Khutbah Jumaat PTS: Pentingnya Cerita dalam Buku Motivasi Perubahan Tingkah Laku
Nabi Muhammad (bacakanlah salam buat beliau, anggota keluarga beliau dan sahabat-sahabat beliau) adalah seorang motivator perubahan tingkah laku.
Beliau berjaya mendorong orang-orang di sekelilingnya mengubah kepercayaan, sikap dan tingkah laku mereka. Beliau berjaya mengubah orang-orang yang menyembah berhala menjadi penyembah Tuhan yang satu, mengajak penganut agama Kristian dan Yahudi memeluk Islam. Beliau berjaya mengubah musuh-musuhnya menjadi sahabat kepadanya dan pembelanya.
Beliau berjaya mengubah orang yang hatinya keras dan kejam menjadi lembut dan pemaaf, orang yang penakut menjadi pemberani, orang yang kedekut menjadi pemurah, orang yang jahil menjadi ilmuan, orang yang sukakan maksiat menjadi orang hidup bersih, dan banyak lagi.
Salah satu alat yang digunakan oleh Nabi Muhammad bagi mendorong perubahan tingkah laku adalah cerita. Dalam rekod-rekod tentang kata-kata yang pernah diucapkan oleh beliau, terdapat banyak cerita.
Penggunaan cerita sebagai alat motivasi perubahan tingkah laku juga digunakan dalam Quran. Dalam buku suci itu terdapat banyak cerita, perumpamaan, thamsil dan ibarat.
Justeru, apabila saudara menulis buku-buku motivasi, selitkan cerita-cerita. Dalam istilah moden, gunakan kes-kes, kerana kes adalah termasuk dalam kategori cerita.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Terima kasih Sifu dengan tips yang menarik ini
Post a comment