Penulis Belajar
Kalau pemuzik dan penyanyi dapat hidup sepenuh masa menggunakan bakat mereka, mengapakah penulis tidak dapat hidup selesa dengan pendapatan daripada tulisan mereka.
Ada beberapa perkara penulis dapat belajar daripada mereka dalam industri muzik.
Pertama-tama adalah: Mereka belajar secara formal.
Para penyanyi memang belajar teknik-teknik menyanyi yang betul. Mereka pergi kelas menyanyi. Mereka berguru. Mereka tidak mengharapkan bakat semula jadi sahaja.
Seperti penyanyi, pemain alat-alat muzik memang belajar membaca nota muzik. Mereka belajar teknik-teknik bermain alat-alat muzik. Mereka juga pergi ke kelas muzik. Dan mereka juga berguru.
Mereka sanggup ditunjuk, diajar, dikritik, malah dimarahi oleh guru dan penasihat mereka. Mereka tidak membela diri, tidak defensif.
.
.
Ada beberapa perkara penulis dapat belajar daripada mereka dalam industri muzik.
Pertama-tama adalah: Mereka belajar secara formal.
Para penyanyi memang belajar teknik-teknik menyanyi yang betul. Mereka pergi kelas menyanyi. Mereka berguru. Mereka tidak mengharapkan bakat semula jadi sahaja.
Seperti penyanyi, pemain alat-alat muzik memang belajar membaca nota muzik. Mereka belajar teknik-teknik bermain alat-alat muzik. Mereka juga pergi ke kelas muzik. Dan mereka juga berguru.
Mereka sanggup ditunjuk, diajar, dikritik, malah dimarahi oleh guru dan penasihat mereka. Mereka tidak membela diri, tidak defensif.
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Maaflah, tetapi saya rasa Puan salah…
Penulis belajar juga, tetapi pasaran tidak besar, bahkan pasaran itu juga lemah - ada perangi cetak rompak, tetapi adakah perangi majalah / buku cetak rompak. Lagikan surat khabar besar pun tipu honorarium, ada yang ambil artikel dari internet (terutama review filem dan permainan komputer).
Cuba lihat… ada pertandingan menulis di mana pemenangnya mendapat hampir setengah juta? Tetapi kita ada pertandingan nyayian yang mempunyai hadiah sebegitu.
Lagi satu penghormatan terhadap penulis itu sendiri amat kecil. Ingat cerita tentang penulis skrip ‘Embun?’
http://portalilmu.kempen.gov.my/index.php?ch=24&pg=138&ac=6324&lang=eng
heh..heh..heh..
Saya salahkah, tidak salahkah…. mana jibunsy saudara? Inilah yang Sifu stress nih!
——-
Hehehe! Fable Fox…
Ada dua dunia berbeda ~ artis pentas vs. artis non-pentas. Ceritanya panjanggg…..
Saya setuju dengan Tuan Rastom. Kedua-dua dunia itu jauh berbeza. Tambah pula beza artis rakaman dengan artis bebas.
Berdasarkan nota-nota Puan Sifu, saya rasa penulis boleh hidup selesa dengan hasil tulisannya. Yang penting penulis perlu melihat hasil ideanya dalam pelbagai medium. Contohnya penulis cerita fiksyen boleh ada buku cerita, ada komik, ada filem, ada drama bersiri, ada barang ‘merchandise’. Macam cerita Cicakman.
Bagi penulis profesional dan kerjaya pula boleh buat buku bermacam-macam siri, keluarkan VCD/DVD, boleh buka kelas training, boleh ada ruangan di radio dan TV.
Masyarakat mengambil maklumat mengikut minat deria mereka. Yang suka membaca pergi membeli dan membaca buku, yang suka mendengar pergi membuka TV dan radio, melihat filem, mendengar ceramah.
Saya setuju penulis perlu belajar secara formal. Selain ilmu menulis, penulis perlu professional dalam mengurus bakat dan hak. Penulis juga perlu belajar bersatu membentuk dasar yang melindungi dan membangunkan mereka.
Menulis juga satu perniagaan. Kata futurist perniagaan dan juga penulis, Peter F. Drucker - berniaga itu untung bila kita mengambil peluang, bukan bila kita menyelesaikan masalah yang ada.
Walaupun menyelesaikan masalah itu penting, hasilnya nanti hanyalah kembali kepada normal. Dalam masalah tipu menipu ini, hasilnya nanti cuma tidak ada tipu menipulah. Tapi adakah penulis akan kaya raya?
Saya sangat teruja membaca 2 perenggan terakhir komen Puan!
Keberkatan ilmu bermula dengan berguru.
Berilmu tanpa berguru, naik syaitanlah karyanya…
Yang pasti, nilai karya itu pada ilmunya!
Post a comment