Ada-ada sahaja: Populariti Penulis Buku lawan Bukan Penulis Buku
Orang-orang Cina di bawah ini sedang mendengar calon yang juga seorang penulis buku. Calon ini tidak fasih bercakap dalam bahasa Cina, jadi beliau bercakap dalam Bahasa Melayu.
Gambar di bawah ini pula dirakam pada masa lebih kurang yang sama sewaktu orang-orang Cina di atas sedang mendengar sang penulis buku itu berkempen.
Gambar pos kosong di bawah ini adalah pos parti yang calonnya amat fasih berbahasa Cina kerana beliau bersekolah Cina. Namun calon yang di bawah ini bukan penulis buku.
Nampaknya, orang-orang Cina lebih suka mendengar pengarang buku bercakap (walaupun dia tidak tahu bahasa Cina) daripada calon yang fasih berbahasa Cina tetapi tidak mengarang buku!

Kalau di Amerika, calon presidennya macam diwajibkan menulis buku.
Sifu terfikir, calon Melayu yang mahu mendapatkan sokongan orang-orang Cina perlu menulis buku.
Perdana Menteri Malaysia yang juga penulis buku adalah Tengku Abdul Rahman Putra, Tun Abd. Razak Husein, Tun Dr. Mahathir Mohamed.
Nota: Foto-foto di salin dari blog Anilnetto.com
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Alhamdulillah!
Sejak kebelakangan ini memang begitulah senarionya. Banyak majlis yang sepatutnya penuh jadi kosong. Majlis ilmu Forum Perdana pun kosong ----> KLIK!
Barangkali di sini faktornya bukan buku yang diperbuat dari kertas tapi warna bendera yang diperbuat daripada kain.
Post a comment