Penghantaran Novel-Novel Remaja untuk Cuti Musim Raya

Foto di atas menunjukkan stok novel-novel remaja terbitan terbaru PTS yang sedang disediakan bagi penghantaran kepada kedai-kedai buku di seluruh negara.
Lori-lori transport akan mula bercuti 1 minggu sebelum Hari Raya, oleh hal yang demikian, gudang PTS kini sedang sangat sibuk memastikan kedai-kedai buku menerima stok sebelum lori bercuti.
Sebelum cuti raya bermula, novel-novel remaja banyak dibeli oleh abang-abang dan kakak-kakan yang bekerja di bandar-bandar sebagai hadiah untuk adik-adik mereka di kampung sebagai cara mendorong mereka supaya suka membaca.
Ibu bapa juga banyak membeli buku-buku kanak-kanak dan remaja sebelum cuti raya supaya anak-anak mereka sibuk membaca buku di dalam kereta sepanjang perjalanan balik kampung yang jauh.
Selepas Hari Raya pula, novel-novel remaja banyak dibeli oleh remaja sendiri dengan menggunakan duit raya yang mereka terima.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment