Wednesday, July 29, 2009

Penganjur Sayembara Novel Sai-Fai Tindas Penulis!

Puan Ainon yang saya hormati, semoga senantiasa dirahmati Allah dan dilimpahi keberkatan dariNya. Amin.

Saya telah mula menulis sebuah manuskrip novel fiksyen sains dan teknologi. Ide ini timbul setelah saya hadir pada bengkel Sayembara Novel Sai-Fai awal tahun 2009.

Daripada bengkel itu, saya sedar yang karya yang bakal terhasil mesti mempunyai dan menanamkan unsur-unsur nilai murni pada pembaca. Secanggih manapun dan semaju manapun penciptaan sains, kita tidak harus lupa diri akan adanya Yang Maha Pencipta yang lebih Agung dan lebih Bijaksana. Juga karya dapat menghasilkan sesuatu kepada generasi remaja supaya mereka seronok dan suka kepada sains dan teknologi dan mahu turut serta mempelajari mata pelajaran ini dengan bersungguh-sungguh.

Setelah karya saya hampir siap, saya emel kepada eksekutif kanan syarikat penganjur itu, bertanyakan status manuskrip peserta, hakcipta dan sebagainya sebab saya tidak jelas akan kedudukan manuskrip yang bakal dihantar. Jawapan yang saya terima adalah manuskrip yang dihantar menjadi hakmilik syarikat penganjur sayembara itu, dan sekiranya menang, maka dikira hakcipta telah dijual kepada mereka dan tempohnya pula sampai bila-bila.

Langsung, saya membuat keputusan membatalkan hasrat saya menyertai Sayembara itu.

(Nama pengirim emel dirahsiakan)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Maklumat Terkini! MPH Sudah Mengubah Sikap Pemasarannya Terhadap Buku Melayu pada Bulan Puasa Previous entry: Menulis Buku untuk Pembeli dan Pembaca Baru
Ithnin  on  07/29  at  07:26 PM

Ini sudah kasi panas! Kalau menang ok lah juga, dapat 15K, tp yang kalah bagaimana?..

Web Sutera  on  07/30  at  02:01 AM

Ini berita panas! Saya tahu sayembara yang dirujuk di sini dianjurkan oleh Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Tidak payah kita berselindung.

Saya harap sahabat saya yang menjadi editor Utusan membaca entri ini.

Nazir  on  08/05  at  01:07 PM

Saya ingatkan hanya industri fotografi sahaja yang mengalami isu ini, ish, ish, ish, tamak betul kapitalis itu.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.