Penulis “Kamasutra” Pilihan Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK)
Benarkah seperti apa yang dilaporkan oleh akhbar Berita Harian bahawa, selain penulis novel picisan "GIGOLO" salah sebuah karya penulis 2 buah novel ini juga terpilih dijadikan teks komponen sastera (KOMSAS) oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK)?
Jika memang benar begitu, maka wajarlah Dato' Prof. Madya Ali Hassan, selaku pengerusi Majlis Permuafakatan Persatuan Guru-guru dan Ibu Bapa (MPPIBG) mengambil perhatian berat tentang isi kandungan buku-buku cerita yang akan diajarkan kepada pelajar-pelajar sekolah negara ini.
Bagaimana pula pendapat Persatuan Guru-guru Bahasa Melayu Malaysia, memandangkan bahawa KOMSAS adalah komponen subjek Bahasa Melayu.
Barangkali elok juga didengar pendapat dan pandangan Persatuan Kaunselor Malaysia berkenaan kesesuaian dan kesannya ke atas emosi dan psyche pelajar-pelajar sekolah menengah negara ini apabila mereka terpaksa mengkaji dan menelaah dengan terperinci falsafah dan pemikiran pengarang-pengarang pilihan PPK ini demi supaya lulus peperiksaan subjek Bahasa Melayu dengan mendapat markah cemerlang.
Lebih elok lagi, kita minta pandangan dan fatwa daripada Dato' Dr. Asri, Mufti Perlis, ataupun daripada pengerusi Persatuan Ulamak Malaysia (PUM).
Di bawah ini adalah contoh tema dan jalan cerita dalam novel-novel pengarang ini:
RINDU bertandang ketika masing-masing didakap kesepian. Fazlan ditinggalkan Darina, isteri yang obsesi terhadap cinta, cita dan impian. Najmah pula memutuskan pertunangannya kerana tidak menyintai jejaka pilihan keluarga. Keputusan Najmah mengundang sengketa. Dia terpinggir dan kepulangannya tidak diharapkan.
Fazlan hadir memberi kedamaian. Persahabatan bertukar menjadi kekasih. Najmah menyangka yang dia hanya menghormati Fazlan sebagai majikan. Namun cinta di hatinya kian berputik biarpun dia tahu Fazlan adalah suami sahabat baiknya sendiri.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Puanku Sifu al Attas Bumi,
Dato yang jadi mufti akan jawab apa yang kita semua takrifkan sebagai retorik. Contoh: Buat baik berpada pada, ........kalau menulis, tulis lah yang baik baik. Tidak lebih dari itu. Ramai ulama di bawah naungan politik hanya berdegar degar dengan retorik yang umum tetapi tidak akan memusatkan kepada isu, kejadian dan pelakunya yang hidup dan berkuasa. Misalnya jika ketuanya disabitkan dengan fitnah rasuah atau perempuan, maka dia akan panjang khutbah mengenai hal yang umum sudah tahu. Banyak perkara yang belaku yang kita sebagai orang awam tahu hukum hakamnya, apalagi benda yang terang, jelas bercanggah hukum. Tidak akan ada keberanian dari ulama yang bergaji untuk mengucapkan sesuatu yang spesifik, dan terus mengutuk individu individu yang keparat itu.
Wassalam.
Nanti pada satu hari kelak, akan kedengaranlah suara menteri-menteri menjerit, “Anak muda zaman kini terlampau lalai dan leka. Keruntuhan akhlak menjadi-jadi...”. tanpa menyedari bahawa semuanya berpunca daripada asas yang diberikan semasa di sekolah.
Marilah kita sama-sama menangis memohon ampun daripada Allah swt atas keruntuhan akhlak umat hari ini.
Sama-sama kita berdakwah (melalui penulisan masing-masing). Paling penting pastikan tulisan kita Syariah-compliant sebagaimana niat PTS.
Bukan Ustaz Syahrul Al-Hamba Biasa
Post a comment