Pengarah Urusan PTS ke Hanoi Menghadiri Pesta Buku Vietnam
Pagi ini Tn. Arief Rahmad (foto), pengarah urusan kumpulan syarikat-syarikat PTS berlepas ke Hanoi bagi menghadiri Pesta Buku Hanoi dan sekaligus menghadiri mesyuarat jawatankuasa Persatuan Penerbit Buku ASEAN (ASEAN Book Publishers Association - ABPA).
Persatuan Penerbit Buku Malaysia (Malaysia Book Publishers Association - MABOPA) adalah anggota yang mewakili Malaysia dalam ABPA.
Tn. Arief adalah setiausaha MABOPA dan juga setiausaha agung ABPA bagi penggal sekarang. Penerbit utama seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) adalah anggota MABOPA.
Melalui jawatan beliau dalam ABPA, PTS berpeluang menjalin hubungan networking dengan penerbit-penerbit terbesar dan kredibel di semua negara anggota ASEAN.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment