Saturday, March 28, 2009

Pentingnya Banyak Mentor

Kursus penulisan adalah aktiviti yang banyak dianjurkan oleh persatuan-persatuan penulis dan trainer swasta.

Di kalangan persatuan,  kebanyakan kursus yang mereka anjurkan adalah kursus penulisan kreatif disebabkan mereka adalah persatuan penulis kreatif.

Namun, sejak akhir-akhir ini sudah banyak kursus penulisan bukan kreatif ditawarkan oleh trainer swasta dengan jumlah yuran yang berbeza-beza.

Walaupun namanya kursus penulisan, tetapi cara ia dikendalikan lebih banyak bersifat ceramah yang disampaikan oleh penulis-penulis yang sudah berjaya menerbitkan karya mereka.

Bagi kursus penulisan kreatif, banyak maklumat yang diberikan adalah tentang teori-teori sastera dan penulisan karya sastera. 

Dalam kursus penulisan komersial, kursus-kursus itu banyak memberikan maklumat latar belakang yang berguna tentang pelbagai aspek dalam dunia penulisan dan penerbitan walaupun kurang memindahkan kemahiran menulis kepada peserta.

Meskipun demikian, faedah utama menghadiri kursus-kursus seperti itu adalah motivasi bagi terus cuba menulis.

Hadirilah kursus-kursus itu. Peserta berpeluang dapat berkenalan dengan penceramah, dan dari situ mereka berpeluang bermentor dengan penceramah. Inilah keuntungan paling besar menghadiri kursus penulisan.

Kajian yang pernah dijalankan oleh pakar psikologi mendapati individu-individu yang cepat menaiki tangga kejayaan adalah mereka yang mempunyai banyak mentor. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Puteri UMNO Mahu Lebih Banyak Hadiah Percuma Previous entry: Disorientasi Budaya
Shamsuddin Kadir  on  03/29  at  07:37 AM

Saya amat sukakan kenyataan di bawah

‘Kajian yang pernah dijalankan oleh pakar psikologi mendapati individu-individu yang cepat menaiki tangga kejayaan adalah mereka yang mempunyai banyak mentor’

Sejak tahun lepas, saya mencari dan melantik sekurang-kurangnya seorang mentor pada setiap bulan, itu sebagai syarat bagi saya mencapai matlamat.

Kini saya juga membantu orang lain dengan lebih giat bagi membantu orang lain juga mencapai kejayaan.

Ini semua berkat dan doa dari seorang dari sifu saya yang mulia Puan Ainon Mohd.

Terima kasih di atas ilmu yang amat menakjubkan sepanjang saya berguru dengan Puan sehingga terpaksa ‘dirotan’ beberapa kali. Hehehe

http://www.ShamsuddinKadir.com

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: