Thursday, September 18, 2008

Penulis Ambil Inisiatif Melancarkan Bukunya Sendiri

Buku yang baik sekalipun tidak terjamin akan laku dalam pasaran, melainkan ia dipromosikan dengan berkesan.

Memang tanggungjawab promosi adalah pada pihak penerbit tetapi dengan lebih 1000 judul yang sudah diterbitkan maka tidak mungkin PTS dapat mempromosi tip-tiap buku yang diterbitkan. Justeru, apabila penulis ikut membantu dengan mempromosi buku sendiri maka usaha itu amat dihargai.

Bagi mempromosi buku Haji Muda, penulisnya sendiri, Tuan Ridzwan Bakar, akan melaksanakan program Karnival Haji tentatif pada  13 Okt - 17 Okt 2008 dengan kerjasama dan sokongan daripada Bahagian Corporate Event Telekom Malaysia.

InsyaAllah, jika tiada apa-apa aral melintang, buku Haji Muda dapat dilancarkan pada 13 Okt 2008 nanti. 

PTS amat menghargai daya usaha penulis-penulis yang bersusah payah membantu promosi buku-buku mereka.

Nota: Tuan Ridzwan Bakar adalah tokoh korporat dan kini sedang menyelesaikan Ph.Dnya. 

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Minta Perhatian Perpustakaan Awam Kulim Supaya Baca Komen Pengunjung Ini Previous entry: Sudah Terbit
Shamsuddin Kadir  on  09/18  at  06:48 PM

Tahniah Tuan Ridzwan Bakar, semoga buku ini melahirkan lebih ramai haji muda dan memberikan kesedaran termasuk diri saya sendiri.

Semoga usaha Tuan itu dibalas dengan limpahan kebaikan yang datang mendadak.

Insyaa-Allah jika ada kelapangan, saya ingin juga menghadirinya.

ShamsuddinKadir

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: