Saturday, January 22, 2011

Penulis Jutawan PTS 2010

Dalam bahasa PTS, penulis yang dilabelkan sebagai 'penulis jutawan PTS' adalah mereka yang buku-bukunya berjaya dijual pada nilai lebih RM1 juta setahun.

Purata apabila nilai buku mereka terjual RM1 juta, royalti mereka adalah RM100 ribu setahun.

Dengan andaian setiap tahun mereka berjaya menjual RM1 juta, maka dalam 10 tahun mereka menerima royalti RM1 juta.

Pada tahun 2009 hanya seorang sahaja penulis PTS yang berjaya dilabelkan sebagai 'penulis jutawan PTS', beliau adalah Tn. Abd. Latip Talib. Bagi tahun 2010, jumlah itu bertambah menjadi 4 orang pada 2010. Mereka adalah:

Tn. Abd. Latip Talib (novel sejarah)

Tn. Muhammad Alaxender (buku sejarah Islam)

Pn. Chef Hanilieza (buku resipi)

Pn. Ain Maisarah (novel remaja)

Keempat-empat penulis itu mempunyai ciri yang serupa: Karya mereka sangat terfokus genrenya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip Survival Penerbit: Trend Jualan Novel Cinta Islami PTS bagi Tahun 2010 Previous entry: Tip Survival Bisnes Buku: Hidup dengan Menjual Buku Agama Secara Bergerak
inimajalah.com  on  01/23  at  12:55 AM

Salam,

Artikel / promo khusus mengenai penulis jutawan PTS:

http://inimajalah.com/tidak-mustahil-jadi-jutawan-dengan-menulis-buku/

Terimakasih.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.