Friday, November 06, 2009

Laut Biru Komik yang Syariah-compliant

PTS kini sudah menerbitkan lebih 20 judul komik-komik Melayu yang mematuhi hukum-hakam halal-haram dalam agama Islam.

Yang paling jelas kelihatan, dalam komik-komik PTS itu tidak ada lukisan yang menampakkan aurat perempuan.

Syahrul M Junaini (foto) adalah seorang pensyarah di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Dalam catatan Face Booknya, beliau menulis bahawa beliau meminati Komik-M Takaza.

Pelukis Takaza adalah seorang pelajar di Institut Perguruan Islam, Bangi, Selangor.

Ini membuktikan bahawa komik tidak semestinya diminati oleh kanak-kanak dan remaja sahaja. Malah pembaca dewasa dan golongan intelek pun dapat menikmati komik.

Pengalaman PTS menerbitkan komik yang syariah-compliant adalah penuh dengan cabaran kerana:

(i) Selama ini sekolah memusuhi komik. Guru-guru disiplin merampas komik yang dibawa ke sekolah. Guru-guru subjek mengucapkan kata-kata nasihat kepada murid supaya jangan membaca komik. Guru-guru pusat sumber sekolah mengharamkan komik dibaca dalam pusat sumber.

(ii) Ibu bapa juga memusuhi komik. Ibu bapa tidak mahu memberi wang kepada anak-anak bagi membeli komik. Ada ibu bapa yang memarahi anak-anak yang membaca komik.

(iii) Masyarakat menganggap komik adalah bacaan budak-budak lelaki yang bodoh-akademik.

(iv) Masyarakat menganggap pelukis komik adalah mereka yang tidak layak diterima sebagai menantu disebabkan kerjaya sebagai pelukis komik bukan kerjaya yang dianggap mulia dan tidak menjanjikan pendapatan tinggi.

Ini bermakna PTS perlu melancarkan kempen bagi mengubah persepsi guru-guru terhadap komik-komik PTS yang syariah-compliant dan menggunakan Bahasa Melayu Tinggi.

PTS juga perlu melancarkan kempen bagi meyakinkan ibu bapa bahawa komik terbitan PTS diterbitkan bagi membantu pendidikan akhlak anak-anak mereka, bukan sebaliknya.

Kempen juga diperlukan bagi mengubah pandangan negatif masyarakat terhadap kerjaya sebagai pelukis komik yang dikaitkan dengan kerjaya yang tidak profesional, tidak stabil, tiada masa hadapan, tidak berwang, tidak berdisiplin, tidak kuat agama, tidak matang, tidak mampu menyara anak isteri dan sebagainya.

Semua kempen itu memerlukan wang dan sumber-sumber lain yang banyak.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Kerenah Pembeli Buku Kanak-kanak Previous entry: Prinsip-Prinsip Penerbitan Buku-buku Agama di PTS

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: