sejarah dicipta oleh individu-individu tertentu.
Salam

 on  08/25  at  12:45 PM

Saya membeli buku - buku terbitan PTS kerana percaya dan yakin dengan perjuangan PTS untuk ‘memandaikan bangsa’ grin Teruskan perjuangan Sifu ! smile

 on  08/25  at  03:23 PM

Puan, saya bersyukur dan rasa amat bertuah kerana dapat bertemu puan dan Prof semalam di bengkel Bahasa Melayu Tinggi. Sudahlah kelas itu gratis, ilmu yang didapati melebihi pula dari yang dicari. Saya pergi untuk belajar Bahasa Melayu Tinggi namun saya turut belajar perjuangan bahasa dalam mendukung bangsa dan agama. Sesungguhnya Puan adalah yang terpilih, segelintir mereka yang berani dan berkeyakinan dengan apa yang hendak dilakukan. Saya yakin cita-cita PTS untuk jadi satu konglomerat akan tercapai kerana PTS punya ramai penyokong, dan saya salah seorang darinya.

p.s. Kalau puan nak bertanding jawatan PM pun bagus...saya sokong! smile

AlongSafa  on  08/25  at  06:08 PM

Puan Ainon mahu jadi Perdana Menteri atas landasan parti apa?. Mungkinkah akan wujud parti lain selain yg sedia ada kini? maaf sifu, bergurau sahaja. smile

ridzwan  on  08/25  at  07:10 PM

SifuPTS,
1. Saya setuju bahawa social power lebih berjaya dan disukai daripada personal power. Pengalaman lebih 16 tahun di sektor korporat mengesahkan perkara ini (kajian peribadi secara rambang).
2. Mengikut kajian di US orang yang suka social power sukar mengawal belanjawan peribadi, sebab mereka suka meraikan orang (kalau co disebut entertainment allowance/budget).
3. Bila mengkaji ciri-ciri insan (mengikut method DISC), golongan social power ini adalah orang yang “tinggi-I” (high-influence). Mereka mampu mengusai orang sekeliling.
4. Kalau saya menjadi CEO syarikat saya sendiri, saya juga akan ambil golongan tinggi-I (tinggi social power). Jadi tahniahlah , staf PTS mempunyai ciri sebegini.
5. Kalau PTS sudah jadi konglomerat, ingat-ingatlah pada saya. Sayapun “tinggi-I”.

Selamat Menyambut Ramadhan al mubarak.

“Haji Muda”

Mya Marja  on  08/25  at  09:51 PM

Assalamualaikum,
Puan Ainon yang dihormati,

Semoga terus diberi kekuatan, kesihatan dan semangat oleh Allah, agar tercapai segala yang dihasrat. Perjuangan yang puan rintis ini, moga bakal terus memberikan sumbangan besar kepada bangsa.

Afyan  on  08/26  at  01:36 AM

“Kalau boleh, saya mahu menjadi perdana menteri, sebab dengan kuasa yang ada pada jawatan itu saya berkuasa membuat keputusan-keputusan yang baik buat rakyat Malaysia.”

Hmmm… seperti manifesto nampaknya smile

 on  08/27  at  01:21 PM

Assalamualaikum wbt,

Hasrat dan usaha untuk memandaikan bangsa adalah satu perjuangan yang murni. Puan Sifu mempunyai personaliti yang unik dan berupaya menarik orang lain seperti “magnet” (kata-kata Sifu membakar semangat, berkesan dan berpengaruh)- ciri-ciri seorang yang berkarismatik.

Saya bersetuju dengan pandangan saudari Intan Suzana. Kedua-dua bengkel PTS pada hujung minggu yang lepas, lain daripada yang lain- banyak mutiara ilmu dan tip-tip dapat dikutip dalam masa dua hari berbengkel. Suasananya pun selesa dan santai........

Ribuan terima kasih kepada puan Sifu, tuan Prof. Abdullah Hassan dan pihak PTS yang sudi meluangkan masa di hujung minggu mengajar dan berkongsi pengalaman bersama peserta. Saya doakan puan sekeluarga dirahmati Allah dan semoga hasrat kita untuk memandai dan memertabatkan bangsa dapat dicapai dalam jangkamasa terdekat....Amin.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: