Penulis, Blog, Blogger, Slander dan Libel
Katakanlah, ada blogger menulis dalam blognya di mana dia mengata saudara seorang penulis yang "pembohong" dan "penipu" sebab dalam buku saudara itu banyak maklumat yang dia ragui kesahihannya.
Saudara sakit hati lalu hendak menyaman malu (libel) blogger itu.
Dari sudut undang-undang, pertama-tama ada isu legal yang belum jelas, iaitu adakah blog bertaraf "media massa"?
NUJ (National Union of Journalists) masih berkempen mahukan supaya undang-undang negara ini mengiktiraf blog sebagai media massa supaya penulis blog mendapat kedudukan istimewa sebagai "wartawan". Kempen NUJ itu belum menghasilkan apa-apa kemajuan ke arah itu.
Jika blog sudah ditakrifkan sebagai media massa, macam TV, radio, akhbar dan majalah, barulah saudara boleh saman blogger itu di bawah undang-undang "libel".
Jika tidak, saudara hanya boleh saman blogger itu di bawah undang-undang "slander" sahaja. Kalau slander, saudara tidak dapat "buat duit" dengan menyaman si blogger itu.
Kepada mentee-mentee SifuPTS,
Jika kita bukan jutawan yang sudah tidak tahu apa hendak buat dengan duit yang banyak, jangan buang duit hendak menyaman blogger yang mengata kita dalam blognya. Kos bagi membiayai "perbicaraan dalam perbicaraan" adalah sangat mahal dan sangat lama tempohnya. Yang sudah tentu buat duit adalah peguam.
Pada tahun 1970-an dahulu, ada kes yang sangat melucukan, di mana 2 orang Mamak Pulau Pinang bergaduh. Dalam pergaduhan itu, yang seorang mengatakan yang seorang lagi "kurang ajar".
Kes itu naik ke mahkamah di bawah undang-undang "slander". Perjalanan perbicaraan itu dilaporkan hari-hari dalam surat khabar sebab ia bernilai sensasi dan menarik minat orang ramai.
Akhirnya hakim mengarahkan supaya defendan membeli ruang dalam akhbar di mana si defendan meminta maaf secara terbuka kepada si plaintif.
Lalu si defendan pun membeli ruang iklan dan menulis lebih kurang begini: "Dengan ini saya meminta maaf kerana mengata Si Fulan bin Si Fulan seorang yang kurang ajar."
Akibatnya, satu Malaysia tahu Hamba Allah itu dimaki orang. Puas hati!
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamu’alaikum Puan Sifu,
“Jika kita bukan jutawan yang sudah tidak tahu apa hendak buat dengan duit yang banyak, jangan buang duit hendak menyaman blogger yang mengata kita dalam blognya. Kos bagi membiayai “perbicaraan dalam perbicaraan” adalah sangat mahal dan sangat lama tempohnya. Yang sudah tentu buat duit adalah peguam.”
Bukahkah lebih murah dan lebih selesa membuka blog lain bagi menjawab segala kata-kata itu?
Bijak! Bijak! (...sambil ketawa! kih kih kih…)
——-
Mamak yang bijak! Dalam meminta maaf masih mengena lagi.
Kalau penulis nak saman blogger, timbul pula persepsi lain, sesudah elok sangat imejnya selama ini. Semakin dia diam semakin elok imejnya.
Persepsi lain:
1. Orang yang meminatinya selama ini mula menyangka bukunya sudah tidak laku, sebab itu dia mahu mencari duit dengan cara menyaman.
2. Peminat mula mempertikaikan taraf pemikiran dan pengetahuan sang penulis kerana tersilap sangka, disangkanya penulis ini bijak, rupa-rupanya tidak bijak, kerana menyaman kes yang kabur dan terlalu sukar untuk menang.
3. Harapan supaya menjadi kontroversi dan melariskan jualan buku mungkin tidak tepat, kerana ia bukan lagi isu besar seperti zaman Syed Hussin Al-Alatas disaman oleh Musa Hitam. Mungkin sebaliknya pula terjadi, pengguna internet akan mencari-cari tulisan yang mengutuk itu.
4. Sekiranya yang hendak menyaman itu kalah (memang amat sukar untuk menang kerana terjadi di laman web dan kabur), lagi ramai yang akan mengiyakan apa yang ditulis oleh si blogger.
5. Ambil kes yang lebih besar seperti malaysiakini.com dan rocky’s bru, yang mana akhirnya kes itu memalukan yang menyaman. Itu baru betul saman malu, yang menyaman mendapat malu.
.
Petik: “Itu baru betul saman malu, yang menyaman mendapat malu.”
Adumak! Sakit perut saya ketawa sendirian di depan laptop ini! Kahkahkah!
Sifu,
Menurut undang-undang tort, slander adalah fitnah yang disampaikan dalam bentuk yang tidak kekal. Contohnya fitnah yang disampaikan melalui ucapan.
Sedangkan libel adalah fitnah dalam bentuk yang kekal. Contohnya apa-apa fitnah yang disampaikan secara bertulis dan sebagainya. Oleh itu, fitnah di dalam blog termasuk di bawah kategori libel. Bukan slander.
Yang menjadi persoalannya bukanlah kategori fitnahnya libel atau slander. Sebaliknya bagaimana mahu membuktikan identiti si blogger tersebut. Dan juga bagaimana membuktikan fitnah tersebut sekiranya entri dalam blog itu sudah dipadam.
.
Tuan Ideal,
Terima kasih atas maklumat itu. Urmm… kalau blog dapat dipadam, ertinya, tidak kekal… (senyum-senyum). Harus ada bicara-dalam-bicara bagi menentukan apakah blog bersifat “kekal” ataupun “tidak kekal” pula!
Saya pun tidak tahu di manalah faedahnya bergaduh dengan blogger-blogger sewel macam itu….
Post a comment