Penterjemah dan Hak Memiliki Harta Intelek
Dari banyak sudut, karyawan dalam bidang terjemahan adalah serupa malangnya dengan karyawan bidang komik dan kartun. Mereka dibayar upah sekali sahaja, iaitu mereka tidak dibayar royalti. Lazimnya, bayaran itu adalah pembelian hakcipta karya mereka.
Dalam Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-11 yang baru lalu, ada peserta mencadangkan supaya diadakan undang-undang bagi melindungi nasib para penterjemah daripada dimangsai oleh penerbit-penerbit yang etika bisnesnya merugikan penterjemah.
Undang-undang hakcipta yang ada sekarang sudah cukup bagi tujuan melindungi hak-hak penterjemah.
Jika penterjemah masih dimangsai oleh penerbit, itu adalah disebabkan penterjemah memilih penerbit yang tidak elok etika bisnesnya. Oleh itu, pilihlah penerbit yang mengamalkan etika bisnes yang baik.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment