Monday, April 03, 2006

Pengunjung Pesta Buku Tidak Sedar Mereka Dalam Bahaya

Pesta buku PBAKL telah diadakan di dewan yang tidak selamat!Para pengunjung PBAKL tidak selamat daripada bahaya mati pijak memijak sesama sendiri ataupun hangus terbakar apabila berlaku sebarang suasana panik dan kecemasan kerana:

1. Dewan 2 tidak dipasang dengan sistem sprinkler!

2. Pintu keluar tidak cukup jumlah dan keluasannya.

3. Jambatan yang terlalu sempit.

4. Alat pemadam api tidak diletakkan di tempat yang mudah dilihat.

Bagaimanakah pihak penganjur boleh terlepas pandang perkara ini? Bagaimanakah pihak penganjur boleh menyewa dewan pameran yang tidak selamat?

Bagaimanakah pihak pengurusan dewan boleh menyewakan tempat pameran yang tidak selamat kepada orang ramai?

Bagaimanakah pihak bomba boleh meluluskan penggunaan dewan yang tidak dipasang dengan sistem sprinkler dan lain-lain ciri keselamatan untuk kegunaan orang ramai?

Bagaimanakah CF dapat dikeluarkan bagi dewan yang tidak memenuhi ciri-ciri keselamatan?

Bagaimana? Bagaimana?

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Isu Semasa
(6) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Bagaimana Penerbit Bagus Boleh Gagal Menjual Buku Previous entry: Sasterawan Nisah Haron dan Pesta Buku
abdullahjones  on  04/04  at  12:54 AM

bagaimana? gaharu dan chendana.
——-

Faisal Tehrani  on  04/04  at  07:56 AM

Salam,
Sesungguhnya! Mujur tak jadi apa-apa pada Sabtu 1 April yang lalu.

khalidjaafar.org  on  04/04  at  08:03 AM

Saya juga menulis catatan: “Dua Kali Menangis di Pesta Buku”.

alifin  on  04/04  at  08:43 AM

Puan Ainon,
Saya sudah layangkan komen puan ke e-mel KELANA EKSKLUSIF di
.(JavaScript must be enabled to view this email address). Semoga ia akan dibicarakan di dalam mesyuarat post-mortem mereka. Mudah-mudahan kita juga akan peka mengenai hal-hal keselamatan di tahun-tahun hadapan. Kita sama-sama bising-bising jika tiada perubahan.

Haniza  on  04/04  at  09:40 AM

Saya setuju supaya perkara ini dipanjangkan. Faktor keselamatan terlintas di hati saya apabila membawa anak2 ke sana terutama apabila berlaku pertembungan arus pengunjung yang keluar dan masuk di bahagian jambatan. Menengokkan arus sungai pun membuatkan hati ini terdetik cuma tidak menyuarakan kpd anak2 yg happy dpt ke pesta buku.

annyss  on  04/04  at  10:40 AM

Saya kira mereka nak kurangkan kos. Kurangnya pintu keluar masuk bererti kuranglah pekerja untuk mengawal keselamatan. Di Dewan 1 pada satu-satu ketika boleh sesak nafas dibuatnya (hyperventilate).

Hakikatnya Pesta Buku sudah ada khalayaknya sendiri dan khalayak itu sudah membesar. Penganjut perlu sediakan tempat yang lebih besar.

Nisah Haron

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: