Monday, September 07, 2009

Pensyarah Universiti Diajak Ikut Memandaikan Bangsa yang Berada di Luar Kampus

Seorang rakan FaceBook saya mengeluh dengan mengatakan dekan fakultinya menghalang pensyarah menulis makalah.

Ada pula universiti yang mahukan supaya para pensyarahnya menulis artikel untuk jurnal antarabangsa sahaja, jika mereka mahu pengiktirafan bagi kenaikan pangkat. Jurnal antarabangsa yang mereka maksudkan itu adalah jurnal dalam bahasa Inggeris.

Dengan menulis dalam bahasa Inggeris, sebenarnya cerdik pandai kita menyumbang kepada pengkayaan kepustakaan ilmu dalam bahasa Inggeris, dan tidak menyumbang kepada pengkayaan kepustakaan ilmu Bahasa Melayu.

Universiti-universiti kita membiayai penyelidikan pensyarahnya menggunakan wang daripada titik peluh rakyat yang membayar cukai, tetapi hasil penyelidikan itu kemudiannya kita letakkan elok-elok di dalam dulang bagi dipersembahkan kepada kepustakaan Inggeris.

Saya juga mendengar keluhan di kalangan kenalan yang mengatakan universiti mereka tidak menggalakkan pensyarah menulis buku-buku umum. Jika pensyarah tidak menulis buku-buku umum yang dapat diterbitkan bagi memandaikan bangsa, penerbit buku-buku umum seperti PTS akan putus bekalan manuskrip buku-buku ilmu bagi pasaran orang awam. 

Rakyat diutamakan!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Surat: Buku Mewarna Tidak Syariah-compliant Previous entry: Kempen Promosi "Marhaban Ya Ramadhan" PTS Menghasilkan Jualan Lebih Baik
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/09  at  09:07 AM

Assalamualaikum
saya ingin mencadangkan kepada pts agar menerbit atau menghasilkan buku berkenaan dengan kisah sejarah kejatuhan kerajaan islam granada..jika boleh ditulis dalam bentuk bacaan umum tetapi berfakta…saya pernah membaca ulasan kisah berkenaan dalam artikel tetapi buku asalnya ditulis dalam bahasa arab..jika pts dapat menerbitkan buku tersebut, saya rasa sangat berbesar hati kerana dapat mengayakan lagi kepustakaan bahasa melayu

amin007  on  09/13  at  06:50 AM

sekadar bertanya, kalau seseorang menulis dalam bahasa inggeris
kemudian ada buat terjemahan dalam bahasa melayu atau menulis semula dalam bahasa melayu, ada beza ker???

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: