Tuesday, October 09, 2007

Penulis Melancarkan Bukunya Sendiri

Pada hari ini 9hb Oktober 2007, Prof. Dr. Muhd. Kamil Ibrahim, profesor akaunting di UiTM kampus Shah Alam menganjurkan majlis pelancaran buku beliau “Travelog Haji” di kampus itu.

Memang beliau ini profesor yang lain daripada yang lain. Nanti saudara bacalah buku ini, dan saudara akan memahami mengapa beliau seorang profesor yang lain daripada yang lain.

Beliau seorang profesor-cum-penulis yang amat kooperatif dengan penerbit. Apabila diminta supaya beliau merombak gaya penulisannya (sebab beliau tidak hadir kursus PTS sebelum menulis), maka itulah yang beliau lakukan, sedikit pun tidak tawar-menawar, betul-betul dibuat macam yang diminta. Rombakan itu diselesaikan dalam tempoh 2 minggu sahaja!

Beliau pada mulanya sudah menyediakan gambar foto beliau memakai kain ihram sebagai penghias bukunya itu, tetapi PTS menolak idea tersebut. Sekali lagi sepatah pun beliau tidak tawar-menawar.

Sebelum bukunya masuk percetakan, beliau sudah berjaya menjual sendiri 1000 naskhah buku itu kepada seorang pembeli yang dermawan. Buku itu akan dihadiahkan percuma kepada bakal-bakal haji.

Beliau juga mengambil tanggungjawab menganjurkan majlis pelancaran bukunya sendiri, tanpa menunggu PTS melakukannya.

Disebabkan majlis itu dianjurkan oleh penulis sendiri, bagi mengurangkan kos, beliau sengaja memilih tarikh dalam bulan Ramadhan supaya tidak perlu mengeluarkan biayai jamuan!

Memang luar biasa profesor akaunting yang satu ini….

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Khutbah Jumaat
(12) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Menggunakan Nama Artis Popular sebagai Pengarang Buku Previous entry: Tip Survival Penerbit dan Pengarang: Buku Pelampung Keselamatan
Imran Yusuf  on  09/28  at  08:34 AM

Assalamu’alaikum Puan Sifu,

Tahniah dan syabas atas pemindahan server dan rupa baru laman UNIKA, yang lebih menarik, dan selesa mata memandang.

Juga tahniah Tuan Prof Muhd Kamil Ibrahim dengan terbitnya buku “Tavelog Haji” tuan.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/28  at  09:23 AM

Tahniah Tuan Prof Muhd Kamil. Penulisan Travelog agak asing bagi pembaca Malaysia. Tetapi idea menggabungkannya dengan topik Haji begitu menarik sekali.

Atas konsep ‘belajar daripada pengalaman orang lain’, saya harap buku tersebut dapat memberi panduan dan ilmu berguna kepada bakal-bakal haji kita.

Wassalam.

Pengurus Notaseringgit.com  on  09/30  at  04:25 PM

Tahniah! Semoga berjaya. Saya juga sedang menulis sesuatu yang saya jangka dapat jadi bestseller pts. Inshaallah. Saya pengurus notaseringgit.com menawarkan iklan percuma kepada mana-mana usahawan dan orangbisnes yang baru bertatih. Sila iklankan produk dan barangan anda di notaseringgit.com secara PERCUMA! Tanpa bayaran. Yang penting anda jujur dalam transaksi. Itu je.

Sifu, tunggu buku saya yang saya akan terbitkan dengan Sifu Inshaallah.

Imran Hideki

Firdaus  on  10/01  at  11:35 AM

Saya sudah letakkan cerpen saya di blog Studio Inspirasi. Silakan baca dan beri respon. smile

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  10/02  at  08:05 AM

Tahniah Prof. Dr. Muhd. Kamil Ibrahim di atas kelahiran buku “Travelog Haji” semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua dalam meningkatkan keimanan dan pengetahuan kita kepada Allah.

Saya juga turut berbangga apabila pensyarah perakaunan melakukan sesuatu diluar daripada bidang yang dipelajarinya.

Saya doakan Prof. Dr. Kamil dapat meneruskan usaha bagi menghasilkan karya selanjutnya. Amin

Muhd Kamil Ibrahim  on  10/02  at  06:07 PM

Salam sejahtera,

Terima kasih. Jika sudi - saya masih boleh memberi ruang - untuk sesiapa yang berminat menghadiri majlis pelancaran buku tersebut. Saya boleh dihubungi melalui .(JavaScript must be enabled to view this email address)

Selamat menyambut hari raya idil-fitri.

Jiwa Rasa  on  10/02  at  09:39 PM

Prof Kamil memang hebat orangnya. Tak ramai penulis yang pernah hadiahkan buku kepada saya. Prof Kamil adalah salah seorang yang menghadiahkan salah satu buku tulisan beliau yang saya simpan kemas di rak di pejabat.

Saya akan beli buku ini untuk dijadikan hadiah buat rakan-rakan yang akan ke Tanah Suci atau buat rakan-rakan yang belum `sampai-sampai seru’ untuk bertamu ke Rumah Allah.

Sifu  on  10/09  at  05:32 PM

Prof,

Saya banyak kali hadir majlis pelancaran buku. Belum pernah saya lihat majlis macam majlis pagi tadi. Dewan penuh. VIP banyak. Bacaan Quran sungguh merdu. Doanya pun bagus sekali.

Ringkas tetapi signifikan!

Muhd Kamil Ibrahim  on  10/09  at  06:57 PM

Salam sejahtera Sifu,

Saya tersangat gembira dengan majlis pada hari ini. Ramai yang memberi sokongan. Saya sediakan 240 kerusi tetapi bertambah sehingga 300.

Cita-cita saya satu. Mahu program ini berjalan mengikut jadual. Dan ia hampir tepat. Cun-cun satu jam. Tapi saya fikir Puan Ainon berada di UiTM lebih dua jam.

Saya mendapat bonus. Selepas 3 jam, saya sudah mula menerima komen-komen daripada pembaca. Ada yang menyatakan yang dia sudah sampai muka surat 100.

Bloggers datang daripada kedah, Johor semata-mata memberi sokongan.

Saya ucapkan terima kasih kepada semua.

sab2  on  10/10  at  07:03 PM

Puan Sifu & Prof Kamil,
assalamu’alaikum.

Benar seperti yang Sifu wartakan… Prof Kamil lain daripada yang lain-lain Prof!

Majlis pelancaran buku ‘Tavelog Haji’ itu sendiri dapat menjiwai kandunganya - walau pun yang hadir belum lagi melihat bukunya.

‘Deklamasi’ Jamratul ‘Aqabah itulah kekuatan majlis pagi semalam. Tahniah Prof Kamil, dan Sifu kerana berjaya merobah minda penulis dan penulisannya.

salam. hjSab2

Sifa  on  10/12  at  06:24 PM

Sifu,
Dr Kamil adalah orang kreatif. Saya sudah 3x menghadiri majlis pelancaran buku beliau. Tiap-tiap kali berlainan.

Tahniah untuk sahabat saya ini.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/06  at  11:51 PM

Saya mendengar sebahagian dari rancangan temu bual dengan prof Kamil dalam radio IKIM sebentar tadi.  Saya tidak pernah tahu siapa Prof Kamil dan nama buku yang ditulisnya.  Disebabkan terlalu teruja dengan apa yang disampaikan dalam rancangan tersebut, saya terus mencari maklumat melalui google.  Alhamdulillah, saya temui di UNIKA PTS.  InsyaALLAH saya akan mendapatkan buku tersebut untuk diri saya sendiri dan bercadang menghadiahkannya juga kepada keluarga dan kenalan.  Saya berharap buku tersebut akan membantu saya dan pembaca lain - InsyaALLAH.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: