Pengerusi Lembaga Pengarah ITNM Digugurkan
Nampaknya pupuslah spesies terakhir tokoh politik Barisan Nasional (BN) yang terdiri daripada cendekiawan Melayu dan pejuang bahasa.
Nama Dato' Dr. Wan Hashim Wan Teh (mantan profesor UKM), juga ahli parlimen Gerik, telah digugurkan daripada senarai calon BN Perak.
Tinggallah para pejuang daripada PAS seperti Salahuddin Ayub dan Mahfuz Omar yang akan terus menggalas tanggungjawab mewakili suara para pejuang pendidikan aliran Melayu dan Bahasa Melayu di parlimen.
Masa untuk berubah.
Nota: Dato' Dr. Wan Hashim Wan Teh adalah Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM).
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Bagaimanakah spesies-spesies ini dikatakan pejuang bahasa, sedangkan mereka adalah penyokong kepada sebuah kerajaan yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran sains dan matematik?
Pelik….
Tuan Yusri,
Bahawa Dato’ Dr. Wan Hashim Wan Teh itu seorang pejuang bahasa, saya tiada keraguan, sebab saya kenal baik dan sama-sama berjuang dengan beliau dan rakan-rakan pejuang yang lain.
Selepas beliau menang pilihanraya lalu, saya bertanya kepada beliau bagaimana nasib perjuangannya selepas beliau menjadi salah seorang ahli parlimen BN.
Beliau menjawab dengan mengatakan bahawa beliau akan terus berjuang dengan secara langsung menyampaikan cadangan dan nasihat-nasihatnya berkenaan isu-isu pendidikan aliran Melayu kepada menteri pengajian tinggi dan menteri pelajaran.
Barangkali kerana itulah beliau digugurkan….
Mungkin juga….
Satu persoalan, mengapa 2 personaliti berkelulusan agama ditendang dari menjadi calon di Baling dan Bangi? Adakah pencalonan mereka sewaktu pilihanraya 2004 sekadar strategi memenangi hati rakyat. Sekarang, apabila kepentingan bertukar, mereka disingkirkan?
...................
Nota Sifu: Tentu sekali banyak faktor yang menyebabkan seseorang wakil rakyat itu dikekalkan, dipindahkan, ataupun digugurkan oleh pucuk pimpinan. Inilah yang berlaku apabila pucuk pimpinan mempunyai kuasa pembatal ke atas suara akar umbi.
Di kampung Janda Baik saya ini, barisan AJK masjidnya pun ditentukan oleh MB Pahang. Jawatan ketua kampung dan ahli JKKK pun ditentukan oleh MB Pahang.
Masa untuk berubah.
Kerana pemimpin mempunyai kuasa pembatal pilihan akar umbilah yang menyebabkan penyokong-penyokong membuat demo kerana membantah wakil pilihan mereka tidak dicalonkan untuk pemilu kali ini.
Eh! Boleh pulak berdemo!!!!
“Masa Untuk Berubah”
Tagline untuk Pemilu ke?
.....................
Nota Sifu:
Pemilu ke? (SALAH - BMR)
Pemilukah? (BETUL - BMT)
“Masa Untuk Berubah”
Oh, itu ada kaitannya dengan perhimpunan BERSIH hujung tahun lepas.
Cakap pasal Bangi, tadi mendengar khutbah ustaz Amran Kasimin…tengok muka dia kesian rasanya..memang diperalatkan oleh pemerintah….
Tidak semua dalam UMNO itu jahat, contohnya Shahidan Kassim, disebabkan kelantangan dia memperjuangkan sunnah, sekarang dia sendiri panas punggung…
Teringat tulisan ustaz zaharuddin, apabila memangkah, pastikan calon dan partinya sekali…Walaupun calon baik macam Shahidan, tapi partinya tidak menyokong ke arah pembentukan masyarakat berilmu, tidak ada gunanya juga…Selamat Tinggal Shahidan Kassim…
Post a comment