Tuesday, November 30, 2010

Penulis dan Stail Kehidupan

Penulis fiksyen remaja memerlukan peminat yang banyak supaya buku-bukunya terjual banyak.

Patutkah penulis fiksyen remaja meniru gaya hidup artis dan bintang filem demi mendapatkan peminat yang banyak dan menjadikan dirinya pujaan mereka?

Mr. Eng owns a row of houses in a high-end residential area, has a yellow Lamborghini and a silver Mercedes-Benz. Baca laporan penuh yang asal di sini.

Mr. Eng (foto) adalah seorang guru tuisyen di Hong Kong. Beliau sangat popular. Pelajar-pelajar tergila-gila mahu belajar dalam kelas tuisyen beliau. Kata-kata nasihatnya didengari oleh pelajar-pelajarnya, itu menyebabkan mereka belajar dan lulus peperiksaan. Hal itu menyebabkan beliau semakin popular, dan semakin banyak pelajar tergila-gila mahu belajar di bawah asuhannya.

Beliau memiliki sebaris rumah di kawasan perumahan mahal, sebuah Lamborghini kuning dan sebuah Mercedes-Benz silver.

Salah satu faktor yang menyebabkan beliau amat popular di kalangan pelajar-pelajarnya adalah disebabkan beliau menampilkan dirinya dengan gaya penuh stail, ala-ala artis dan bintang filem, bukan macam guru-guru tuisyen biasa yang suka memakai pakaian lusuh dan tidak berjenama.

Guru-guru tuisyen menjual perkhidmatan mereka kepada pasaran remaja. Penulis fiksyen remaja pun menjual buku-buku mereka kepada pasaran remaja.

Pasaran remaja adalah pasaran yang sukar dipecahkan, tetapi pasaran ini sangat besar saiznya. Penjual produk remaja perlu memahami psikologi dan kehendak remaja.

Mungkinkah pembaca buku-buku remaja mahukan idola yang dapat mereka gilai?

Mungkinkah remaja Melayu mahukan penulis pujaan mereka seorang yang ada gaya?....

NOTA: Terima kasih kepada Tn. Shen Yee Aun yang memberikan pautan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: PTS Dituduh Menipu Penulisnya Previous entry: Dato A Samad Said Dipilih sebagai Duta sekaligus Mata Anak Panah PTS bagi Menembusi Pasaran Cina
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/01  at  07:13 AM

Assamualaikum.

Moga-moga puan dan PTS dilimpahi dengan keberkatan daripada Allah S.W.T. dalam perjuangan menyebarkan ilmu.

Golongan remaja adalah golongan yang terpaksa berdepan dengan pembentukan identiti mereka sendiri. Saya pernah menulis dalam blog saya beberapa tahun lepas tentang pengaruh “superstar” yang perlu juga diikuti oleh penulis. Penampilan penulis ala “diva/superstar” sebenarnya akan banyak membantu melariskan jualan. Ini berbalik pada fitrah manusia itu sendiri yang sukakan sesuatu yang indah. Pada masa ini, ikon Ain Maisarah dilihat begitu menonjol kerana penampilannya yang menarik perhatian remaja. Jika lebih ramai penulis mengambil inisiatif untuk berketrampilan menarik, maka itu akan menjadi satu bonus untuk melariskan buku-buku mereka. Lalu, ia juga akan menjadi “domino effect” untuk menarik lebih ramai remaja supaya nisbah mereka yang bercita-cita menjadi penulis akan menjadi lebih besar daripada mereka yang bercita-cita untuk menjadi artis “segera” ala Akademi Fantasia.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/02  at  02:23 AM

Salam,

Pada saya imej harus kena dengan target pasaran. Juga harus kena dengan kelebihan yang ada pada penulis tersebut.

Pak Latip tidak harus bergaya diva dalam memasarkan produk novel sejarah beliau. Buku-buku Chef Hanieliza pula menarik sebab resipi dalam buku tersebut dijamin jadi. Namun produk mereka laku keras.

Ada juga orang yang kebal solek dan dandan. Bergaya macam mana pun masih selebet. Contohnya saya. Hehehe

w’slm.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.