Saturday, April 24, 2010

Peluang Memulakan Bisnes Pakaian dengan Modal RM500

Siri "Buat Duit" terbitan PTS Professional Sdn. Bhd. sangat popular dalam pasaran kerana maklumat dalam buku-buku itu memang hasil kajian dan pengalaman sebenar para penulisnya. Sehingga sekarang jumlah judul dalam siri itu sudah lebih 30 semuanya.

Tuan Saat Sulaiman, penulis buku ini adalah seorang pengeluar, pemborong dan pengedar pakaian baru.

Beliau mempunyai 4 pintu kedai menjual pakaian: Di Alor Gajah, di Masjid Tanah, di Bukit Rambai, dan di Kg. Jawa.

Beliau juga mempunyai 52 orang "runners" iaitu orang-orang yang mengambil stok pakaian dari kedai-kedai beliau lalu menjual pakaian itu dari rumah ke rumah.

Tuan Saat menawarkan peluang kepada tuan dan puan yang berminat memulakan bisnes menjual pakaian dengan modal minimum RM500. Pakaian yang tidak laku boleh dipulangkan kepada beliau dan ditukar dengan pakaian lain.

Menurut beliau, apabila tiba bulan puasa dan musim raya, jualan pakaian naik 10 kali lipat.

Hubungi beliau di alamat emel .(JavaScript must be enabled to view this email address)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: PTS Berminat Membuka Stesen Radio Ilmu Previous entry: Komitmen PTS kepada Genre Novel Sejarah
saat sulaiman  on  04/26  at  08:54 AM

assalamualaikum wbt
semoga Puan dirahmati Allah Maha Pengasih….
Majulah PTS dalam memandaikan bangsa dan agama…

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: