Sunday, May 23, 2010

Tip Survival Penerbit: Pengaruh Kesan Familiariti ke atas Jualan Produk Konsumer

Buku adalah sejenis produk konsumer. Yang dikatakan 'produk konsumer' adalah produk-produk yang dibeli di kedai dan supermarket dengan menggunakan duit milik peribadi, untuk kegunaan peribadi.

Justeru, buku-buku yang dijual di kedai-kedai buku adalah produk konsumer. Dengan hal yang demikian, dapatan-dapatan dalam kajian sains konsumer mempunyai relevansi kepada penerbit buku.

Kajian pakar-pakar psikologi mendapati manusia mahukan benda-benda dan perkara-perkara yang sudah familiar (sudah biasa) kepada mereka. Inilah faktor yang mendorong orang suka apabila berjumpa dengan orang-orang yang mereka sering jumpai; mereka suka pergi makan ke restoran yang sama, suka membeli-belah di supermarket yang sama, dan suka membeli produk-produk daripada jenama-jenama yang sama.

Komsumer memilih berdasarkan faktor familiariti (sudah biasa, sudah kenal, sudah dipercayai) disebabkan dengan memilih produk yang sudah mereka kenali, ia menghilangkan risiko tersalah membuat pembelian. Mereka tidak mahu membeli jenama baru kerana ia melibatkan risiko.

Barangkali faktor familiariti ini jugalah yang mendorong pembeli buku membuat pilihan berdasarkan nama pengarangnya, yakni mereka sudah kenal pengarang itu. Dalam suatu tinjauan yang dibuat dalam FaceBook PTS, majoriti mereka yang menjawab soalan memberitahu bahawa nama pengarang adalah faktor penting mereka membeli buku.

Teori familiariti ini sangat penting diberikan perhatian apabila:

(i) Menerbitkan karya pengarang baru muncul pertama kali.

Nama pengarang yang baru muncul belum mempunyai ciri familiariti. Justeru, pembeli tidak berani mengambil risiko. Lebih selamat mereka membeli buku karya penulis yang sudah tentu mereka ketahui kualitinya.

Bagi mengatasi risiko buku penulis baru yang kurang laku, penulis-penulis baru hendaklah menerbitkan sekurang-kurangnya "trilogi" dalam tempoh setahun pertama.

PTS mempunyai banyak pengalaman menerbitkan karya kreatif bermutu tinggi, tetapi jualannya lembap, disebabkan penulisnya tidak segera menghasilkan trilogi.

Di satu pihak lain, pengarang-pengarang baru yang menulis buku bersiri terbukti berjaya dalam pasaran.

(ii) Menerbitkan genre yang belum banyak dalam pasaran.

Jika genre itu masih baru, genre itu sendiri belum mempunyai ciri familiariti. Justeru, pembeli belum kenal genre itu, justeru peminatnya belum ada.

Risiko ini dapat ditangani dengan menubuhkan kumpulan penulis yang cukup besar supaya banyak judul dalam genre itu dapat dihasilkan sehingga dalam tempoh yang tidak lama genre itu menjadi familiar di dalam kedai-kedai buku. Ini yang dilakukan oleh unit Komik-M apabila ia menerbitkan genre yang belum familiar.

(iii) Menerbitkan cerita-cerita yang "terlampau pelik-pelik dan luar biasa".

Majoriti pembeli buku suka membaca cerita-cerita yang familiar kepada mereka, yang mirip-mirip dengan cerita mereka sendiri, yang berada dalam orbit pengalaman mereka sendiri. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: DAWAMA Masuk ICU Previous entry: Surat: Mahu Jadi Penerbit Buku Sendiri

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.