Saturday, December 30, 2006

Penulis cum Usahawan

Apabila saudara mahu menjadikan penulisan kerjaya sepenuh masa, maka saudara perlu berfikir sebagaimana usahawan berfikir.

Tetapi jangan melakukan suatu kesilapan yang kerap berlaku di kalangan penulis, yakni menjadi penulis self-published, yang menerbitkan karyanya sendiri.

Penulis adalah seniman. Amat jarang sekali seseorang penulis itu memiliki 2 bakat ini serentak, iaitu bakat seni dan bakat bisnes.

Penulis yang berjaya hidup sebagai penulis sepenuh masa adalah penulis yang memahami kehendak pembeli buku-bukunya, bukan penulis yang pandai menerbitkan sendiri buku-bukunya.

Bisnes menerbitkan dan memasarkan buku adalah penuh dengan kerja-kerja yang memeningkan kepala. Apabila saudara menerbitkan buku saudara sendiri, nanti saudara akan sibuk dengan kerja-kerja yang memeningkan kepala, bukan sibuk menulis.

Jangan gunakan wang simpanan saudara bagi membayar pencetak buku saudara, itu cari nahas namanya. Gunakan wang itu bagi membeli buku-buku bacaan yang penting dalam bidang yang saudara tekuni.

Katakanlah saudara mahu menulis buku-buku tentang kemahiran menjadi jurujual, laburkan RM4 ribu bagi membeli segala macam buku yang berkaitan bisnes, pemasaran, promosi, periklanan, kejurujualan, persuasi, komunikasi, negosiasi dan psikologi.

Modal RM4 ribu itu adalah modal bisnes saudara dalam bidang penulisan. (Kalau saudara membuka francais stesen minyak nasional, modalnya adalah sekitar RM350 ribu.)

Dengan memiliki buku-buku bernilai RM4 ribu itu saudara dapat menggunakan bahan-bahan dalam buku itu bagi menghasilkan buku-buku saudara.

Dan jangan lupa bahan-bahan bacaan yang terdapat dalan Internet!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Penulis Self-published
(5) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Apa Itu KJ Method? Previous entry: Trik Basi Penulis Penipu
rastom  on  12/30  at  12:00 PM

Sama juga dalam dunia muzik, ada self-produced. Dulu seorang Dato’ merakamkan album duet bersama isterinya - kesemua lagu lagu idamannya. Album keluar tetapi tidak sesuai untuk siaran (mungkin hanya untuk koleksi pribadinya dan bikin cenderamata untuk kawan kawan). Mona Fandey pun ada album self-produced, juga begitu begitu saja mutu rakaman. Mana boleh siar ke udara kerana mutu di bawah par. Mungkin niatnya lain dari yang lain - sebagai daya penarik untuk motif lain.
——-

mohamad kholid  on  12/31  at  03:38 PM

selalunya penulis yang publish buku sendiri dari golongan penyair.  Maklumlah tak ramai orang yang mahu beli kumpulan puisi.  Saya jumpa rakan penulis yang sudah lama terbitkan sendiri - dengan sentiasa berbekal 10 - 20 buku puisi dalam beg sandangnya. pembelinya penulis juga.  khalayak kita belum sampai lagi tahapnya untuk memburu puisi…

Fable Fox  on  12/31  at  04:15 PM

Bercakap tentang self produce ini, saya akan self produce album hip hop sendiri. tapi tulis buku tetap dengan penerbit. alasan mudah sahaja, saya dah belajar tentang menulis lirik tetapi suakr untuk menjualnya. lagipun skrg org cari artis yang cantik dan ber’kontorversi’ dan bukannya berkualiti.

lagipun belum cuba belum tahu. mcm buku puisi.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/01  at  12:32 PM

Salah seorang pelanggan saya (saya bisnes kecil-kecil, tolong buat akaun sikit-sikit dan pengurusan serta pentadbiran untuk syarikat-syarikat yang bersaiz mikro) adalah pencetak. Di sini saya bertemu dengan penulis-penulis yang ‘self-publish’.  Ada yang terdiri dari sekumpulan guru yang menulis sendiri nota-nota ulangkaji dalam matapelajaran Sejarah dari tingkatan 1 hingga 5.  Oleh kerana mereka ada kumpulan mereka sendiri yang terdiri dari guru-guru Sejarah di Terengganu, mereka dapat memasarkan buku-buku tersebut ke semua sekolah-sekolah di Terengganu,  ada juga dari permintaan dari negeri-negeri lain (melalui guru-guru yang balik kampung waktu cuti).

Ada yang ‘self-publish’ novel untuk dijadikan cenderamata sempena dengan persaraannya.  Semestinya novel untuk pembaca dewasa.

Dan ada yang ‘self-publish’ buku kecil berkenaan pengalaman beliau berdialog dengan pihak Kristian - buku-buku mini ini dijual sendiri oleh penceramah berkenaan dalam sesi-sesi ceramah beliau.

Apapun, modalnya memang besar, kerana pencetak tidak mahu mengambil tempahan, kalau jumlah yang mahu dicetak kurang dari 5000 buah.

Puan Ainon Mohd.  on  01/01  at  12:46 PM

Sdr Norjihan,

Orang yang tidak menjalankan bisnes jual-beli memang menyangkan kerja paling susah adalah menjual. Tetapi orang yang ada bisnes tahu, menjual adalah paling mudah. Yang paling susah adalah mengutip hutang.

Buku-buku yang diserahkan kepada guru-guru lain itu adalah sudah “dijual”. Bagaimanalah agaknya hendak mengutip duit daripada guru-guru itu, apa lagi kalau guru-guru itu bertugas di negeri lain. Hendak kutip hutang daripada kawan-kawan dan adik beradik sendiri yang di depan mata pun susah!

Gagal mengutip hutang adalah faktor utama pengarang yang self-published selalunya lepas satu kali dia serik, tak mahu buat lagi. Modal entah ke mana, untung entah ke mana.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.