Penulis Buku Agama Berupaya Menerima Royalti Lebih Mewah daripada Penulis Novel Cinta
Pada masa ini orang ramai mendapat gambaran hanya penulis novel cinta mampu menikmati royalti besar. Gambaran ini tidak tepat.Sebenarnya penulis buku-buku agama menerima royalti yang lebih lumayan berbanding dengan penulis novel cinta.
Ambil contoh buku ini. Dalam masa 5 bulan sahaja buku ini sudah terjual 13,000 naskhah.
Dengan harga RM26.00 senaskhah, jika royalti buku ini RM2.00 bagi setiap naskhah, royaltinya sudah RM26,000.
Tidak seperti novel cinta, buku agama tidak pernah "out-of-date". Justeru, ramalan konservatif kita mengatakan buku ini dapat dijual minimun 10,000 naskhah setiap tahun selama bertahun-tahun. InsyaAllah, dalam tempoh 5 tahun, royalti terkumpul buku ini mencecah RM100,000-00.
Itu baru statistik 1 buah buku. Penulis ini sudah menerbitkan 7 judul dengan PTS, semuanya laku keras. Sebanyak 10 buah judul lagi sedang dalam proses penulisan dan penerbitan.
Memandangkan buku-buku beliau adalah evergreen, judul-judul itu akan terus diulangcetak setiap tahun selama berpuluh-puluh tahun.
Buku yang ini pula berharga RM18.00. Ia terjual lebih 7 ribu naskhah dalam masa 2 bulan.Pengarang buku ini sudah menerbitkan 8 buah judul dengan PTS, sebuah lagi akan terbit dalam waktu terdekat.
Berdasarkan ramalan sangat konservatif, jika setiap judul beliau laku 10 ribu naskhah setahun, dengan royalti minimum RM1.00 senaskhah, ini bermakna beliau menerima RM80,000-00 setiap tahun selama berpuluh-puluh tahun. (Beliau telah mewakafkan semua royalti beliau kepada sekolah tahfiznya di Rusila.)
Kini beliau sedang menulis lebih banyak judul-judul baru yang ditargetkan kepada pembaca yang "baru berjinak-jinak dengan Tuhan". Judul-judul itu dirancang bersama dengan PTS.
Dibandingkan dengan penulis novel cinta, pendapatan royalti penulis buku-buku agama adalah jauh lebih besar.
Berbanding dengan buku agama, berapa puluh tahun novel cinta komersial dapat bertahan dalam pasaran?
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Puan, tahniah di atas usaha. Saya mendapati layout/graphic buku2 PTS amat menarik.
Salam.
——-
Bertuahnya Malaysia masih ada pemimpin yang tidak mengejar kekayaan semata-mata.
Bukannya macam pemimpin yang hanya pandai menipu rakyat tetapi anak beranak semua jadi kaya tetapi selalu cakap pasal integriti.
Assalamualaikum,
Syukur kepada Allah kerana masih ada penulis yang menulis untuk menyebarkan ilmu bukan kerana keuntungan dunia.
Penulis berkenaan yang sememangnya pakar dibidang masing-masing seharusnya menjadi contoh kepada yang lain supaya menulis dan meyebarkan ilmu yang ada kepada mereka yang memerlukan di luar sana. Pembaca seperti saya dan yang lainnya amat dahagakan ilmu yang bermutu dan boleh dimanfaatkan untuk diri dan orang lain.
Semoga usaha PTS dan penulis seperti mereka mendapat keredhaan Allah SWT. Amin.
Puan,
Bilakah agaknya edisi paperback buku-buku tersebut akan diterbitkan?. Faktor harga juga memainkan peranan untuk menarik pembeli kami di sini.
Saifuddin Awang.
Prima MS / Pustaka Munirah.
Kemaman.
Post a comment